Tuesday, March 12, 2013

KERANA SAYANG, IBU BAPA SANGGUP BERHUTANG BELI SMARTPHONE UNTUK ANAK-ANAK?

Assalamualaikum dan hai readers ! :)

Wahhh, tajuk entri agak memanaskan telinga!! Ibu bapa mana yang tak sayangkan anak? Semua ibu bapa di dunia ni sayangkan anak-anak. Tapi, jika terlalu sayang dan memanjakan anak-anak, kadang-kadang boleh 'pijak kepala' orang tua. Inilah yang banyak berlaku dalam masyarakat kita hari ini. Memang tidak dinafikan, ada yang sanggup berhutang kerana mahu memenuhi permintaan anak-anak. Kalau berhutang kerana anak nak sambung belajar tu, lain cerita la ya. Ini berhutang sebab, "Mak, adik nak Iphone 5 sebijik hari ni jugak. Malu la mak, kawan-kawan adik semua pakai handphone smartphone dah". "Daddy, abg nak ipad 4, nak main angry bird jugak, tu anak uncle yang tadika tu pun ada ipad sendiri dah, takkanlah abg yg dah form 1 ni tiada ipad". "Mak, tak kira, org nak Samsung Note 2 yg baru tu jugak!!" "Laaa, kan abah dah belikan Blackberry tu bulan lepas, tak cukup lagi ka syg?" "Tu BB, org nak Samsung lagi".

Saya tipu? Situasi tu memang dah berlaku dalam masyarakat sekarang. Anak masih dalam buaian pun dah reti main Ipad. Dengan alasan, latih anak 'education' dalam Ipad. Ya...ya..baguslah ba tu. Ada teknologi canggih, jangan disia-sia kan, tak baik hehe. Tapi, biarlah berpada-pada. Mungkin pendapat peribadi saya ni ada yang tak setuju, "Elehh, kau tu belum ada anak, jadi bolehlah cakap, cuba kau ada anak nanti, kau pun akan buat benda yg sama".

Saya hanya kurang senang kepada anak-anak yang terlalu memaksa ibu bapa mereka. Dah tahu kurang berkemampuan, tapi paksa juga ibu bapa untuk beli handphone mahal-mahal. Oleh sebab sayang anak punya pasal, sanggup berhutang dan bayar ansuran beli smartphone untuk anak. Bila dah beli smartphone, timbul pulak isu 'reload topup'. "Mak, macam mana akak nak guna Iphone 5 ni kalau tiada reload, kena langgan internet baru syok guna, mak langgan internet bayar bulan utk akak, okey?". Hahhh bertambah beban pulak. Pernah anak-anak fikir? Biasanya perkara macam ni berlaku dalam kalangan anak remaja sekarang, Saya pun ada adik, jadi saya tahu kehendak mereka macam mana. Saya pun pernah jadi remaja jugak dulu, cuma bezanya remaja yg seangkatan dengan saya mungkin memahami keadaan ibu bapa, tapi anak remaja zaman kini, masih belum cuba memahami keadaan kewangan ibu bapa. Yang mereka tahu, apa yang mereka inginkan mesti diberi. TAPI, tak semua macam tu. Segelintir sahaja.

Dulu, masa zaman muda remaja, saya pun ada keinginan macam anak remaja sekarang nak ada handphone sendiri. Tapi masa tu, belum berapa nak famous lagi kegunaan internet dalam handphone. Masa tu famous SMS & MMS. Yaaa, apa yg saya inginkan tu memang mak bapak saya tunaikan. Saya guna handphone Nokia butterfly, tu pun lepas bapak dah lama guna. Masa tu lepas SPM. Bapak beli lagi Samsung T609, lepas bapak dah puas guna dan beli yg baru, saya lagi sambung guna hehe. Zaman tu famous Nokia series (N-series), jadi bapak sekalian memang guna N-series. Saya tak pernah rasa pun zaman kegemilangan N-series tu. Nokia 3220 yang lampu kelip-kelip tepi tu? Adik saya yang punya, dia dapat yg baru. Biasalah adik-adik kan, kita yg kakak ni mana la berani nak meminta sebab memahami keadaan mak bapak. Lepas adik dah puas guna dan minta beli N-series, saya lagi sambung guna Nokia 3220 tu hehe. Dah macam terbalik kan? haha.

