Saturday, June 29, 2013

TIPS TEMUDUGA SPA: PENGALAMAN TEMUDUGA SPA PENOLONG PEGAWAI TADBIR GRED N27

Assalamualaikum dan hello readers !
Fuhhh dah nak habis bulan Jun, baru berkesempatan nak update pasal pengalaman temuduga SPA. Dapat SMS dari SPA masa awal bulan Mei, lepas tu cepat-cepat semak status di laman web SPA. Alhamdulillah, dapat panggilan temuduga, first time in my life oyeahhh ! Maksudnya semenjak habis belajar tahun 2010, barulah dapat panggilan temuduga dari SPA di tahun 2013. Ya Allah, sabarnya hati ini. Tapi, kebetulan tarikh temuduga 3 june 2013, masa tu baru selesai majlis perkahwinan sepupu di Brunei. Terpaksa terbang pulang sekejap ke Sabah untuk temuduga. Alhamdulillah murah rezeki ada hamba Allah yang baik hati belikan tiket return Brunei-KK-Brunei untuk hadir temuduga SPA. Hanya Allah Taala yang dapat balas jasa baik kamu, terima kasih :)

Pengalaman naik kapal Royal Brunei Airlines. Buat masa ni, airport Brunei dalam proses naik taraf jadi agak kelam kabut keadaannya. Dari Brunei ke KK ambil masa tak kurang dari 40 minit saja, dekat yang amat hehe. Tapi yang saya kagum, sebelum kapal nak berlepas, nampak skrin LCD kecil yang terbuka di atas tu? Bacaan doa naik kenderaan udara disiarkan sebelum kapal berlepas, lepas tu tayangan video animasi tentang keselamatan di kapal, biasanya tu kerja pramugari, kan? Tapi di RBA advance sikit bagi tayang saja video.

Email panggilan temuduga Penolong Pegawai Tadbir Gred N27 (Jabatan Perkhidmatan Awam) dan Pusat Temu Duga SPA Kota Kinabalu, Sabah Aras 1, Blok A, Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Sabah, Jalan UMS/Sulaman, Kota Kinabalu.

Dipendekkan cerita, malam sebelum hari temuduga, orang lain mesti buat preparation. Saya dah pengsan awal sebab kepenatan sangat, yala baru lepas kenduri kahwin, tiada masa nak prepare semua tu. Sebelum pergi Brunei sebenarnya dah baca apa yang patut, buat ulangkaji di Google cari pengalaman orang lain, alhamdulillah sedikit membantu. Jadi, memang dah nekad lepas temuduga mesti kongsi pengalaman dalam blog untuk panduan orang lain pulak di masa akan datang, insya Allah harap dapat membantu pembaca.

Persoalan yang menghantui diri ini sebelum pergi temuduga, "Aku ada degree, perlu bawa sijil degree untuk interview gred N27?", "Soalan-soalan interview SPA jawatan Penolong Pegawai Tadbir N27?". Banyak sangat pendapat, sampai pening kepala dibuatnya huhu. Akhirnya, saya bawa dua fail, satu fail yang memang khas sijil-sijil ketika degree dan satu fail khas untuk sijil-sijil sampai tahap STPM. Orang kata, kalau ada degree memang kena reject kalau temuduga yang level STPM/Diploma. Haaa keliru tak keliru tak? Siapa tak gabra, kan? Lagipun sebelum ni pernah hadiri temuduga Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma Gred DGA29 dan gagal jugak, siap panel tu cakap tak dapat nak ambil saya sebab ada degree. Sedih.

Hari temuduga. Sampai saja di pusat temuduga, terus ke kaunter semakan sijil-sijil dan dokumen berkaitan lepas tu tunggu giliran. Bila tiba giliran, sebelum masuk, ketuk pintu dan bagi salam. Lepas tu, saya terlupa dan terus duduk haha. Ingat, jangan duduk selagi tak disuruh, okey? Letak handbeg di meja kecil di sisi kerusi yang telah disediakan dan terus bagi fail sijil-sijil dan sampul surat yang berisi resume dan salinan dokumen berkaitan. Oh ya, kalau ada name tag, pakai saja untuk memudahkan panel kenal nama kita. Itu hasil carian maklumat pengalaman interview Penolong Pegawai Tadbir N27 di Google. Saya buat name tag tu RM3 saja hehe. Okey, antara soalan-soalan semasa temuduga :

Panel 1: Perkenalkan diri dalam bahasa English.
Saya : My name is blablablablabla...

Panel 2 : Awak bangsa Bajau yang bawa kuda tu eh?
Saya : Erkkk..tu Bajau di Kota Belud tu encik, tempat saya tak pernah nampak pun. (Haaa nampak di situ, kurang pengetahuan am hehe)

Panel 1 : Tahu tak apa nama jawatan yang kamu pohon untuk temuduga ni?
Saya : Tahu, jawatan  Penolong Pegawai Tadbir Gred N27. (Kena ingat nama jawatan, okey?)

Panel 2 : Apa tugas-tugas sebagai seorang Penolong Pegawai Tadbir Gred27?
Saya : Tugas-tugasnya blablablablablabla..

