Tuesday, May 14, 2013

HOTEL CITIN, MASJID JAMEK, JALAN TAR KUALA LUMPUR : PENGALAMAN

Assalamualaikum dan hello my readers ! :)
Kita sambung lagi. Setelah sampai di KLIA, jalan-jalan dulu sekejap cuci mata, sempat juga beli victoria's secret body mist sebotol sebab di airport bebas cukai hehe. Kami ambil keputusan naik teksi dari KLIA ke Hotel Citin. Kenapa? Sebab agak murah sedikit berbanding naik LRT, RM35 seorang. Naik bas jimat lagi sebenarnya dalam RM10 saja, tapi malaslah nak berangkut luggage bag dan bersesak naik bas. Dah la penat, okey juga la naik teksi dari KLIA ke Hotel Citin lebih kurang RM75 untuk tiga orang. Untung jugak sebab dapat teksi baru, kereta Sentra pulak tu selesa gilerrr. Pakcik teksi tu cakap kereta tu baru keluar dari plastik 2 minggu sebelumnya hehe. Agak peramah pakcik teksi tu, dia bekas tentera pernah bertugas di Sabah dan baru saja kerja jadi pemandu teksi. Bila kami cakap minta hantar ke Hotel Citin, haaa dia pun tak tau di mana hotel tu, tapi dia baik, sanggup pusing-pusing cari hotel tu sampai jumpa hehe.

Cerita pasal Hotel Citin pulak. Bila dah sampai dan check in, terkejut bila masuk bilik sebab bilik tu kecil. "Apa ni, dalam gambar punyalah besar". Ketawa kami bah haha. Jadi, kami telefonlah bagitau tak puas hati bilik sempit tak muat untuk tiga orang, dalam internet bagi gambar bilik nampak besar. Mana aci camtu hehe. Dipendekkan cerita, diorang bagi tukar bilik dengan harga yang sama. Dan kami dapat bilik yang lebih besar macam dalam gambar di atas hehe. Kami booking hotel tu dari online jadi dapat harga murah sedikit berbanding beli terus di kaunter. So, tips untuk booking hotel murah di KL, booking awal dari internet, ok? Selain Hotel Citin, ada banyak lagi hotel-hotel murah di sekitar bandar KL tu antaranya Novell Hotel dan Palace Hotel. Semuanya terletak di kawasan strategik untuk 'shopping' hehe.

Walaupun kami tinggal di Hotel Citin, tak habis jalan pun di kawasan Jalan TAR tu. Arghhh tak puas buang duit hehe. Hotel Citin tu memang sangat-sangat strategik kalau kamu suka shopping di Jalan TAR, sebab Hotel Citin memang betul-betul terletak dalam kawasan Masjid Jamek Jalan TAR. Tapi, daripada korang shopping di Jalan TAR, bagus lagi kamu memborong di GM Klang Wholesale haha. Tapi, kedai Muaz di Jalan TAR jugaklah terbaik untuk memborong tudung dan baju. Nasib baik aku tak pengsan dalam Muaz sebab teruja haha.

sambungan dari : MALINDO AIR : PENGALAMAN NAIK KAPAL MALINDO

TAG: HOTEL CITIN JLN TAR, HOTEL CITIN MASJID JAMEK, HOTEL CITIN MURAH, HOTEL MURAH KL, HOTEL MURAH MALAYSIA, HARGA HOTEL CITIN, DI MANA HOTEL CITIN, LOKASI HOTEL CITIN, JALAN TUNKU ABD RAHMAN, JALAN TAR, GAMBAR HOTEL CITIN KUALA LUMPUR, KEDUDUKAN HOTEL CITIN, PENGALAMAN BERMALAM DI HOTEL CITIN JALAN TAR, TIPS BOOKING HOTEL MURAH

Anda sedang membaca artikel HOTEL CITIN, MASJID JAMEK, JALAN TAR KUALA LUMPUR : PENGALAMAN dan link url bagi artikel ini adalah http://suterakasihyann.blogspot.com/2013/05/hotel-citin-masjid-jamek-jalan-tar.html
Semoga artikel HOTEL CITIN, MASJID JAMEK, JALAN TAR KUALA LUMPUR : PENGALAMAN ini dapat memberi manfaat untuk semua.

6 COMMENTS:

nuyui a.k.a miss YUI said...

nmpk ok hotel ni kan..

Fairul Azmi said...

Duduk Selangor, so tak delah nak merasa duduk hotel kl ni :)

Baik balik umah

Fairul Azmi said...

Duduk Selangor, so tak delah nak merasa duduk hotel kl ni :)

Baik balik umah

Muhammad Saiazuan Norhalik said...

mak mak memang suka shopping dekat jalan tar ni..hehehehe

xila dot said...

kat belah mana eh? xpasan hehe

Puan Bui Junaidi said...

KMK ORG G REYA NGINAP D HOTEL STAR POINTS..OK JUAK,DEKAT DGN JLN TAR JUAK