Monday, May 27, 2013

YSL WEDDING: MAJLIS BEDAK BEDAK MANDI

Assalamualaikum & hello!  :)
Kelmarin petang ada majlis bedak bedak mandi, apa tu? Ni kira adat orang di sini sebelum nikah. Kiranya macam kita di Malaysia biasanya dipanggil mandi bunga, kan? Tapi di Brunei dibuat majlis sederhana yg dihadiri oleh keluarga terdekat saja. Sebelum pengantin dimandikan oleh 'pengangun', pengantin akan duduk berhias cantik di depan tetamu dan disapu sedikit bedak di dahi pengantin oleh org2 tua. 'Pengangun' tu apa lg? Pengangun tu kira macam penjaga pengantin tu sepanjang majlis berlangsung. Pengangun tu memang dh berpengalaman dlm hal2 kawen, org tua perempuan hehe.

Kalau di Sabah ada majlis malam berbedak, sini pun ada jugak, dah nama jiran kan? Adat pun lebih kurang sama. Tapi malam berbedak berbeza ya dari bedak bedak mandi. Selepas majlis bedak bedak tu, tetamu dijamu selera dengan jamuan ringan. Semasa tetamu makan, pengantin naik ke bilik untuk 'dilulut' dengan bedak. Kalau org sarawak kata 'berkaser'. Lebih kurang macam kita pakai scrub badan la nak buang daki-daki di badan sebelum pengantin nikah. Faham-faham la kan sebelum malam pertama mestilah nak bersih fizikal dan mental hehe.

Selepas acara berlulut, pengantin turun untuk dimandikan sambil diiringi empat 'dayang' bawak lilin yg dipasang api, ibarat tuan puteri turun mandi bersiram hehe. Yg macam dlm gambar tu, sepupu aku tu dah macam hantu kak limah balik rumah, dh mcm zombie pun ada hehe. Semasa pengangun mandikan pengantin, empat org dayang pegang lilin bernyala api tu berdiri di setiap empat penjuru mengelilingi pengantin. Ada gambarnya tapi tak boleh display utk tontonan umum hehe.

Apa lagi ya? Selesai majlis petang kelmarin, sebelah malam pula seperti biasa majlis jaga-jaga. Kononnya kitaa ramai'ramai menjaga pengantin, simboliknya saja hehe. Malam tersebut diisi dengan acara keluarga lah, disamping dpt meluangkan masa dgn keluarga yg jarang bertemu, dapat juga berkasih syg maklumlah jarang berkumpul ramai-ramai. Setakat ni keluarga di brunei dan di sabah saja, dua tiga hari lagi dtg pulak keluarga dari sarawak & sesat sorang sepupu dari KL hehe.

Okey, tu saja utk arini, nanti sambung lagi hehe! Oh ya..YSL tu apa? YSL tu bukan brand terkenal ka? Apa ntah tu saint lauren ka apa tu..bukan bukan..YSL tu stand for 'Yunus Sayang Lina' haha tema wedding diorg.

Anda sedang membaca artikel YSL WEDDING: MAJLIS BEDAK BEDAK MANDI dan link url bagi artikel ini adalah http://suterakasihyann.blogspot.com/2013/05/ysl-majlis-bedak-bedak-mandi.html
Semoga artikel YSL WEDDING: MAJLIS BEDAK BEDAK MANDI ini dapat memberi manfaat untuk semua.

9 COMMENTS:

nuyui a.k.a miss YUI said...

mcm menarik namanya..mmg berbedak sggh tu..hihi

:: Mrs.Eady :: said...

wahhh...

Nurzakiah Hanum said...

moning
salam isnin

Maii Adinda said...

macam pakai mask. waaa. mesti feel baharu lepas mandi bedak.

xila dot said...

amboi...kenalkan sorg org brunei boleh hukhukhuk

Puan Bui Junaidi said...

TERKEJUT KMK NANGGA GAMBAR NO.4..KUS SEMENGAT..HAHAHAHA

Elih Japahar said...

hi singgah sini baca entry dr Eva Romina...nice blog :)

Izzat Eshak said...

begitu eh adatnya di sana?
nice sharing =)

Naimah1812 said...

Haha ^_^ memang catu adat Brunei.. Aku orang Brunei kali ah ^_^