Monday, May 13, 2013

MALINDO AIR : PENGALAMAN NAIK KAPAL MALINDO

Assalamualaikum dan hello my readers ! :)
Okey lewat seminggu nak 'update' blog. Entri terakhir pun cerita pasal BERCUTI SEBELUM MENGUNDI. Bercuti ke mana? Bercuti ke KL saja, tak jauh pun hehe. Sebelum ni, biasa naik kapal tambang murah Air Asia dan Malaysia Airlines (MAS) kalau nak 'fly' ke mana-mana. So kali ni, kita cuba naik kapal terbang Malindo Air dengan tagline nya "Bukan Sekadar Tambang Murah" yang menggunakan konsep "Hybrid Airlines" iaitu keselesaan dengan tambang yang murah. Ia adalah usahasama antara NADI (National Aerospace & Defence Industries) dan Lion Air Indonesia (sumber).

Malindo Air juga menawarkan pilihan kelas perniagaan dan kelas ekonomi. Tapi bagi saya, tempat duduk kelas ekonomi tu pun dah cukup selesa dan luas, siap boleh angkat-angkat kaki hehe. Menurut blog Jomlahbercuti.com, Malindo Air memberikan keluasan 32 inches seat pitch, berbanding Air Asia dengan 29.5 inches seat pitch dan Malaysia Airlines (MAS) 30 inches seat pitch. Haaa, luas kan?

Tadaaaa...dua orang gadis tu la teman saya bercuti ke KL, perkenalkan kawan baik saya, yang tengah tu namanya Izzah Athirah dan yang hujung sekali tu Kak Dian Suratman hehe. Kak Dian tu bekas offiicemate masa kami praktikal di Malaysia Airport Berhad (MAB) Kota Kinabalu. Bukan MAS ya, tapi MAB. MAS dan MAB tu berbeza, orang ramai masih tak tahu nak bezakan MAB dan MAS. MAB tu airport dan MAS tu airlines hehe. Bila orang tanya, kerja mana Dian? MAB. Wahh dapat diskaun la ni pergi KL? Oh tidak ya tuan dan puan, MAB dan MAS tidak sama hehe.

Untuk perjalanan kami dari Kota Kinabalu ke Kuala Lumpur, Malindo Air menyediakan makanan secara PERCUMA iaitu Sandwich dan Air mineral. Okey la tu untuk alas perut sekejap, sedap tau hehe. Kalau nak tambah pun boleh tau, masa tu pramugari siap tanya lagi, nak tambah?

Bosan dalam kapal Malindo? Tidak. Sebab Malindo Air menyediakan hiburan dalam penerbangan. Memang sangat sesuai dengan konsep hybrid yang Malindo Air guna, walaupun tambang murah tapi kelas ekonomi juga diberi keselesaan dan akses hiburan dalam penerbangan. Nampak tu Izzah dan Kak Dian semangat pasang headset yang dibeli dalam kapal, hanya RM15 sahaja. Kalau korang tak nak beli, pastikan bawa headset sendiri hehe.

Cuba teka saya tengok filem apa tu? haha. Oleh sebab saya tak bawa headset dan malas nak beli, terpaksa tengok filem yang ada subtitle. Okey la daripada bosan hehe. Ada filem dan drama TV tempatan juga antarabangsa. Muzik dan Games pun ada. Kalau tak nak tengok apa yang ada di situ, nak tengok filem sendiri punya, boleh juga cucuk pendrive atau HDD kat situ. Paling syok, mungkin ada yang lupa nak mengecas smartphone sebelum jalan tu, bolehlah mengecas smartphone kamu melalui USB port yang disediakan. Best kan?

Paling best, tak perlu nak beli bagasi untuk kargo, Malindo bagi percuma 15 kg untuk setiap seorang bagi kelas ekonomi. Untuk kelas perniagaan kurang pasti mungkin dalam 30 kg. Sepanjang penerbangan kami, tiada apa-apa insiden yang kurang menyenangkan. Alhamdulillah kami selamat sampai di KLIA tepat jam 7 malam. (Sebenarnya flight penerbangan kami ke KL jam 10 malam tapi telah ditukar pada jam 4.30 petang hari yang sama). Tiket pulang balik kami dari KK ke KL dan KL ke KK hanya RM138. (bergantung dengan harga promosi) Untuk maklumat lanjut dan tempahan tiket, bolehlah melayari laman web Malindo Air di http://www.malindoair.com 

TAG: MALINDO AIR, MALINDO AIRLINES, MALINDO TAMBANG MURAH, GAMBAR MALINDO AIR, PENGALAMAN NAIK MALINDO, MAKANAN PERCUMA MALINDO AIR, TIKET MALINDO MURAH, MALINDO DARI KK KE KL, TAMBANG MURAH MALINDO, MALINDO TAMBANG MURAH, LAMAN WEB MALINDO AIR, MALINDO AIR DI KLIA

Anda sedang membaca artikel MALINDO AIR : PENGALAMAN NAIK KAPAL MALINDO dan link url bagi artikel ini adalah http://suterakasihyann.blogspot.com/2013/05/malindo-air-pengalaman-naik-kapal.html
Semoga artikel MALINDO AIR : PENGALAMAN NAIK KAPAL MALINDO ini dapat memberi manfaat untuk semua.

6 COMMENTS:

Nurzakiah Hanum said...

best2

dhiera said...

servis dia tiptop! harga murah!
best ye~ nak try naik jugak la suatu hari nanti

PakcikLie PCL said...

wah bestnya malindo...bukan sekadar tambang murah.

fyna said...

bestnya ^_^

Puan Bui Junaidi said...

INGIN JUAK KMK NAK TRY MAKEY MALINDO KELAK KOH..

Sharinginfoz said...

Blh cuba nanti