Monday, March 11, 2013

INDAHNYA BUDAYA MASYARAKAT SABAH, KATA GURU DARI JEPUN & MAJLIS PERKAHWINAN UMMU DAN KAMIL

Salam my readers,
Sabtu lepas, ramai-ramai (ramai la sangat) pergi majlis perkahwinan my schoolmate, si Ummu yang comel hehe. Bukan senang nak buat konvoi lagi, sebab masing-masing ada komitmen dan ada hal yang tidak dielakkan. Lagipun, ramai juga yang dah duduk jauh dari pusat pertemuan. Cehh ayat nak bombastik. Macam mana la kalau tiba giliran saya kelak, ada lagi tak kawan-kawan dapat datang lagi? Sebab tu la kena always keep in touch, at least di facebook :)

Kami sampai tu dah kira lewat sebab Ummu dah tukar baju yang kedua masa tu, yang dalam gambar ni baju yang ketiga dah, baju tradisional suku kaum Dusun Lotud di Tuaran. Unik, kan? Dalam gambar ni semua kawan baik saya masa sekolah menengah. Semua dah ada kerjaya masing-masing, saya belum ada rezeki lagi :')

Haaa...yang ni saya nak cerita panjang. Yang dalam gambar tu, yang 'chinese look' tu. Lupa dah namanya, Hikaru ka Haruku ka apa tu, sorry friend, forgot already huhu. Dia kenal Ummu tu yang join sekali. Abaikan peace si Azleen tu haha. Okey, yang sebelah Azleen tu orang Jepun, guru dari Jepun dan sambung pengajian Master di UMS, ikut suaminya yang kini berada di Keningau sambung PHD. Suaminya orang Australia. Sepanjang perbualan kami dalam kereta masa nak hantar dia pulang, macam-macam perkara menarik yang dia kongsi. Tentang pandangannya terhadap Sabah dan masyarakat Sabah. Dia ada buat perbandingan, tapi saya tak nak sebut tempat yang dia bandingkan dengan Sabah untuk mengelakkan sebarang salah faham dalam entri ni.

Dia buat kajian tentang 'intra culture' di Sabah. Rasanya betul la tu intra culture sebab tak dapat nak faham sangat cara dia bercakap, pelat Jepunnya agak kuat tapi english nya boleh difahami sebab dia guru English hehe. Intra culture dan inter culture berbeza, kan? Yang penting, dia cakap, dia sangat kagum dengan masyarakat Sabah yang kebanyakkannya boleh duduk semeja walaupun berbeza bangsa dan agama. Dia bagi contoh, dalam restoran Melayu, bukan saja bangsa Melayu yang duduk dalam restoran tu, tapi boleh duduk bersama dengan bangsa lain. Tak seperti sesetengah tempat, dia tak nampak situasi macam tu. Sebab tu dia pilih Sabah untuk buat kajian sambung pengajian Master. Saya jawablah, kan 1 Malaysia hehe. Terus dia jawab juga, 'Ya..ya..1 Malaysia' dengan pelat Jepun nya yang comel tu hehe. Dia boleh faham dan bertutur bahasa Melayu jugak walaupun tidak lancar. Sampai satu tahap, dia dan suaminya nak menetap di Sabah sebab suka Sabah sangat-sangat. Alahai, comelnya. Sebab dia cakap, tinggal di bandar Jepun sangat stress, sana kan negara maju. Dia tak tahan dengan 'omelan' parents yang terlalu manjakan anak-anak. Dia kan cikgu. Di sini, dia rasa sangat nyaman dan enjoy her life.

So, kita sangat bersyukur dilahirkan di Malaysia. Banyak sebenarnya di luar sana, 'mata-mata asing' yang 'dengki' dengan keamanan dan kemajuan negara kita, jadi jagalah negara kita sebaiknya, PLEASE, berhentilah bergaduh sesama kita, okey? Ehemm..mak saya orang Sarawak, bapak saya orang Sabah, saya tetap Sabahan dan Sarawakian. Wahhh tamak nak dua-dua hehe. Saya bangga jadi anak Sabah dan Sarawak, Borneo. Saya bangga jadi anak Malaysia. Ditegaskan sekali lagi, Sabah tetap dalam Malaysia sampai bila-bila. Tiada siapa boleh nafikannya. #PRAYFORSABAH

# NOTA KAKI : Diharap konflik yang timbul sekarang di Sabah dapat diselesaikan dengan aman tanpa pertumpahan darah lagi. Tolong hormat pemimpin kita, walaupun kau tak suka dengan apa yang berlaku sekarang, yang kau dengar hanya dari mulut-mulut dari sebelah pihak saja, tapi silalah jadi manusia yang tahu erti hormat dan bertindak dengan cara profesional. Janganlah membabi buta memaki hamun mengutuk sakan di laman sosial yang mencerminkan keperibadian anda, sangat memalukan. Sesungguhnya, kita berada di akhir zaman yang penuh dengan fitnah. Sama-sama kita didik diri jadi manusia yang baik, bukan jadi manusia jahat.

TAG: MAJLIS PERKAHWINAN DUSUN LOTUD, SABAHAN, WEDDING SMAKKIAN, MAJLIS PERKAHWINAN TRADISIONAL SABAH, GURU JEPUN DI SABAH, 1 MALAYSIA, PAKAIAN TRADISIONAL DUSUN LOTUD TUARAN,  BUDAYA SABAH

Anda sedang membaca artikel INDAHNYA BUDAYA MASYARAKAT SABAH, KATA GURU DARI JEPUN & MAJLIS PERKAHWINAN UMMU DAN KAMIL dan link url bagi artikel ini adalah http://suterakasihyann.blogspot.com/2013/03/indahnya-budaya-masyarakat-sabah-kata.html
Semoga artikel INDAHNYA BUDAYA MASYARAKAT SABAH, KATA GURU DARI JEPUN & MAJLIS PERKAHWINAN UMMU DAN KAMIL ini dapat memberi manfaat untuk semua.

7 COMMENTS:

Nurzakiah Hanum said...

sgt indah :)

~AmyLiana86~ said...

wah bestnyer..xsabar tunggu awk pulak yann..hehe

adzairdawati makdara said...

wahhh meriahnya wedding niiiiiiiiiiii :)

nuyui a.k.a miss YUI said...

nmpk simple tp pasti meriah..

::MaEstrO aMaD:: said...

mestilah indah. sy punya kawan ramai kt sana.hik2.tp sayang kg die kt semporna.sob..sob..

xila dot said...

kite pon suka sabah sgt2 kenapa entah walaopon tak pernah pegi sana lg weeee

Anonymous said...

haha..sy rasa sy tau tempat mana yg dia bandingkan dgn sabah..mana lgi kalau bkan smenanjung ye x? haha..sy org semenanjung sy tau camne prangai org kat sini..bila saudari tulis 'masyarakat Sabah yang kebanyakkannya boleh duduk semeja walaupun berbeza bangsa dan agama.' dgn 'Tak seperti sesetengah tempat,' sy terus tepikir semenanjung xda tempat lain lgi yg dia nak bandingkan selain tempat ni.Apa2 pon, Sabah still my feveret place.