Friday, April 12, 2013

KENAPA PERLUNYA DAKWAT KEKAL DALAM PILIHANRAYA KE-13?

Tujuan penggunaan Dakwat Kekal?

Selaras dengan keputusan Dewan Rakyat meluluskan syor-syor Jawatankuasa Pilihan Khas Berhubung Dengan Penambahbaikan Proses Pilihan Raya pada 19 April 2012 yang lalu, SPR telah mendapatkan sampel dakwat kekal yang pernah diguna pakai oleh negara lain untuk diuji oleh Jabatan Kimia.

Tujuan diperkenalkan penggunaan dakwat kekal adalah bagi menangani persepsi bahawa terdapat pengundi yang mengundi dua kali menggunakan kad pengenalan yang berlainan. Dengan tanda yang kekal pada jari, ia menandakan beliau telahpun diberikan kertas undi dan hanya boleh mengundi sekali sahaja. Dakwat tersebut juga disediakan dalam dua warna yang berbeza bagi membezakan pengundi yang mengundi awal dan yang mengundi pada hari pengundian biasa. (sumber)
  • Laporan Jabatan Kimia Malaysia menyatakan ujian dakwat kekal adalah telap air dan kekal pada kulit jari dan kuku.
  • Dewan Rakyat telah meluluskan penggunaan dakwat kekal iaitu salah satu syor dalam Laporan Jawatankuasa Penambah Baikan Proses Pilihan Raya.
  • Kementerian Kesihatan Malaysia telah merumuskan bahawa bahan yang digunakan dalam dakwat kekal tidak memudaratkan kesihatan.
  • Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan telah memutuskan bahawa penggunaan dakwat kekal adalah harus dari aspek syarak.
Kertas undi tidak akan dikeluarkan kepada pengundi sekiranya :
  • Pengundi enggan menunjukkan tangannya untuk diperiksa oleh kerani pengundian pertama
  • Pengundi enggan jarinya dicalit dengan dakwat kekal
  • Jari pengundi telah dicalit dengan dakwat kekal atau
  • Nama pengundi telah ditandakan dalam Daftar Pemilih Pilihan Raya. Walaupun jarinya tiada tanda dakwat kekal.
"Dakwat kekal dicalitkan di atas jari telunjuk tangan kiri pengundi daripada ruas jari pertama sehingga ke hujung jari. Sekiranya pengundi tiada jari telunjuk, dakwat kekal akan dicalit di mana-mana jari tangan kiri sebelum beralih ke jari telunjuk tangan kanan dan seterusnya mana-mana jari tangan kanan. Sekiranya pengundi tiada tangan, dakwat kekal akan diicalitkan di pangkal lengan di bahagian yang mudah dilihat"


APA YANG PERLU ANDA TAHU tentang DAKWAT KEKAL :
  • Dakwat kekal dibenarkan Syarak dan telah diluluskan oleh Majlis Fatwa, Tidak menghalang air ke kulit ketika wuduk, Hukum Harus .
  • Laporan dari Jabatan Kimia Malaysia bahawa dakwat ini adalah kekal pada kulit jari dan kuku serta tidak kalis air/ telap air.
  • Kementerian telah merumuskan bahawa bahan yang digunakan dalam dakwat kekal ini tidak memudaratkan, tidak mengakibatkan alahan serta jangkitan kulit.
  • Tempoh luntur dan warna berbeza untuk pengundi pos/awal dan pengundi biasa.
  • Warna dirahsiakan oleh SPR untuk mengelakkan penipuan.
  • KERING KIRA-KIRA SEMINIT SELEPAS DICALIT.
sumber : Facebook Pilihan Raya Umum ke 13

#NOTA HATI : Fuhh..begitu pulak eh. Tadi cari info pasal dakwat kekal, kenapa kena guna dakwat kekal dan apa rasionalnya? Lepas baca, kongsi sekali lah untuk kamu hehe. Selamat mengundi !

TAG: TUJUAN DAKWAT KEKAL, KENAPA DAKWAT KEKAL, HUKUM DAKWAT KEKAL, DAKWAT KEKAL TIPU, DAKWAT KEKAL SAH SOLAT, DAKWAT KEKAL SPR, DAKWAT KEKAL PRU13, PROSES PILIHAN RAYA, PILIHAN RAYA MALAYSIA, ISU SEMASA, ISU POLITIK, POLITIK MALAYSIA, UNDI HANTU, PROSES MENGUNDI, PENGUNDI MALAYSIA, PILIHAN RAYA 13, PRU13, SPR MALAYSIA, UMNO, BN, PAS, DAP, KEADILAN, PKR, UBAH, REFORMASI, TRANSFORMASI, UNDI ROSAK, POLITIK KOTOR, LANGKAH PENGUNDIAN PILIHANRAYA, PROSES BERGAMBAR HARI MENGUNDI, JOM KITA MENGUNDI, LAGU MENGUNDI

Anda sedang membaca artikel KENAPA PERLUNYA DAKWAT KEKAL DALAM PILIHANRAYA KE-13? dan link url bagi artikel ini adalah http://suterakasihyann.blogspot.com/2013/04/kenapa-perlunya-dakwat-kekal-dalam.html
Semoga artikel KENAPA PERLUNYA DAKWAT KEKAL DALAM PILIHANRAYA KE-13? ini dapat memberi manfaat untuk semua.

1 COMMENTS:

Yumida Huda said...

lamak x singgah sitok eh
rindu mek ngn ktk SK
selamat mengundi
undi sapa tek? psssst! undi adalah rahsia oooo