Thursday, April 11, 2013

7 LANGKAH PENGUNDIAN PILIHAN RAYA UMUM KE 13 MALAYSIA

7 Langkah Pengundian Pilihanraya Umum ke 13 di Malaysia

  1. Sila masuk apabila dibenarkan oleh polis yang mengawal di pintu masuk.
  2. Serahkan MyKad/Dokumen Pengenalan dan slip semakan kepada Kerani Pengundian Pertama. Tunjukkan tangan untuk diperiksa dan dipastikan tiada calitan dakwat kekal pada jari.
  3. Bergerak ke hadapan Kerani Pengundian Kedua. Letakkan tangan di atas pad dakwat kekal untuk calitan jari dan tunggu nama anda dipanggil.
  4. Selepas jari ditandakan dengan dakwat kekal dan sebelum kertas undi dikeluarkan, Kerani Pengundian Pertama akan membuat tanda pada nombor dan nama anda dalam buku daftar pemilih. Dapatkan kertas undi daripada Kerani Pengundian Ketiga.
  5. Maju ke petak undi dan tandakan X pada ruang calon dalam kertas undi anda. Pilih satu calon sahaja.
  6. Masukkan kertas undi di dalam peti undi masing-masing untuk Dewan Undangan Negeri dan Parlimen.
  7. Keluarkan segera dari Tempat Mengundi.

Untuk lebih faham dan jelas tentang suasana semasa proses hari mengundi, boleh tengok di PROSES PENGUNDIAN DALAN PILIHAN RAYA dalam Portal Rasmi PRU-13 (SPR).

Assalamualaikum dan hello readers !
Sambil-sambil cari info #PRU13, kongsi-kongsi jugalah dengan kamu dalam blog. Alhamdulillah, masalah tarikh mengundi berlanggar dengan tiket 'flight' dah selesai cuma rugi sedikitlah. Umpamanya duit BR1M khusus untuk orang bujang habis begitu sahaja. Its okey. Bukan rezeki kami duit tu. Duit boleh dicari, undi dari seorang rakyat Malaysia, mana kau nak cari? Cewah semangat patriotik. Orang ada cakap, 'tak mengundi tak apa, jangan tinggal solat'. Memang ada betulnya sebab SOLAT itu sudah semestinya kewajipan setiap umat Islam. Cuma, mengundi itu tanggungjawab bersama dalam kita memilih pemimpin untuk memimpin kita semua. Jangan pula nanti, ada yg tak mengundi tapi dia jugalah yg paling lantang bersuara tak puas hati itu ini, padahal dia yg tak jalankan tanggungjawab. Undi itu adalah hak dan suara anda.

#NOTA HATI: Zaman sekarang, sikit-sikit ambik gambar lepas tu upload di facebook, twitter, blog dan instagram. Terbaru, fenomena Keek, ambik video lepas tu publish. Kita tengok, ada tak yg berani buat masa dalam bilik mengundi hehe

Artikel berkaitan #PRU13 :
TAG : PROSES PILIHAN RAYA, PILIHAN RAYA MALAYSIA, ISU SEMASA, ISU POLITIK, POLITIK MALAYSIA, UNDI HANTU, PROSES MENGUNDI, PENGUNDI MALAYSIA, PILIHAN RAYA 13, PRU13, SPR MALAYSIA, UMNO, BN, PAS, DAP, KEADILAN, PKR, UBAH, REFORMASI, TRANSFORMASI, UNDI ROSAK, POLITIK KOTOR, LANGKAH PENGUNDIAN PILIHANRAYA, PROSES BERGAMBAR HARI MENGUNDI

Anda sedang membaca artikel 7 LANGKAH PENGUNDIAN PILIHAN RAYA UMUM KE 13 MALAYSIA dan link url bagi artikel ini adalah http://suterakasihyann.blogspot.com/2013/04/7-langkah-pengundian-pilihan-raya-umum.html
Semoga artikel 7 LANGKAH PENGUNDIAN PILIHAN RAYA UMUM KE 13 MALAYSIA ini dapat memberi manfaat untuk semua.

10 COMMENTS:

Shuhaida Subri said...

Insya Allah ni kali ke 2 saya mengundi ^^

puteri kasih said...

jom kita mengundi..hehe. pasti 5 Mei nanti blog pun penuh dengan topik hari mengundi kan..hehe

Namee Roslan said...

tak lama lagi nak mengundi dah ni .yippie!! :D

nuyui a.k.a miss YUI said...

eksited..hihi

FiZ said...

thanx for sharing.good info especially for 1st timer :)

[sutera kasih] said...

@Shuhaida Subri:
saya pertama kali ! hehe

[sutera kasih] said...

@puteri kasih:
jom jom jom hehe
yup, for sure !

[sutera kasih] said...

@Namee Roslan:
counting days ! yippiee !! hehe

[sutera kasih] said...

@nuyui a.k.a miss YUI:
semangat ! hihi

[sutera kasih] said...

@FiZ:
sama2 ! :)
sy pun 1st time ni..tu la cari info pastu share skali dlm blog hehe