Panel 1 : Antara pemimpin-pemimpin di Malaysia, siapa idola kamu?
Saya : (Dengan penuh yakin) Tun M !

Panel 1 : Tun M? Siapa tu? (Buat muka pura-pura tak kenal, nak psiko la tu hehe)
Saya : Tun Dr. Mahathir Mohamad

Panel 2 : Okey, kalau kamu minat Tun M, di mana Tun M lahir?
Saya : Kedah !

Panel 1 : Kedah tu besar, daerah mana? (psiko lagi hehe)
Saya : Tak ingatlah encik (sambil senyum tersengih-sengih hehe)

Panel 2 : Kata idola, mesti tahu, okey takpa, siapa nama isteri Tun M?
Saya : Tun Dr. Siti Hasmah

Panel 1 : Apa  dasar yang diperkenalkan oleh Tun M yang terkenal satu dunia?
Saya : (Aduhh masa ni memang gabra nak mampos, sebab hafal dasar PM Najib ja masa tu haha. Nasib baik ingat satu dasar masa belajar Pengajian Am tingkatan enam) Dasar ekonomi, dasar pandang ke timur.

Panel 2 : Dasar pandang ke timur tu apa? (Nampak sangat curious, mungkin sangka saya hentam keromo hehe)
Saya : Dasar pandang ke timur tu blablablablabla contohnya blablablabla

Panel 1 : Okey, kenapa kamu minat Tun M? Kenapa tak Nik Aziz?
Saya : (Haaa dah mula dah soalan berbaur politik) Blablablablabla masing-masing ada kelebihan dan kelemahan, blablablabla

Panel 2 : Haahh? Jadi kamu setujulah DAP dan PAS ada kelebihan?
Saya : (Tengok, nampak tak diorang nak uji kepetahan saya berdebat, cis ! hehe) Blablablablablabla

Panel 1 : Apa kelemahan BN?
Saya : (Masa ni bengang dah..bila nak stop bincang isu politik, mungkin nak tengok calon ni pro parti apa kot?) blablablablablabla contohnya blablablabla

Panel 2 : Baru-baru ni dilaporkan ada kumpulan ajaran sesat diberkas, apa nama kumpulan tersebut dan siapa ketuanya?
Saya : (Soalan ni memang failed habis dah, sebagai pengajaran kalau tengok berita, tengok intipati okey)

Panel 1 : Tak teringin nak sambung belajar ke?
Saya : (Saya berterus terang) Sebenarnya saya dah habis belajar dan ada degree, maaf tak sertakan sekali dalam fail kerana saya hanya ikut syarat-syarat yang dinyatakan dalam kelayakan jawatan teersebut. Saya ada bawa fail sijil degree.

Panel 2 : Okey, takpa. Dulu belajar bidang apa dan di mana? Bila habis belajar?
Saya : Saya habis belajar tahun 2010, saya ambil bidang Komunikasi Kewartawanan dan Penyiaran, di sebelah ni saja belajar (UMS)

Panel 1 : Mesti ada buat thesis dulu, kan? Buat research pasal apa dulu?
Saya : (Haaa bagi pemegang sijil dgeree tu, yang ada buat thesis, ready2 la ingat tajuk thesis kamu ya) Saya buat pasal kajian media blablablabla H1N1 blablabla

Panel 2 : H1N1 tu ape? Apa keputusan akhir kajian kamu?
Saya : (Memang tak terlintas di fikiran akan ditanya hal thesis, mampossss..dalam keadaan nervous camtu boleh2 aku tak ingat H1N1 tu apa haha) Errr..H1N1 tu penyakit blablabla keputusannya blablablabla

Panel 1 : Sijil kamu ni banyak tulisan arab, saya pun tak reti bahasa arab ni. Mesti kamu pandai cakap arab kan? Sekarang ni banyak kekosongan di pejabat kedutaan, jika kamu dihantar ke kedutaan Syria, kamu sanggup?
Saya : (Tanpa ragu-ragu menjawab, aku pun tak tahu kenapa aku jawab semangat sangat haha) Sanggup ! Sanggup !! Saya memang teringin nak ke tempat macam tu, memandangkan saya belajar dalam bidang komunikasi, mungkin itu satu kelebihan untuk saya.

Panel 2 : Eh, kamu tak takut ke tempat tu kan tengah berperang? (Nak psiko lagi hehe)
Saya : Siapa tak takut perang, kan? Tapi, insya Allah selagi blablablablabla

Panel 1 : Kamu ni single, tak kahwin lagi kan? Tiada perancangan nak kahwin dalam masa terdekat ni?
Saya : Ya, saya single lagi. Belum ada perancangan lagi. Tapi soal jodoh tu kuasa Tuhan, kita hanya merancang, blablablabla

Panel 2 : Ya betul tu. Baiklah, terima kasih kerana sudi hadir blablablablabla.

