Tuesday, March 26, 2013

IKLAN JAWATAN KOSONG KERAJAAN NEGERI SABAH 2013 - JURURAWAT MASYARAKAT & JURUTERA AWAM

Mohon jawatan kosong di http://www.jawatan.sabah.gov.my/

KEKOSONGAN JAWATAN KERAJAAN NEGERI SABAH

Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berasal dari Sabah yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan untuk mengisi kekosongan jawatan di Jabatan Kerajaan Negeri Sabah seperti berikut :-

1. NAMA JABATAN : JABATAN KERJA RAYA SABAH

1.0 No. Notis SPANS : 01/2013

Nama Jawatan : JURUTERA AWAM GRED J41
Klasifikasi : Perkhidmatan Kejuruteraan Kumpulan
Perkhidmatan : Pengurusan dan Profesional
Taraf Jawatan : Tetap
Bilangan Kekosongan : Enam (06) Jawatan
Tempat Kekosongan : Seluruh Sabah

MINIMUN MAKSIMUM

Jadual Gaji : Gred J41
P1 RM2359.72 - RM5559.76
P2 RM2468.21 - RM5892.94
P3 RM2581.43 - RM6221.67


1.1 SYARAT LANTIKAN

(i) Memiliki Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi - institusi pengajian tinggi tempatan atau Kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; dan

(ii) Lulus Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu (termasuk Lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.


2. NAMA JABATAN : JABATAN PERKHIDMATAN KEBAJIKAN AM

2.0 No Notis SPANS : 02/2013

Nama Jawatan : JURURAWAT MASYARAKAT GRED U19
Klasifikasi Perkhidmatan : Perkhidmatan Perubatan dan Kesihatan
Kumpulan Perkhidmatan : Sokongan
Taraf Jawatan : Tetap
Bilangan Kekosongan : Tiga (03)

Tempat kekosongan :

02 Jawatan di Tawau
01 Jawatan di sembulan, Kota Kinabalu

MINIMUM MAKSIMUM

Jadual Gaji : GRED U19

P1 RM935.57 - RM2560.18
P2 RM995.39 - RM2696.94
P3 RM1056.92 - RM2838.70


2.2 SYARAT LANTIKAN

(a)

(i) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan

DAN

(ii) Tamat dengan jayanya kursus latihan yang ditetapkan dan mendapat Sijil Jururawat Masyarakat yang diiktiraf oleh kerajaan serta berdaftar dengan Lembaga Jururawat Malaysia dan Lembaga Bidan Malaysia;

(Gaji permulaan ialah pada Gred U19; P1)

DAN

(b)Lulus Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu (Termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.


3. CARA MEMOHON

3.1 Permohonan hendaklah dibuat secara ONLINE SAHAJA dengan melayari Laman web SPANS di alamat http://www.jawatan.sabah.gov.my/

Kemudahan untuk memohon secara on line ini ada disediakan secara percuma di pejabat :

Urus Setia
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sabah,
Tingkat 3, Blok B, Wisma MUIS,
Peti Surat 10998,
88811 KOTA KINABALU.

3.2  Salinan sijil - sijil Asal (sijil lahir / kad pengenalan pemohon / kad pengenalan kedua ibubapa [sijil mati jika berkaitan] / sijil-sijil akademik dan dokumen - dokumen lain yang berkaitan dan disyaratkan dalam iklan ini HANYA dibawa apabila anda berjaya dipanggil untuk ditemuduga kelak.

3.3  Permohonan yang diterima daripada calon - calon yang TIDAK MEMENUHI kelayakan yang disyaratkan dalam iklan ini tidak akan dilayan.

3.4  Hanya calon-calon yang layak selepas TAPISAN SAHAJA akan dipanggil untuk temuduga.

3.5  Pemohon - pemohon yang tidak mendapat sebarang jawapan selepas EMPAT BULAN dari tarikh tutup iklan, hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

4. TARIKH TUTUP PERMOHONAN TIDAK LEWAT ATAU PADA 11 April 2013

TAG: JAWATAN KOSONG KERAJAAN SABAH, JAWATAN KOSONG 2013, JAWATAN KOSONG SABAH 2013, VACANCY SABAH 2013, JAWATAN KOSONG JURURAWAT MASYARAKAT, JAWATAN KOSONG JURUTERA, JAWATAN KOSONG KERAJAAN 2013, JAWATAN TETAP, KEKOSONGAN JURURAWAT SABAH 2013, IKLAN JAWATAN KOSONG 2013, IKLAN JAWATAN KOSONG JURURAWAT KERAJAAN, IKLAN JAWATAN KOSONG JURUTERA AWAM

NOTA KAKI : Kepada adik lepasan SPM yang berada di Sabah, cubalah isi, mana tau kamu layak jadi jururawat masyarakat. Cuba saja, jangan memilih, sekarang susah dapat kerja dek...tengoklah kakakmu sorang ni kesian belajar tinggi2 pun belum ada kerja tetap..duiiii kasiannn...belum ada rezeki :')

Anda sedang membaca artikel IKLAN JAWATAN KOSONG KERAJAAN NEGERI SABAH 2013 - JURURAWAT MASYARAKAT & JURUTERA AWAM dan link url bagi artikel ini adalah http://suterakasihyann.blogspot.com/2013/03/iklan-jawatan-kosong-kerajaan-negeri.html
Semoga artikel IKLAN JAWATAN KOSONG KERAJAAN NEGERI SABAH 2013 - JURURAWAT MASYARAKAT & JURUTERA AWAM ini dapat memberi manfaat untuk semua.

9 COMMENTS:

Nurzakiah Hanum said...

selamat pagi ...
singgah pagi
apa khabar pagi nie.. dah makan ke?

amy1906 said...

@Nurzakiah Hanumhola yan...long tym no c...miss u a lot....how ar u now???

[sutera kasih] said...

@Nurzakiah Hanum:
selamat tengahri sis, kbr baik, dh ;)

[sutera kasih] said...

@amy1906:
ko pa kabar ?? ok jgk ko d semporna tu? aku mcm biasa sama jgk hehe

amy1906 said...

@[sutera kasih] yan, slh click org plak ku sy hye tue kn,bru prsn nie,hehe(malu aq)...aq ok jak,d kk ba aq nie..kak aq yg d smprna still bjga2 g la...huhu..

Nadiah Dieya said...

Jawatan utk jururawat u29 ada ka?.

Nadiah Dieya said...

Jwtn utk jururwt u29?..

Nadiah Dieya said...

Jawatan utk jururawat u29 ada ka?.

Anonymous said...

Ada tak kerja kosong bahagian jururawat di area sabah yang terkini?