Tuesday, June 18, 2013

TEASER #YSLWEDDING ADAT PERKAHWINAN MELAYU BRUNEI

Assalamualaikum dan hello readers !
Fuhh lama jugak ni nak ambik mood update entri, entah kenapa malas sangat nak on laptop, macamlah susah sangat, kan? hehe. Alhamdulillah segalanya berjalan lancar semasa majlis perkahwinan sepupu kesayangan saya ni. Cuma satu majlis saja saya tak hadir, terpaksa pulang ke Sabah sekejap sebab ada interview, bila dah pulang semula, semua majlis dah habis huhu. Dipendekkan cerita, dah nama pun entri berupa 'teaser' kan, tak boleh lebih-lebih haha. Kali ni saya nak kongsikan adat perkahwinan melayu di Brunei. Antara aturcara majlis perkahwinan #YSLWedding yang telah berlangsung dengan jayanya :
  • Majlis Malam Berjaga-jaga (berlangsung selama seminggu sebelum majlis sehingga majlis perkahwinan)
  • Majlis Berbedak-bedak mandi
  • Majlis Khatam Al-Quran
  • Majlis Menerima Berian dan Akad Nikah
  • Majlis Malam Berbedak dan Berpacar
  • Majlis Perkahwinan
  • Majlis Malam Ambil-ambilan

Majlis Malam Ambil-ambilan. Kalau kita di Malaysia, kira macam lebih kurang majlis potong kek yang dibuat pada sebelah malam tu. Majlis yang bertemakan 'English Night' dan 'Fencing', yang saya sendiri tak dapat nak hadir wuwuwuwu sedih. Sempat video calling saja nak tengok suasana majlis. Diorang ni pasangan 'fencing' tau. Dua-dua minat main 'fencing' dan pernah mewakili Brunei untuk acara 'fencing'. Apa tu 'fencing'? Nampak patung atas kek tu pegang apa? Haaa tu la tu hehe. Sepupu saya ni jenis suka yang simple-simple, kek pun simple tapi rasa keknya, sedap sehingga menjilat jari, diorang katalah hehe.

credit photo : Arshad Hussin 
Sepupu saya ni peminat 'kipas susah mati' cerita Twilight. Dia berangan nak jadi Bella Twilight haha. Tu la gaun pengantin dia konon-konon macam gaun pengantin Bella, simple tapi nice. Nasib baik dia tak cari muka laki macam Edward Cullen hehe. Untuk perkongsian, diorang ni dah lama berkawan masa tahun 2002 kalau tak silap, diorang bertunang pun dah lama, tahun 2008. Alhamdulillah sudah selamat diijabkabulkan tahun 2013.

credit photo : Arshad Hussin 
Majlis Malam Berbedak dan Berpacar. Adat Melayu di Brunei, semasa majlis tersebut, pengantin perempuan kena pakai kain songket Jong Sara, mahal kain songket tu huhu, serta perhiasan di kepala dan tangan. Sepupu saya bagitau, setiap malam dia kena pakai gelang lebih kurang macam dalam gambar tu la, lupa nak ambil gambar.

credit photo : Jaya Hj Awang
Majlis Perkahwinan. Gambar ni masa majlis bersanding, masa tu saya tengah sibuk di luar rumah bagi-bagi 'gift' untuk tetamu, habis cair make up hehe. Akhir kata, tunggu saya update entri yang lain ya tentang adat perkahwinan di Brunei. #YSLWedding

Artikel berkaitan ; YSL WEDDING: MAJLIS BEDAK BEDAK MANDI

Anda sedang membaca artikel TEASER #YSLWEDDING ADAT PERKAHWINAN MELAYU BRUNEI dan link url bagi artikel ini adalah http://suterakasihyann.blogspot.com/2013/06/teaser-yslwedding-adat-perkahwinan.html
Semoga artikel TEASER #YSLWEDDING ADAT PERKAHWINAN MELAYU BRUNEI ini dapat memberi manfaat untuk semua.