Thursday, March 14, 2013

CINTA MENUNJUK-NUNJUK - SEMANIS KURMA, BERSAMA BLOGGER ABG NARA (BLOG BEAUTIFULNARA)

Assalamualaikum dan hello my readers ! :)

Baru lepas tengok rancangan Semanis Kurma kat TV9, dari siang lagi tunggu sebab tajuk malam ni menarik, 'Cinta Menunjuk-menunjuk' hehe. Seda maklum rancangan yang di 'host' oleh Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood dan suami, dengan panel jemputan, Ustaz Mohd Izhar Ariff (Pensyarah di Ukm) & pasangan suami isteri, siapa tak kenal Abg Nara, blogger blog Beautifulnara, (Ahmad Nazuwan)& isterinya, Fadzlin. Boleh tahan jugak isu yang mereka bincang, kebetulan zaman sekarang, semuanya di hujung jari, sekelip mata saja kita boleh berkongsi dengan satu dunia di laman sosial. Okey, ini apa yg saya dapat simpulkan untuk malam ni, sila baca. Kalau tak nak baca, boleh tengok semula di www.tonton.com.my/semaniskurma hehe.

Sebagai pasangan suami dan isteri, ketika berkongsi sesuatu, jangan dilakukan sehingga menimbulkan fitnah, contoh : berpeluk2 bercium2 di khalayak ramai atau gambar yg ghairah (walaupun dah jadi suami isteri) diletak dlm frame atas meja rumah atau laman sosial, boleh jatuh fitnah tu, jadi kena hati-hati dalam berkongsi. Lepas tu, jangan sampai buka aib. Contohnya, meluah masalah yg berlaku antara pasangan, jangan berkongsi secara terbuka terutamanya dalam laman sosial..maka ianya sudah membuka aib pasangan. (JANGAN LIKE status2 di facebook yg berbaur macam ni, satu LIKE maksudnya anda menyebarnya juga, dosa tau huhu.

Kejutan dan hadiah pemberian dari pasangan kemudian dikongsi dalam laman sosial, itu pun dinamakan 'cinta menunjuk-nunjuk'? Sikap 'cinta menunjuk-nunjuk' juga boleh menyebabkan suami isteri bergaduh?

Adakah suami isteri yg jalan berpegang tangan di khalayak ramai tu pun 'cinta menunjuk-nunjuk'? Begini, sebab tu lah dalam Islam adanya nikah, untuk menghalalkan perkara-perkara yg sebelum nikah tak boleh nak buat. Eh betul ka ayatku tu hehe. Maksud 'menunjuk-nunjuk' ni, yg 'over acting' bah kan? Yang melebih-lebih mintak dipuji. Jadi, tiada masalah ba tu kalau sudah ada ikatan sah, apa mau takut jalan-jalan sambil pegang tangan? Kan sah sudah pulak hehe. Cuma tu la, mentaliti sesetengah orang yg tak faham konsep ni, yg fikirannya asyik fikir negatif saja. Itulah jadinya.

Kita digalakkan kongsi benda-benda baik saja di laman sosial, elakkan berkongsi perasaan sedih atau masalah di laman sosial, lebih baik cari individu yg patut untuk mendengarnya (pakar kaunseling). Sebab apa? Sebab bila kita kongsi perasaan sedih di laman sosial, orang lain baca, kan tak elok? Lepas tu, mula lah timbul syak wasangka, berprasangka buruk, haaaa dah timbul dosa lain pulak kat org lain, betul tak?

Sedangkan, kita hidup berjiran pun, bila kita barbeku di luar rumah, kita kena tengok 40 buah rumah sebelah menyebelah kiri kanan depan belakang, kena hormat juga. Apatah lagi berkongsi dalam laman sosial, kita kena jaga hati orang lain juga. Benda-benda peribadi ni tak perlu nak tunjuk sangat dalam laman sosial untuk kebaikan bersama. Lagi teruk kalau ada yg nak kongsi dalam laman sosial tu supaya nak orang tahu bahawa dia la pasangan bahagia, nak kena puji 'wahhhh, so sweet!', dia la yg kaya sebab mampu beli semua barang mahal, nak org tahu dia mampu pergi melancong ke luar negara bersama keluarga. Nauzubillah.

