Tuesday, May 21, 2013

SEHARI SEBELUM HARI MENGUNDI - IZZA IZALIS

Assalamualaikum dan hello my readers ! :)
Sehari sebelum pulang mengundi, luangkan masa dengan sahabat kesayangan saya si Izza ! Thanks a lot Izza sebab sudi turun dari Ipoh ke KL semata-mata nak jumpa kawannya datang dari Sabah ni hehe. Cuma rasa macam tak cukup sehari luangkan masa dengan Izza, rasa macam singkat sangat. Insya Allah bulan Jun nanti Izza datang KK pulak. Dan seterusnya macam tu la, kalau ada masa dan tiket murah, saya pulak nanti ke KL jumpa Izza hehe. Now everyone can fly, gitewwww !

Dari selepas jumpa rakan blogger (akan update lepas entri ni) di Sogo, singgah sekejap ke kedai Lady First cari jubah lepas tu kami terus bergerak laju menuju ke PWTC. Masa 4 Mei tu, rasa masa sangat-sangat bernilai, limited sangat masa sebab sebelah malam kena bergerak ke airport pulak awal huhu. Dengan keadaan orang ramai di LRT, kami teruskan juga niat ke Pesta Buku di PWTC sekali jumpa classmate. Haaaa tu la anak kepada classmate yang kami jumpa, nama baby tu Iqbal. Comel sangatkan Iqbal?

Hai, nama saya Faezah, panggil saya Izza saja hehe. Rasa bersyukur sangat Allah temukan saya dengan seorang sahabat yg hebat macam Izza. Kenal Izza semenjak tingkatan enam bawah tahun 2005 hinggalah sekarang. Walaupun sekarang Izza dah bermaustatin di Ipoh, tapi masih juga saya rasa dia macam di Sabah hehe. Lepas dah jalan-jalan di pesta buku, Izza bawa jalan-jalan lagi ke KL Sentral dan seterusnya lepak di Suria KLCC. Oleh sebab member dua orang tu tersekat di kesesakan lalu lintas, atau dengan nama manjanya trafik jem di highway dari Nilai, terpaksalah Izza gerak awal pulang Ipoh sebab tiket komuter Izza jam 10 malam. Bayangkanlah dari jam 9 malam macam tu saya duduk sorang-sorang di taman Suria KLCC tu macam orang gila pun ada haha. Kira-kira jam 10 lebih macam tu, barulah Dian dan Izzah sampai. Terus kami pegi menonton Iron Man 3 sebelum pergi KLIA tengah malam buta huhu.

Lupa nak kecoh, masa jalan-jalan cari buku di pesta buku PWTC, nampak Yatt Hamzah tengah promosi tudung Suci, salah satu darinya Gaza Shawl. Cantik lah Yatt Hamzah ni, lembut orangnya. Paling tak boleh lupa, 'Yatt sayang anda semua kerana Allah Taala, mmmuahhhh'. Sweet, kan? hehe

TAG : IZZA IZALIS, KISAH BLOG, KISAH KAWAN, PESTA BUKU KUALA LUMPUR 2013, YATT HAMZAH, TUDUNG SUCI YATT HAMZAH, YATT HAMZAH BERTUDUNG, PENGALAMAN KE PESTA BUKU, SURIA KLCC

Anda sedang membaca artikel SEHARI SEBELUM HARI MENGUNDI - IZZA IZALIS dan link url bagi artikel ini adalah http://suterakasihyann.blogspot.com/2013/05/sehari-sebelum-hari-mengundi-izza-izalis.html
Semoga artikel SEHARI SEBELUM HARI MENGUNDI - IZZA IZALIS ini dapat memberi manfaat untuk semua.