Tuesday, June 25, 2013

BARANGAN ELMO KEGEMARAN BABY AQIL

Assalamualaikum dan hello readers !
Hai, nama saya Aqil hehe. Rindu pulak dengan budak nama Aqil ni. Aqil ni anak kepada my sepupu, anak buah kepada owner blog INI. Masa nikah sepupu di Brunei, tu la first time jumpa Aqil, fuhhh lamanya tak pulang Kuching. Insya'Allah nanti pulang beraya di sana, setelah sekian lama tak berkumpul beraya bersama keluarga sebelah mak, paling last raya ramai-ramai di sana masa tu arwah nenek masih ada, mungkin dalam 7 atau 8 tahun yang lepas. Masuk tahun ni, dua tahun tak pulang Kuching. Rindu Kuching ! :)

Elmo yang comel yang merah menyala. Elmo tu salah satu muppet dalam rancangan kanak-kanak 'Sesame Street'. Dulu kecik-kecik suka jugaklah tengok rancangan tu, biasalah masa kecik kan suka tengok kartun-kartun ni hehe. Elmo dan Cookies Monster antara muppet yang comel dalam 'Sesame Street'. Menyesal aku tak beli T-Shirt Elmo aritu huhu. Sebenarnya, si Aqil yang suka Elmo, Amy cakap Aqil akan senyum kalau tengok Elmo. Tu yang aku belikan T-shirt Elmo untuk Aqil masa jalan-jalan kat KL bulan lepas. Masa cuti sekolah aritu, jalan-jalan kat Miri, cari lagi barangan Elmo untuk Aqil, masuk kedai Toys R Us, jumpa pulak patung Elmo, belikan lagi untuk Aqil, aisehh bertuah si Aqil. Tu namanya rezeki budak, aku tolong sampaikan saja hehe. Tengoklah, header blog aku pun dah bertukar jadi Elmo, jangkit dengan Aqil hehe.

sumber : Fia Felt Craft
Comel, kan? Gilaaa tak comel hehe. Thanks Fia Felt Craft sebab jahitkan bantal untuk Aqil ni, comel sangat. Jahitan kemas sangat. Tak sabar nak bagi Aqil kelak on his birthday hehe. Tapi, hadiah ni kena pos direct dari Fia terus hantar kat Amy, minta tolong Amy simpankan dulu. Amy, tolong simpankan ya hehe. Sesiapa nak tempah bantal comel macam ni, boleh hubungi Fia di facebook Fia Felt Craft.

Aku pun tak tahu Aqil tengok apa sampai macam tu sekali haha. Aku ajak bergambar, penat dah ready senyum lebar macam iklan colgate, Aqil tak tengok camera pun, grrrrrr !! hehe. Semoga Aqil menjadi anak yang baik, mendengar kata, anak yang soleh, anak yang bijak, anak yang pintar, disukai ramai, disenangi ramai..amin. Aqil ni budak yang tak memilih orang, sorang dukung lepas tu sorang lagi sambut dukung, dia tak nangis pun. Cuma, Aqil ni hyper active ! Ya Rabbi, tak boleh duduk diam hehe. Ok lah, nanti sambung lagi (^_^)

TAG : ELMO, BARANGAN ELMO, PATUNG ELMO, TSHIRT ELMO, BANTAL ELMO, BANTAL FELTT CRAFT ELMO, FELT CRAFT MURAH, AQIL, BABY AQIL, BABY ELMO, SESAME STREET, MUPPET, BANTAL BAYI, BANTAL BABY ELMO, ELMO COMEL

Anda sedang membaca artikel BARANGAN ELMO KEGEMARAN BABY AQIL dan link url bagi artikel ini adalah http://suterakasihyann.blogspot.com/2013/06/barangan-elmo-kegemaran-baby-aqil.html
Semoga artikel BARANGAN ELMO KEGEMARAN BABY AQIL ini dapat memberi manfaat untuk semua.

4 COMMENTS:

zuan said...

laaa ni rupanya punya header blog ni jadi comel..hehehe

Aqil ni tak mesra kamera lagi :D

Razfira said...

hehehe comelnye elmo n baby tu

Mimi Azirah said...

memg mnat btul aqil ngan elmo ye

dear xila said...

elmo comei sbb tu bdk2 suka..walopon elmo tu dh tua sebenanya kan hehe aqil comel, blog ni pon betambah comel!! :P