Saturday, June 22, 2013

MY BESTFRIEND'S WEDDING: FIFFY & FAUZEE'S STORY OF LOVE

Assalamualaikum dan hello readers !
Sekarang kita dilanda jerebu, kan? Jadi, kurangkan aktiviti di luar rumah ya kawan-kawan? Tadi Dian ajak main bola jaring di Tanjung Aru pun, saya tolak, ceahhhh padahal malas. Okey, macam tiada kaitan intro dengan gambar besar gedabak tu hehe. Alhamdulillah, kawan baik saya si Fiffy dan Fauzee sudah selamat diijabkabulkan pada 31 Mei lepas, tahniah PP dan Pojik, akhirnya kamu sah sudah jadi suami isteri, boleh sudah tu jalan pegang tangan depan aku, okey dengki, bwekkkkkk !!

Jangan risau, entri kali ni bukan entri melelehkan air mata, macam entri INI yang si PP nangis sunguh-sungguh hehe. Gambar-gambar yg terpampang dalam entri ni diambil dari facebook PP, konon-konon aku hadir dalam majlis tersebut, kurangnya tiada muka aku saja huhu. Terpegun tengok kawan aku yg sorang ni, dia memang sudah cantik, bila jadi pengantin bertambah berseri super duper gojes ! Memang kali kan kalau anak mix ni, lagi-lagi mix macam-macam, confirm la cantik, jadi kesimpulannya carilah pasangan yg lain bangsa hehe memandai jak kan.

Siapa kata kalau nak kawen, kena prepare planning majlis setahun atau 6 bulan sebelum majlis? Tak semestinya bah. Itu semua terpulang dengan rezeki masing-masing. Orang kata kalau prepare lambat, majlis jadi kelam kabut. Tak jugaklah. Kalau niat kita baik, lagi-lagi nak mendirikan rumahtangga, insya Allah akan dipermudahkan urusan, percayalah. Contoh macam si PP ni, kamu fikir dia prepare setahun sebelum? Dia la pengantin paling comel, dia rancang nak kawen hujung tahun, tapi atas permintaan keluarga suruh diorang kawen cepat, kamu imagine dia hanya ada masa lebih kurang sebulan dua saja untuk prepare semua tu. Dengan kesibukan kerjanya, dengan keadaan kesihatannya yg selalu kurang sihat, dia turun naik KK-Tawau, KK-KL..Ya Allah, memang comel betul la budak sorang ni. Aku tau dia selalu nangis tu, lagi-lagi aku dah tiada di sisinya, cewahhh hehe. Tapi aku tau, dia seorang yg kuat semangat dan tabah. Menangis saja cara dia untuk melepaskan kesakitan dalam hatinya.

Syukur alhamdulillah dia dikurniakan pasangan yg sentiasa ambil berat walaupun sorang di utara, sorang di selatan. Sebelum diorang ni kawen, ya ampun tak boleh jumpa, mesti ada saja isu diorang nak gaduh. Kadang-kadang aku rasa nak ketuk sorang-sorang haha. Nanti kalau kamu sudah ada anak, tunggulah aku ceritakan tu kisah kamu ya, biar kamu sana hehe. Okey, penat suda membebel, jom tengok gambar-gambar perkahwinan si Fiffy & Fauzee.

Majlis akad nikah. Si Fiffy control ayu dipasangkan gelang oleh suaminya, Fauzee :p

Aku tak tau majlis apa ni, maklumlah tiada di tempat kejadian hehe. Diorang pakai baju pengantin warna hijau tu mungkin baju pengantin adat Bugis, Indon, Kokos..entahlah, tunggu si Fiffy jawab di bahagian komen ya kawan-kawan. 

Kelassssss kau Fiffy ! Baju pengantin tu super duper gojes hehe.

Ni majlis malam berbedak dan berinai mengikut adat. Cantik sangat !

Kek pengantin. Wooooo banyaknya, bertingkat-tingkat, cantik ! Rugi aku tak makan wuwuwuwu

Ni boleh masuk dalam show TV3 Mahligai Cinta, pelamin kamu memang cantik sangat ! Siapa buat pelamin ko ni PP? Manatau aku nak kawen nanti nak cari haha berangan.


Hahhh...dunia sekarang ni semuanya di hujung jari. Yang jauh didekatkan, yang dekat dirapatkan hehe. Malam majlis berbedak dan berinai, kami ber'video call' dari We Chat saja, masa tu aku tengah sibuk di majlis #YSLWedding di Brunei, tapi aku curi tulang sekejap naik atas semata-mata nak video calling dengan budak ni. Terharu tak PP Pojek?? Bulu mata pelesu tu yg mahal tu kalah Rozita Che Wan haha. Apapun, semoga terhibur dengan entri aku kali ni, mana yg baik, sedutlah, mana yg kurang baik, jgn sedut hehe. Next entri, maybe masih pasal majlis perkahwinan, tak habis-habis hehe. Ok bye !

MUST READ --> MY BESTFRIEND'S WEDDING, FIFFY KHAZRINA YANTY & FAUZEE PRE-WEDDING

Anda sedang membaca artikel MY BESTFRIEND'S WEDDING: FIFFY & FAUZEE'S STORY OF LOVE dan link url bagi artikel ini adalah http://suterakasihyann.blogspot.com/2013/06/my-bestfriends-wedding-fiffy-fauzees.html
Semoga artikel MY BESTFRIEND'S WEDDING: FIFFY & FAUZEE'S STORY OF LOVE ini dapat memberi manfaat untuk semua.

7 COMMENTS:

fiffydaydreambeliever said...

OKKKKKK!!!! janji x nanges kan by da way entry yg comel gini pun aku nanges. Hahahahh... wish u were here sayang . by da way solemnization day on 30th of May syg reception yang 31st of May. thennn baju hijau tuh baju adat bugis ni klu keturunan kami kena guna warna hijau. apa2 punnn akuu NANGESSSSS!!! hahahahh. <3 <3 <3 love from bottom of my heart for u bestfriend ever Syaza!

Umie Artoqiemie said...

wahhh malam bebedak ya paling paling rare. tahniah dia!

fyna said...

lawa pengantin tue.

zuan said...

alhamdulillah, hehe seronok tengok orang kawin kawin ni :D

puteri kasih said...

tahniah...semoga berkekalan :)

Mimi Azirah said...

Tahniah fifi dan psgn..sme cntik sme pdn

dear xila said...

siyesly cantikkkkkkk!!!! adat2 kat sana memang tak pernah tau lg ni...