Tuesday, July 09, 2013

KEK CHEESE MARIE -RESEPI KEK CHEESE PALING MUDAH

Kek Cheese Marie

Assalamualaikum dan hello readers!
Tadi kira nak update tentang isu video budak cinta seminggu. Tapi, bila fikir-fikir balik, tak perlulah. Lain kalilah, tapi bukan nak update kutuk kritik tindakan budak tu, cuma nak berkongsi pengalaman bercinta masa usia tak matang dan kenapa tindakan macam tu boleh terjadi. Next entri la ya, lama tak jadi konon-konon Dr.Love, bluwekkk hehe. Okey, hari ni saya nak kongsikan satu resepi yang memang lama dah nak cuba buat tapi baru semalam berkesempatan nak buat, iaitu Kek Cheese Marie. Kek ni paling senang nak buat dan tak perlu nak bakar kukus panggang. Hanya perlu campur, lapis dan sejukkan. Thank you Google kerana memudahkan pencarian resepi kek paling senang nak buat hehe. Yang ni versi saya, tak ikut sangat resepi orang lain, kita cut kos perbelanjaan ya puan-puan hehe.

Resepi Kek Cheese Roti Marie

Bahan-bahan:
Roti Marie (perisa original dan coklat - ikut kesukaan)
Sebungkus Cream Cheese (Tatura pun okey juga, kuantiti berdasarkan berapa banyak acuan nak buat)
250g Susu pekat manis (setengah tin)
Susu Dutch Lady perisa susu original

Cara membuatnya :
1. Campurkan cream cheese, susu pekat manis dan sedikit susu dutch lady (jangan banyak sangat, nanti cair)
2. Pukul adunan guna mixer, guna tangan pun boleh sehingga kembang
3. Celupkan roti marie dengan susu dutch lady kemudian susun roti marie original di lapisan paling bawah, lepas tu tuang adunan tadi di atas roti, kemudian ratakan adunan, lepas tu susun lagi kepingan roti marie coklat, kemudian lapiskan lagi adunan di atasnya dan seterusnya sampai habis.
4. Bahagian atas, bolehlah taburkan roti marie yang dihancurkan ataupun hiaslah ikut kreativiti masing2, tabur cheese philapedia atau cheesedar pun boleh
5. Akhir sekali, sejukkan di peti ais at least semalaman.

Senang, kan? Orang malas saja yang akan kata tak pandai buat kek hehe. Sebenarnya saya belum rasa lagi kek saya buat semalam, masih dalam peti sejuk. Entah sedapka tidak haha. Selamat mencuba untuk juadah berbuka puasa esok dan selamat berpuasa :)

TAG : KEK CHEESE FROSTING, KEK CHEESE MARIE, KEK CHEESE ROTI MARIE, KEK CHEESE SEJUKBEKU, KEK CHEESE SENANG, KEK CHEESE SIMPLE, KEK CHEESE TATURA, KEK CHEESE SEDAP, RESEPI KEK CHEESE FROSTING, RESEPI KEK CHEESE, KEK CHEESE TATURA, RESEPI MUDAH KEK CHEESE, KEK CHEESE LAPIS, KEK CHEESE BATIK, KEK KEJU, KEK LAPIS KEJU, CHEESE CAKE RECIPE

Anda sedang membaca artikel KEK CHEESE MARIE -RESEPI KEK CHEESE PALING MUDAH dan link url bagi artikel ini adalah http://suterakasihyann.blogspot.com/2013/07/kek-cheese-marie-resepi-kek-cheese.html
Semoga artikel KEK CHEESE MARIE -RESEPI KEK CHEESE PALING MUDAH ini dapat memberi manfaat untuk semua.

13 COMMENTS:

Nurzakiah Hanum said...

nyum2

ejulz said...

mintak tlg jgn buat entry camni masa puasa.. tergugat iman.. hehehe.. takut tertelan air liur.. hehehe

[sutera kasih] said...

@ejulz: Sebab tu la saya update harini sebelum puasa esok hehe

nuyui a.k.a miss YUI said...

mmg ramai cri resepi mudah cmni =)

Afieqa Izzati said...

kena trynie,mcm sedapp jer..

Afieqa Izzati said...

kena try nie...

Zuan said...

hehe bulan ramadhan nanti boleh cerita pasal budak tu.. nyum2.. nasib baik tengok entry ni time belum berpuasa lagi..hehe

Hanie Dew said...

wah..senang...thanks yann.

J.Syazwana said...

Yan apesal senang giler nak buat kek ni. hahaha. eh yan panggil roti marie eh? kite panggil biskut. hihihi

dear xila said...

huhu dulu buat pavlova lagi terasa sng campak je haaa yup kek ni pon memey sng je yannnnn

eVa said...

Adohh tok nang nyamannn.. Kmk mok polah juak tp nggu masa nak polah hahaha.. Mala nggu masa eyh... Yalah boring takut terpolah2..

FiZ said...

Haihh..teringin nak buat nanti.

Ha..nanti kalau yan buat lagi, tangkap la gambar selepas dipotong. Baru nampak tempting.hehe

Nurhazirah said...

yum3...sedap la tgk marie chease