Wednesday, July 03, 2013

BALIK KAMPUNG GAYANG TUARAN

Assalamualaikum dan hello readers !
Ahad lepas pulang kampung Gayang, Tuaran kejap, apa ingat saya tinggal di kampung tak perlu balik kampung lah? hehe. Pulang jenguk keadaan nenek, lama tak pulang, kan. Masa interview aritu, nenek terminum minyak gas la pulak. Sebab masa tu 'blackout' di kampung, jadi minyak gas tu bersusun sekali dengan botol minuman nenek, waktu tu kan gelap jadi nenek tersalah ambil botol. Ya Rabbi, nasib tiada apa-apa jugak. Tapi, nenek cakap mungkin ada hikmah juga sebab selama ni batuk nenek susah nak sembuh, lepas terminum minyak gas tu, alhamdulillah batuk nenek dah hilang, tak batuk batuk teruk macam sebelum ini. Syukurlah.

Kalau balik kampung, mesti mau berjanji dengan mak Fayyad ni sebab barulah meriah rumah nenek, ramai-ramai cucunya datang buat bising hehe. Fayyad ni comel sangat, cerdik pulak tu dan sangat nakal tapi suka bergambar, kau suruh saja dia posing, confirm dia excited hehe. Kampung Gayang ni best sebab dekat pantai, tepi laut.

Baju merah tu Izzati, baju belang tu Najla. ada tiga orang lagi sepupu tiada dalam gambar. Diorang ni comel-comel belaka. Dalam gambar tu kami main lawan rumput, rumput yang gatal tu yang suka melekat di seluar hehe. Upin Ipin suka main lawan rumput tu, kan?

Masa nak pulang dah, tiba-tiba mak melompat berteriak sebab ada ular dekat kotak lepas tu siap melawan lagi. Apa lagi, bapak 'kerja'kan la sebab risau ular tu masuk dalam rumah, dah la nenek sorang ja di rumah masa tu, makcik dengan keluarganya pulang kampung suami. Akhirnya mati jugak ular tu, maaflah ular, kalau tak melawan mungkin dilepaskan, ini tidak, siap melawan lagi. Okeylah, itu saja :)

Anda sedang membaca artikel BALIK KAMPUNG GAYANG TUARAN dan link url bagi artikel ini adalah http://suterakasihyann.blogspot.com/2013/07/balik-kampung-gayang-tuaran.html
Semoga artikel BALIK KAMPUNG GAYANG TUARAN ini dapat memberi manfaat untuk semua.

3 COMMENTS:

Nurzakiah Hanum said...

hapy time

NURSHAKIRA ABDUL HALIM said...

Blogger, jom ramai2 meriahkan! Segmen : Sebulan Berblog By Shakira

http://lotsoflovebyshakira.blogspot.com/2013/07/segmen-sebulan-berblog-by-shakira.html

dear xila said...

dulu masa kt kmpung ada antie ni siap baring dan rasa sejuk semacam rupanya ular bawah carpetttt eeeeee scary. nasib xde pape..