Fuhhh..panjang sesi temuduga kali ni. Bilik temuduga kami memang lama sangat dekat nak sejam. Bilik lain tak lama pun. Sebenarnya ada banyak lagi soalan panel tu soal, tapi soalan-soalan tu tiada kaitan dengan pengetahuan am, berkaitan dengan peribadi dan pendapat peribadi saja. Tapi, memang enjoy jugaklah sesi temuduga tu sebab panel-panelnya tak skema sangat, sporting yang amat ! hehe. Masa tunggu flight nak ke Brunei, terserempak lagi dengan salah seorang panel tu, tegur ja la kan, budi bahasa budaya kita hehe. Memandangkan interview terbuka Pembantu Tadbir N17 yang lepas, saya dah gagal, makanya saya tidak berharap sangat untuk interview yang ini huhu. Berserah dengan ketentuanNya. I wish u luck ! :)

#NOTA HATI: Paling penting dalam temuduga, jangan nervous nanti habis hilang 'ilmu' dalam fikiran hehe dan paling penting juga mesti JUJUR, jangan tipu-tipu :p

TAG: PENGALAMAN INTERVIEW, PENGALAMAN TEMUDUGA, TEMUDUGA SPA, PENOLONG PEGAWAI TADBIR GRED N27, TIPS TEMUDUGA SPA, TIPS INTERVIEW KERJA KERAJAAN, SOALAN TEMUDUGA SPA, TUGAS PENOLONG PEGAWAI TADBIR, TUGAS PEMBANTU TADBIR

Anda sedang membaca artikel TIPS TEMUDUGA SPA: PENGALAMAN TEMUDUGA SPA PENOLONG PEGAWAI TADBIR GRED N27 dan link url bagi artikel ini adalah http://suterakasihyann.blogspot.com/2013/06/tips-temuduga-spa-pengalaman-temuduga.html
Semoga artikel TIPS TEMUDUGA SPA: PENGALAMAN TEMUDUGA SPA PENOLONG PEGAWAI TADBIR GRED N27 ini dapat memberi manfaat untuk semua.

22 COMMENTS:

dear xila said...

seronok bacamemang dorang ni psiko..nak je jentik2 hehe mmg detail tulah saya ada benda tak cerita pasal inteview ritu..nantilah cerita hehe

Umie Artoqiemie said...

pergh bapak nervous. takut2.

Cinta hazanis said...

mesti nervous kan.:)

Muhammad Saiazuan Norhalik said...

waaa pengalaman best tu.. akhirnya dapat peluang ya :D

hehe betul2 jangan tipu2

||aLeaSaRa|| said...

wah nice sharing,sis.kalau kak lea lah ditanya bab2 politik tu mau ting tong seketika.sebab depa memang nak perangkap kita je he2..all the best ^^

ciK LyndaWawa said...

camni temuduga tek? hope ada berita bgs ho..

faridahnazurah said...

Hehehe buat masa ni xpernah dpt lg panggilan spa. Tunggu gak ni.tp belum ada rezeki..

Hehehe rindu kite x?

dwaty said...

Ramai juga member yang dipanggil interview N27... semua kata susah... ikut rezeki masing2... btw... semoga berjaya...

Ash Give said...

aku sda agak..dapat panggilan N27 jugak. nampak di IG ada post gambar pi interview..haha


aku pun dapat panggilan jugak..sama 3hb malam di Putrajaya..

tau kan 49k calon yg di panggil hahaha..

mudah mudahan kita berjaya la hendaknya kan..14hb ni kuar result..sabar jak la

psstt aku tidak stry lagi dlm blog..aku google ramai gila orang share dlm blog masing, sbb tempoh masa hari interview sgt panjang..

good luck to us k :)

e F a said...

hai, dapat x kerja ya tek? kmk pernah sekali pergi interview spa. sikda prepare pa2. sedih juak la, sebab bukan senang nak dapat pilih smpi interview nak oo?

Myra Jay said...

Good luck ye Yann, ada rezeki insyaAllah :)

Akak sebenarnya dah frust dengan SPA, berkali2 p interview gagal walhal ada yg akak jawab pnuh keyakinan.. tak tahu apa sebenarnya kehendak SPA yang diorang nak sangat.

Muhammad Saiazuan Norhalik said...

hehe nextime u datang kl, my time to blanje la

[sutera kasih] said...

Nervous :)

[sutera kasih] said...

mmg hobi diorg nk psiko sbb nk uji kita hehe

[sutera kasih] said...

Nebess ehhhhh ihhihi

[sutera kasih] said...

Yup, dpt peluang intrvw SPA tu kira bertuah dh kan huhu

[sutera kasih] said...

Bab politik tu yg malas nk jwb sbb takut tersalah fakta or cakap huhu

[sutera kasih] said...

Tgh tggu result huhu

[sutera kasih] said...

Hahhhh dh knapa lama x dtg ni hehe

[sutera kasih] said...

Bergantung dgn rezeki bah jgk kan..doa ja la :)

[sutera kasih] said...

14 julai ka? cek d lmn web SpA la tu kan? adeh neves hehe ko pun rupanya..nah gudlak la bu, byk kita mncuba nasib ni huhu

[sutera kasih] said...

Lom ada kptusan deng..sabo ja la huhu bkn sng nk dpt SPA :(