Wednesday, May 22, 2013

THE LOAF, SOGO BERSAMA BLOGGER COMEL DAN KACAK

Assalamualaikum dan hello my readers ! :)
Akhirnya sampai jugak giliran post entri jumpa blogger hehe. Marathon blogging ni buat entri autopublish dari 13 Mei sampai 22 Mei 2013. Kami janji nak jumpa di Secret Recipe Sogo. Tapi diorang kata Secret Recipe dah tiada, dah ganti dengan The Loaf, jadi layan ja la jumpa di The Loaf. Memang tak sabar nak jumpa geng-geng blogger saya ni, sebelum ni dah pernah jumpa Eva di Kuching tahun 2011. Kali ni pertemuan kali kedua la dengan Eva yang ngegeh itu hehe. Thanks Izza sebab sudi temankan jumpa geng blogger ni. Izza tak aktif blogging dah huhu. 

Walaupun dapat jumpa sekejap saja, dalam masa sejam macam tu la, tapi ianya satu pertemuan yg sangat best. Mula-mula Hanie yang sampai dulu, lepas tu Eva. Lepas tu, Jue pun sampai. Eh tiba-tiba ada Zuan jugak. Konon nak buat kejutan lah si Zuan tu hehe. Oleh sebab Zuan nak kejutan sangat, hahhh tak cukup ole-ole dari Sabah nak bagi, sorry Zuan huhu. Bestlah dapat jumpa semuanya, apa yang kamu nampak dan baca dalam blog JueHanie, Eva dan Zuan, begitulah juga mereka di alam nyata hehe. Friendly dan talkative. Paling syok, diorang semua ni sangat sporting, Eva jangan cakaplah, tangannya busy candid muka kitorang lepas tu record video. Haaa Eva, mana videonya? Blog pun korang tak update, kan? :p

Oyeahhhh akhirnya dapat jumpa Hanie, walaupun Hanie orang Sabah jugak tapi memang tak dapat nak jumpalah sebab dia tinggal di KL dah ikut suami kan hehe. Comel la Hanie ni, macam budak remaja, Izza terkejut bila dapat tahu Hanie dah kawen hehe. Awet muda ko kan Hanie !

Kelakar lah si Jue ni, sampai-sampai ja rambutnya serabut dah macam Hantu Kak Limah katanya sebab nak laju-laju sampai hehe. Masa lepak tu, lidah ni berbelit dah. Dengan si Eva dan Jue, aku cakap Sarawak. Dengah Hanie dan Izza pulak cakap Sabah. Hahhh dengan si Zuan pulak cakap bahasa melayu. Thanks guys sebab sudi luangkan masa dan korbankan masa hujung minggu jumpa saya yg datang dari jauh ni hehe. Rasa terharu sangat plus happy ! Hope next time dapat jumpa kamu lagi dengan aktiviti yang lagi best dan masa yang lama. Insya Allah, ada masa dan rezeki, datang sana lagi jumpa kamu k? Next time, mungkin boleh jumpa blogger lain pulak, ada ka sudi nk jumpa? hehe. Kalau datang KK, jangan lupa bagitau, insya Allah boleh jumpa ! :)

TAG : BLOGGER CANTIK, BLOGGER KACAK, BLOGGER FAMOUS, BLOGGER MALAYSIA, BLOGGER GATHERING, LEPAK BLOGGER, EVA ROMINA, EVA ZEHNDER, JUE HANIE, JUESTAN, SAIAZUAN, BLOG ZUAN, BLOG EVA, BLOG JUEHANIE, BLOG IZZA IZALIS, BLOG GADIS KONSPIRASI, THE LOAF

Anda sedang membaca artikel THE LOAF, SOGO BERSAMA BLOGGER COMEL DAN KACAK dan link url bagi artikel ini adalah http://suterakasihyann.blogspot.com/2013/05/the-loaf-sogo-bersama-blogger-comel-dan.html
Semoga artikel THE LOAF, SOGO BERSAMA BLOGGER COMEL DAN KACAK ini dapat memberi manfaat untuk semua.

7 COMMENTS:

Nurzakiah Hanum said...

suka tgk gambar2 kat blog nie

Cik Aish said...

bestnyee!!

Muhammad Saiazuan Norhalik said...

owh patut la tak dpat pape..hehehehe
thanks sbb sudi sembang2 ngan zuan wlaupun beberapa patah perkataan je..heee

Hanie Dew said...

rahsia awet muda.senyum je hari hari. hehehe.kami pun happy bah dapat jumpa ko yann.comel giler ko yann. gerammm mok cubit cubit pipi ko tu kuat kuat. hahahaha...

Carlos Santiago said...

terus tergamam seorang jejaka. hahaha.. kalau aku, mahu kaku terpaku. hahaha

Puan Bui Junaidi said...

RINDOK ATI DPT NEMU SESAMA BLOGGER...^_^

Papa-NtiQ said...

hi......cakap pasal The Loaf, saya baru jer gi kat branch di Sogo. Pics dah upload jadi senang2 tu jenguk la yer blog saya www.blogmakanbest.blogspot.com
Topik makan..makan dan...makan tak der topik lain :)
Dan kalu minat tu follow yer blog saya TQ TQ