Friday, May 17, 2013

JUMPA FATIMAH SYARHA DI PESTA BUKU 2013

Assalamualaikum dan hello my readers ! :)
Sabtu sehari sebelum hari mengundi, sempat jugak ke Pesta Buku Antarbangsa 2013 di PWTC. Terima kasih my bestfriend, Izza sebab sanggup heret diri ini ke sana dengan keadaan penuh sesak di LRT sampailah ke PWTC. Sanggup tu tak ikut diorang Dian dan Izzah ke Nilai semata-mata nak ke Pesta Buku, maklumlah saya kan hantu buku haha. Beli majalah ujang tu gara-gara nak beg kertas ujang jak, sebab beg kertas ujang sangat cantik dan stylo ! Buku-buku tu saja sempat dibeli, kalau boleh semua buku nak beli, nasib baiklah waras lagi hehe.

Fatimah Syarha Mohd Noordin. Memang tidak dijangka mahupun terlintas di fikiran nak bertemu dengan my favourite penulis buku motivasi islamik ! Masa dapat jumpa tu, sampai tak terkata apa-apa haha. Bila diingat semula, lucu pulak. Dia tanya dari mana ni, dengan jujurnya saya jawab dari Sabah kak. Terkejut dia sebab datang dari jauh tu hehe. Bestnya dapat salam dan peluk insan yang saya sangat-sangat kagumi dalam dunia penulisan. Lembutkan mukanya? Suaranya pun lembut sangat, cara cakapnya pun menyejukkan hati. Suka sangat-sangat hasil penulisan beliau dan suami. Tak tau nak gambarkan macam mana, kamu bacalah sendiri buku-bukunya, baru kamu akan faham hehe :)

Alhamdulillah, dapat jumpa dua orang hamba Allah yg sangat-sangat dikagumi orang ramai dalam dunia penulisan buku motivasi islamik. Iaitu Fatimah Syarha dan suaminya Dr. Farhan Hadi. Siap dapat autograf :)

Walaupun tak banyak, ni la koleksi yang ada hehe. Novel Denyut Kasih Medik hasil tulisan Dr Farhan Hadi tu sangat terkesan di hati, bacaan yang baik untuk doktor dan bakal doktor. Novel Pemilik Cintaku Setelah Allah dan Rasul oleh Fatimah Syarha pun sangat bagus untuk bacaan umum terutamanya para remaja dan belia. Novel Risalah Hati Raja Sehari tu, tak baca lagi, sebab tengah baca buku lain. Ermm, dalam rancangan nak beli novel Cinta High Class (Fatimah Syarha & Dr.Farhan Hadi), hope dapat beli :)

Sekarang tengah habiskan bacaan buku Rasulullah is My Doctor oleh Jerry D.Gray. Buku ni sangat menarik, isi kandungan buku ni sangat warna warni dan banyak gambar, kita nak baca pun jadi semangat hehe. Jom baca buku !

TAG : FATIMAH SYARHA. DR FARHAN HADI, RISALAH HATI RAJA SEHARI, RASULULLAH IS MY DOCTOR, CINTA DI LANGIT GAZA, UZTAZ AZHAR IDRUS, SIMFONI CINTA HILAL ASYRAF, PESTA BUKU ANTARABANGSA PWTC, PESTA BUKU KUALA LUMPUR 2013, PESTA BUKU, DISKAUN BUKU, MAJALAH UJANG, BLOG FATIMAH SYARHA, KOLEKSI BUKU PILIHAN, BUKU ISLAMIK, BUKU MOTIVASI

Anda sedang membaca artikel JUMPA FATIMAH SYARHA DI PESTA BUKU 2013 dan link url bagi artikel ini adalah http://suterakasihyann.blogspot.com/2013/05/jumpa-fatimah-syarha-di-pesta-buku-2013.html
Semoga artikel JUMPA FATIMAH SYARHA DI PESTA BUKU 2013 ini dapat memberi manfaat untuk semua.

10 COMMENTS:

Salwa said...

Banyaknyer novel beli. Saya suke jugak baca novel ni. Tapi takde masa pulak nak membaca sekarang ni. Huhu.

Salwa said...

Banyaknyer novel beli. Saya suke jugak baca novel ni. Tapi takde masa pulak nak membaca sekarang ni. Huhu.

Nurzakiah Hanum said...

salam jumaat yang indah

Muhammad Saiazuan Norhalik said...

dr! tolong rawat saya..hehe bgs2. baca buku2 intelek :)

Puan Bui Junaidi said...

MUN KMK G PWTC REYA JUMPA KTA KOH..P X SEMPAT,SBB PTG YA KMK DH NK BALIT KUCHING..

Zura Zue said...

bagusnye yan rajin mbaca...mmg lembut tgk muke fatima syarha...

puteri kasih said...

bestnyer dapat pergi pesta buku..puteri je tak berkesempatan :(

Tinta Lana said...

Assalammualaikum.

Ramaikan kat pwtc ritu..1st time saya pergi hujung minggu..thn2 sblm ni pergi hari biasa.. sesak sangat,huhu.

Pemilik Cintaku.. best buku tu.. ^_^

Fairul Azmi said...

Memang best gi book fest ni. Harga jauh lagi murah dari kedai

Bangsa membaca bangsa berjaya.

Mari baca bulu ilmiah :) Macam2 ada

Aishah Jahirah said...

best beli buku.....xsmpt pg yg kt pwtc tu...;(