Wednesday, March 27, 2013

TUN M : JUMPA TUN MAHATHIR SECARA 'LIVE'

"Orang buat demonstrasi dan mendesak perkara yang tak berasas ibarat orang primitif yang tidak bertamadun..tidak ada kebolehan berfikir.."

"Jika kita hanya turun berdemo, kita hanya menurunkan nilai pemikiran kita, ibarat sama dengan makhluk yang tidak tahu berfikir.."

"Saya orang yang memperkenalkan AUKU, banyak yang marah dengan saya, orang boleh tegur saya jika saya buat salah..bila kita berada dalam Universiti, kita di situ untuk masyarakat.."

"Kalau kita punya masyarakat yang tidak bertanggungjawab, tak mungkin negara kita akan maju..masyarakat yang punya nilai-nilai yang mulia, pasti berjaya.."

"Jika kita diberi wang untuk belajar, tapi tak belajar, tak pergi kuliah, buku tak baca, tidur saja, maka institusi akan rosak malah masyarakat tidak dapat manfaat apa-apa daripada kita.."

"Inilah sebenarnya peranan generasi muda kepada negara kita..kita perlu sayang negara kita..kalau kita tidak punya perasaan patriotik, tentu negara kita tidak dapat diselamatkan, tidak akan negara berdaulat, kerna mudah dicerobohi oleh orang luar.."

Antara kata-kata Tun M yang sempat saya coret dalam handphone sempena Syarahan Perdana YABhg. Tun Dr Mahathir Bin Mohamad ; Peranan Generasi Muda : Ke Arah Negara Maju & Berdaulat di Universiti Malaysia Sabah (UMS) pada 16 Mac 2013, sabtu yang lepas.

Assalamualaikum dan hello !

Yesss!! Akhirnya tercapai impian nak jumpa Tun M, mantan Perdana Menteri Malaysia yang keempat secara 'live'..'face to face' dari jauh. Okey la tu daripada tiada langsung. Masih segar dalam ingatan, masa tu siaran langsung mesyuarat agong umno 2012, 22 jun 2002, duduk depan TV sambil buat latihan matematik. Duduk betul-betul depan TV, tiba-tiba Dr.Mahathir mengumumkan perletakan jawatan beliau sebagai Pengerusi UMNO dan semua jawatan-jawatan yang dipegang oleh beliau. Masa tu semua agak terkejut, suasana jadi kecoh. Semua rasa sedih dan hiba dengan keputusan yang beliau umumkan. Walaupun masa tu masih belum kenal dunia politik, kepimpinan dan sama waktu dengannya, oleh sebab rasa hormat dan sayang kepada seorang pemimpin nombor satu negara, rasa sangat sedih masa tu. Buat generasi baru masa sekarang mahupun akan datang, kalau nak tengok video yang menyentuh hati rakyat Malaysia sekitar 2002, boleh google ataupun view di http://youtu.be/Chgpeg72EJ4. Walaupun pelbagai tohmahan yang dilemparkan ke atas beliau, saya tetap mengagumi, menghormati dan menyanjungi kepimpinan Tun M. Kami sayang Tun Mahathir !

Video Tun Mahathir letak jawatan di http://youtu.be/Chgpeg72EJ4

Thank you so much to my bestfriend, Fiffy Khazrina Yanty kawanku bercakar, bergaduh, bercubit-cubitan, pukul-memukul hehe. Sebab sudi bawa ke sana nak tengok Tun M, walaupun masa tu agak kepenatan sebab dari awal pagi berjalan-jalan 'cuci mata' di KK City tercinta, sempat jugak kami sampai walaupun dah lambat, Tun M baru nak mula bersyarahan hehe. Thank you so much ! :)

Menarik mesti baca ----> HILAL ASYRAF TEGUR TUN MAHATHIR

TAG: TUN MAHATHIR, TUN M, DR MAHATHIR, BELIA, AKTIVITI BELIA, JUMPA TUN M, UMS, PENGALAMAN JUMPA TUN MAHATHIR,  BLOG TUN MAHATHIR, CHEDET.CC

Anda sedang membaca artikel TUN M : JUMPA TUN MAHATHIR SECARA 'LIVE' dan link url bagi artikel ini adalah http://suterakasihyann.blogspot.com/2013/03/tun-m-jumpa-tun-mahathir-secara-live.html
Semoga artikel TUN M : JUMPA TUN MAHATHIR SECARA 'LIVE' ini dapat memberi manfaat untuk semua.

3 COMMENTS:

J.Syazwana said...

teringin nak tengok face to face. kagum sangat dengan tun. pemikiran die melangkaui pemikiran manusia biasa. jauh ke depan. semoga dilanjutkan usia tun M :)

Zura Zue said...

bestnye yan dpt jumpe dia..akak teringin nk jumpe dia..akak pun kagum ngan dia jugak,...

Tem0yo said...

akak student UMS kee??haha saya pon ada masa ni sbb sya student UMS gk... ngee ^__^