Thursday, May 16, 2013

MAKAN MAKAN SEDAP DI KL

Assalamualaikum dan hello my readers ! :)
Maaf kepada yg berpuasa di bulan Rejab sebab hari ni update entri makanan. Comel-comel kan aiskrim dalam gambar tu? Sebenarnya nak cari aiskrim Turki, tapi tak jumpa-jumpa. Bukan rezeki huhu. Jadi, makan ja la aiskrim Korea di Tokyo Street, Pavilion tu. Hahh jangan beli aiskrim yang green tea warna hijau tu ehh kalau korang bukan peminat green tea. Sebab, aiskrim tu rasanya pahit sedikit lepas tu dalam aiskrim tu ada red bean, jadi macam pelik sedikit rasanya huhu.

Di Jalan TAR tu ada banyak makanan sedap-sedap terutamanya cendol. Yummy. Tapi hanya gambar tu saja yang sempat diambil. Besar kan donut a.k.a kuih gelang tu? Kalau makan confirm tak muat di mulut, dah macam donut terbesar di dunia pulak hehe. Keropok lekor di sana memang sedap, sedap sangat !

Makan di sini memang sedap sangat-sangat. Suasananya pun nyaman. Nama restoran ni Restoran Sakura Kristal di KL Festival City. Malam tu, abang kepada Kak Dian yang belanja makan malam. Rezeki murah hehe. Ingatkan lepas makan tu nak pergi jalan-jalan di pasar malam Danau Kota tapi keadaan tidak mengizinkan sebab malam tu hujan lebat huhu. Dan malam tu jugak terlepas rezeki nak makan Ikea meatball, my aunt ajak makan kat situ tapi tak dapat nak join sebab dah awal janji dengan diorang huhu. Its okey, next time ada rezeki boleh pergi lagi hehe.

Lepas penat berjalan-jalan di area Jalan Tar dan SOGO, kami lepak berehat di kedai The Loaf, Sogo. Sebab food court tingkat atas SOGO terlalu sesak ramai orang, jadi malas nak bersesak-sesak, lepak sajala di The Loaf. Harga makanan dan minuman memang boleh tahan jugaklah. Standard la kan. Not bad. Tapi keadaan di SOGO tu memang sangat meriah, ramai pengunjung.

Cerita di Paratha & Co ni ada sedih sedikit. Memandangkan masa tu perut dah terlalu kenyang lepas makan di Sakura Kristal, KL Festival City tu, jadi tak dapat nak sambung makan lagi. Tapi teringin jugak nak makan. So, beli ja la. Tapi keesokan harinya terlupa nak makan dan kelam kabut dengan temujanji nak jumpa kawan blogger, apa lagi kena buanglah mungkin tu sebab masa tu hari untuk check out dah, diorang yang di bilik kemas-kemas barang. Kempunan mak jemah nak makan haha.

Masa ni tengah tunggu aunt shopping di H&M. Memandangkan tiada barang yg berkenan untuk dibeli, kami pun penat yang teramat dah, jadi sambil-sambil tunggu tu kami lepak duduk minum-minum di Chatime. Sedap jugak minuman di Chatime tu cuma manis sangat, bertambah manis senyuman kita dibuatnya hehe.

sambungan dari :


TAG : PAVILION KL, JALAN TAR, JALAN TUNKU ABD RAHMAN, THE LOAF, PARATHA & CO, AISKRIM KOREA, DONAT GIANT, MAKANAN JALAN TAR KUALA LUMPUR,  CHATIME, JALAN TAR, MAKAN MURAH TAPI SEDAP DI KL, MAKAN MAKAN, JALAN-JALAN CARI MAKAN

Anda sedang membaca artikel MAKAN MAKAN SEDAP DI KL dan link url bagi artikel ini adalah http://suterakasihyann.blogspot.com/2013/05/makan-makan-sedap-di-kl.html
Semoga artikel MAKAN MAKAN SEDAP DI KL ini dapat memberi manfaat untuk semua.

11 COMMENTS:

Nurzakiah Hanum said...

nyum2

NM03 said...

sila percaya, kitew lom terjah pavillion pun lagi... blom ada rasa nak pegi, dan tak tahu nak carik ape kat situ

Muhammad Saiazuan Norhalik said...

hehe dah dapat inspirasi nak berbuka apa harini.. hehehe

:: Mrs.Eady :: said...

Sedap nyerrrrrr....

J.Syazwana said...

aaaaaaaaaaaa dapnye datang kl makan2.
I love food.
Kekekeke :D

Sue-Rya Qistina said...

terliur tgk semua makanan. hehehehe

Fairul Azmi said...

Asalakan ada halal jakim kita makan. Kalau tak.. habis rosak hati kita

adzairdawati makdara said...

mak ai terus rasa laporrr helppp :)

Puan Bui Junaidi said...

MAKANAN D KL NANG NYAMAN2 OWW..NENDAK SIDAK SINUN 'SIHAT-SIHAT'..HAHA

Zura Zue said...

welcome to KL yan...hehehe

puteri kasih said...

alahai..lapar dah ni..hehehe