Masa zaman belajar di universiti, bapak belikan Nokia 2630, so masa tu ada dua handphone, sebab saya jenis yg cermat, Nokia 3220 masih boleh guna. Cewahhh dua handphone tu. Zaman yg dah mula purata seorang rakyat Malaysia ada dua handphone. Haaaa masa tu memang banyak pengaruh persekitaran, kau dah bergaul dengan ramai orang dalam universiti. Macam-macam ragam dan jenis orang. Ada yg dari 'kelas pertama', 'kelas kedua', 'kelas ketiga'. Kalau kau ikutkan nafsu syaitonnirojim memang musnahlah. Org beli handphone baru, kau pun nak beli jugak. Memang hancurlah belanjawan kau. Dan memang dah terkena pun penyakit tu, saya beli dengan duit sendiri handphone baru Nokia Music Express tu. Haaaa kan dah kena? Padan muka hehe.

Maka, adik-adik sekalian, sebelum mahukan sesuatu, fikir dulu sebaiknya. Bercakap dengan diri sendiri, 'aku perlu sangat ka benda tu sampai nak paksa mak beli?' 'Kan dah ada handphone ni, masih boleh guna lagi, perlu ka nak ikut macam org lain yg mampu tu?' 'Kesian ayah, takkan ayah nak berhutang semata-mata nak belikan aku Blackberry?' 'Kalau aku nak Ipad, aku mesti usaha sendiri, tak boleh nak meminta-minta dengan mak, kesian mak penat cari duit'.

"Alangkah indahnya kalau semua anak-anak dalam dunia ini tahu dan faham betapa susahnya ibu bapa cari rezeki dari pagi hingga ke petang untuk mereka"

TAG: SMARTPHONE, HANDPHONE, NOKIA, IPHONE, BLACKBERRY, APPLE, SAMSUNG, BERHUTANG DEMI SMARTPHONE, MANJAKAN ANAK, DIDIK ANAK

Anda sedang membaca artikel KERANA SAYANG, IBU BAPA SANGGUP BERHUTANG BELI SMARTPHONE UNTUK ANAK-ANAK? dan link url bagi artikel ini adalah http://suterakasihyann.blogspot.com/2013/03/kerana-sayang-ibu-bapa-sanggup.html
Semoga artikel KERANA SAYANG, IBU BAPA SANGGUP BERHUTANG BELI SMARTPHONE UNTUK ANAK-ANAK? ini dapat memberi manfaat untuk semua.

13 COMMENTS:

J.Syazwana said...

HMMMMM budak2 sekarang terlebih manje kot.

saya pon tak pernah mintak2 kat parent sebab tau dorang bukan mampu sangat. huhuhu

dari dulu kalau nak something mesti kene usaha sendiri.
sampai dah terbiasa sekarang :)

[sutera kasih] said...

@J.Syazwana:
kita kan seangkatan hehe

tu la, kita ambil pgajaran ni supaya x spoil kan sgt ank kelak :)

~AmyLiana86~ said...

sanggup tu..nati anak besar xhormat org tua pun..xperlu didik anak cmtu kan..huhu

Muhammad Saiazuan Norhalik said...

tak pernah mintak pun, klu dapat, itu rezeki saya :)

nak mintak duit pun segan sbrna..hehe

puteri kasih said...

susah juga kalau anak-anak terlalu dimanjakan sampai sanggup berhutang untuk membeli apa sahaja yang anak-anak minta

Nurzakiah Hanum said...

hi
singgah ptg
dah lunch ke?

trah zain said...

tgk situasi skrg, mmg tu la hakikatnya, ayah sy selalu kasi ceramah free bila tgk jiran2 yg kerja mmbanting tulang tp anak2 bergaya, katanya ayah, "biar papa asal bergaya"... hadoi, usah dituruti sgt perangai anak2, mendidik perlukan ketegasan,,ye dak?hoho

Myra Jay said...

Dulu dan sekarang dah banyak berbeza, dulu kita susah nak dapat enset sendiri tp budak sekarang dah guna yg canggih..

Dunia serba moden

xila dot said...

dah makpak pon kasi je tanpa suruh anak saha...tak macam kite dulu sobsss....perubahan zaman katenye...

adzairdawati makdara said...

Ibu bapa sanggup lakukan apa apa saja utk anak anak mereka kannnn

nuyui a.k.a miss YUI said...

kalau ye pon syg tak perlu smpai susahkan dri..hihi

Model Rumah said...

Seakan-akan smartphone sudah merupakan kebutuhan primer :)

caramembuathh said...

yang penting anak senang ddan nanti bisa berbakti