Saturday, July 13, 2013

365 TIPS SIHAT GAYA RASULULLAH : HADIAH CONTEST BLOG UNCLE ZUAN

Assalamualaikum dan hello readers !
Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. Cewahhh ayat nak comel saja. Thank you Zuan sebab hadiahkan buku 365 Tips Sihat Gaya Rasulullah. Tak sangka pulak laju bebeno aku jawab soalan contest zuan aritu hehe. Soalannya simple ja “Siapakah penerbit buku 365 Tips Sihat Gaya Rasulullah?”. Jawapannya PTS Milennia Sdn Bhd. Tapi, memandangkan buat masa ni aku ada masalah sedikit dengan urusan alamat pengeposan ni, jadi terpaksa minta tolong zuan pos kan ke alamat Amy di Kuching. Aku di Sabah, tapi minta pos ke Sarawak hehe. Takdala, sebab nanti pulang ke Kuching juga, balik beraya dengan keluarga di sana. Jadi, Amy, tolong simpankan dulu ya buku tu, dan thanks sebab tolong gambarkan buku hehe. Aku & Amy ni memang selalu kongsi bertukar tajuk buku yang best-best. Kami bukan jugak ulat buku la, sebab bukan 24/7 baca buku. Ada masa, kami baca. Kami suka buku yang jenis ala-ala motivasi islamik. Kalau novel pulak, ikut tajuk jugaklah, biasanya novel yang meletop di pasaran ja la hehe. Zuan ni pun suka baca buku jugak, jadi best lah sebab zuan biasa kongsi buku-buku best kat blog & ig. Dah pernah jugak jumpa Zuan masa 'mini-gathering' kat Sogo dengan diorang Eva, Jue & Hanie. Jom baca entri masa kitorang dating kat SINI hehe.

Buku 365 Tips Sihat Gaya Rasulullah tulisan Dr. Mohammad Ali Toha
SINOPSIS BUKU

Setiap manusia dambakan kesihatan.

Bukan sekadar kesihatan fizikal, bahkan kesihatan emosi, rohani dan sosial.

Ini kerana, badan yang sihat, emosi yang seimbang, jiwa dan rohani yang tenang dan hubungan sosial yang harmoni dapat menjadi wahana kebahagiaan dan kesejahteraan hidup.

Sebenarnya, resipi kesihatan yang menyeluruh dan holistik ini sudah diajarkan oleh Rasulullah kepada kita melalui rutin harian kehidupannya sehari-hari.

365 Tip Sihat Gaya Rasulullah merumuskan panduan gaya hidup sihat berdasarkan konsep kesihatan islami dan alami yang sudah diajarkan oleh Rasulullah kepada kita 1400 tahun yang lampau. Panduan itu diperincikan dalam 365 tip harian yang dapat dipraktikkan dalam tempoh setahun. Ia bukan sekadar menyentuh aspek kesihatan fizikal, bahkan ia juga memperjelaskan aspek penjagaan kesihatan rohani, emosi dan sosial.

Sesiapa sahaja mampu mempraktikkan tip-tip ini dengan mudah.

Anda ingin kekal sihat dan bertenaga sepanjang kehidupan? Rahsianya ada di dalam buku ini. (sumber)

Beli online buku 365 Tips Sihat Gaya Rasulullah ----> Laman Web PTS

TAG: 365 TIPS SIHAT RASULULLAH, BUKU ISLAMIK, MOTIVASI, BUKU MOTIVASI, BUKU PTS, KOLEKSI BUKU, HOBI, MEMBACA, READING, SAIAZUAN, UNCLE ZUAN, BLOG ZUAN, HADIAH, CONTEST, SINOPSIS BUKU PTS, BELI BUKU ONLINE, TIPS KESIHATAN, RAWATAN ISLAM, RAWAT, SYIFA, ISI KANDUNGAN BUKU 365 TIPS

Anda sedang membaca artikel 365 TIPS SIHAT GAYA RASULULLAH : HADIAH CONTEST BLOG UNCLE ZUAN dan link url bagi artikel ini adalah http://suterakasihyann.blogspot.com/2013/07/365-tips-sihat-gaya-rasulullah-hadiah.html
Semoga artikel 365 TIPS SIHAT GAYA RASULULLAH : HADIAH CONTEST BLOG UNCLE ZUAN ini dapat memberi manfaat untuk semua.

3 COMMENTS:

Zuan said...

hehe trima kasih skali lagi kerna sudi memeriahkn contest haritu

enjoy the book ^^

eVa said...

Wah tahniah.. Nang bgs buku ya yann.. Bpk mek ada mcm2 buku ttg rasulullah saw. Yeayy! Ada blt kuch lak kah? Dtg beraya rumah kmk k.. Mbak amy juak k.. Hehe ..

Adeh2 ktk ngn zuan sama jak pkr post psl kawen mek hahahha.. Ilek lok.. Cmok detail gilak.. Cukup gamba n crita ckit jak o haha...

dear xila said...

ala tak ingat la dh komen ke tak sbb td gi buat keje lain huhu
ala nak jugakkk ;p