Friday, June 28, 2013

RAMADHAN JOM BERAMAL : SUMBANGAN 1000 NASKAH TERJEMAHAN AL-QURAAN

"Projek Ramadhan PSS 1434H.
Projek ini mensasarkan untuk mengumpulkan sumbangan 1000 naskah terjemahan Al-Quraan yang akan disumbangkan kepada 1000 orang pelajar muslim di seluruh Sabah.
Amal sama dikumpul, bakti sama ditabur."
Assalamualaikum dan hello readers !
Jumaat hari ini Jumaat yang terakhir untuk bulan Jun. Tinggal beberapa hari lagi Ramadhan akan tiba, rasa tak sabar ! Rasa macam baru saja berterawih semalam, waktu sekarang pantas berlalu, kan? Okey dipendekkan cerita, sempena bulan Ramadhan yang akan datang, kepada sesiapa yang hendak beramal, bolehlah menghulurkan sumbangan melalui Bank Islam Malaysia Berhad atas nama Persatuan Siswazah Sabah di nombor akaun 10016010043186 berdasarkan maklumat dalam gambar di atas. Sebuah projek dakwah untuk masyarakat yang dibuat oleh Persatuan Siswazah Sabah (PSS) yang dinamakan 'Projek Ramadhan PSS 1434H' mengajak masyarakat untuk sama-sama beramal mewakafkan senaskah Al-Quran terjemahan kepada remaja Islam di Sabah. Semoga impian mereka dipermudahkan, insya Allah, amin. Untuk maklumat lebih lanjut tentang persatuan tersebut, boleh layari blog Persatuan Siswazah Sabah dan Facebook Persatuan Siswazah Sabah.

TAG : BERAMAL, WAKAF AL-QURAN, PERSATUAN SISWAZAH SABAH, RAMADHAN

Anda sedang membaca artikel RAMADHAN JOM BERAMAL : SUMBANGAN 1000 NASKAH TERJEMAHAN AL-QURAAN dan link url bagi artikel ini adalah http://suterakasihyann.blogspot.com/2013/06/ramadhan-jom-beramal-sumbangan-1000.html
Semoga artikel RAMADHAN JOM BERAMAL : SUMBANGAN 1000 NASKAH TERJEMAHAN AL-QURAAN ini dapat memberi manfaat untuk semua.

2 COMMENTS:

dear xila said...

semoga dipermudahkan urusan penganjur di bulan baik nanti aminnn

Muhammad Saiazuan Norhalik said...

semoga dipermudahkan, inshaAllah :)