Tidak ada masalah berkongsi gambar, tapi biarlah sopan, tutup aurat, bersederhana. Kan lebih bagus berkongsi nikmat rezeki kita yg lebih tu dengan golongan yg tak mampu :)

Bagaimana kita nak menunjuk cinta tanpa menunjuk-nunjuk?
  1. Perbetulkan niat. Jika tiada sekelumit rasa riak dan takabbur dalam hati, in shaa Allah akan terpancar keikhlasan di wajah.
  2. Cuba elakkan daripada terlalu berlebihan dalam menunjukkan kasih syg di tempat awam atau laman sosial, biarlah jadi manusia yg tawadhuk. Cuba buat yg terbaik, kasih sayang tu biarlah rahsia antara suami dan isteri.
*Abg Nara cakap, lelaki ni romantiknya sekali sekala..ermmm, betul-betul !! haha :')
"Tidak ada masalah 'menunjuk-nunjuk' (keberanian) ketika dalam peperangan, tetapi masalahnya sekarang, muda mudi yg belum bernikah zaman skrg tidak segan silu 'menunjuk-nunjuk cinta'..paling sedih, berkongsi gambar belum ada ikatan sah di laman sosial..bagaimana pula dengan sikap 'cinta menunjuk-nunjuk' bagi yg sudah ada ikatan sah di laman sosial?" #SemanisKurma #TV9
Bagi pendapat saya la kan, semua tu terpulang dgn pandangan individu terhadap sesuatu 'posting'. Jika dia pandang dr sudut positif, positif la benda tu, tiadala rasa 'menunjuk-nunjuk'..tapi jika seseorg tu berfikiran negatif, makanya benda tu dia akan rasa jd 'menunjuk-nunjuk'. Kan? Tapi, biarlah berpada-pada...kena ingat juga pada mereka yg 'tidak punya'..bersederhana kan lebih baik (^__^)

So, mari delete gambar yg tak patut..kemudian muhasabah diri kita, kita berkongsi untuk apa? Bercakap untuk diri sendiri jugak ni :)

Tips untuk menambah rasa kasih sayang : Amalkan surah Al-Baqarah ayat 286 dan Al-imran ayat 31..tips dari Ustazah Siti Nor Bahyah & suami (^__^)

# Maaflah kalau ayat nampak kalut, sebab blogging entri ni tadi sambil nonton Semanis Kurma, apa dorang cakap, terus taip hehe. Buang tebiat pasang lagu dalam blog sekejap :p

TAG: TIPS RUMAHTANGGA, TIPS SUAMI ISTERI, TIPS CINTA, SEMANIS KURMA, ABG NARA DAN ISTERI, CINTA, ISU SEMASA, FITNAH FACEBOOK, FITNAH LAMAN SOSIAL, KESAN BURUK FACEBOOK, SALAHGUNA LAMAN SOSIAL

Anda sedang membaca artikel CINTA MENUNJUK-NUNJUK - SEMANIS KURMA, BERSAMA BLOGGER ABG NARA (BLOG BEAUTIFULNARA) dan link url bagi artikel ini adalah http://suterakasihyann.blogspot.com/2013/03/cinta-menunjuk-nunjuk-semanis-kurma.html
Semoga artikel CINTA MENUNJUK-NUNJUK - SEMANIS KURMA, BERSAMA BLOGGER ABG NARA (BLOG BEAUTIFULNARA) ini dapat memberi manfaat untuk semua.

11 COMMENTS:

Cik Tia said...

wah , ada abang nara? hehe. kadang kak , orang yg ndada ikatan sah suka melebih2 bila tunjukkan cinta dorang. tanpa segan silu adegan peluk2 dilakukan depan public. sedih dgn sikap terbuka remaja zaman sekarang.

Nurzakiah Hanum said...

salam jumaat yang indah
singgah pagi

:: Mrs.Eady :: said...

err.eer....terasa gak ni!btw thanks atas peringatan ini..

Razfira said...

perbincangan yg bagus :)

Hanie Dew said...

hai yann.long time no read ur blog..haha.. nice entry.xsempt tgk rancangan ni mlm tadi selepas diwar warkan di FB. reminder utk semua golongan.lebih lebih lagi status cinta zaman sekrg di FB. hihihi...

ps: lawa layout blog baru. ♥

~AmyLiana86~ said...

salam jumaat yunk..
nice info.. =)

hasrul hassan said...

Saya tengok rancangan ni, rancangan yang sesuai ditonton bersama suami atau isteri.

Dan dalam episod ni, saya suka bila Nara cakap, lelaki ni romantik cuma sekali sekala ... hhehehee

dhiera said...

nice2.. saya tak sempat nak tengok sbb dah keletihan malam tu

Kancil 8349 said...

terbaik...namun ia bergantung pada niat kita dan situasi sebenar...kalau belum kahwin tu kena faham2lah..haram bah tu

Dibah said...

Assalamualaikum :) Jom jom visit blog Dibah, nak introduce satu produk best punya. Hihihi.

http://dibahspa.blogspot.com/2013/03/natural-aqua-cure-gel-best-exfoliater.html


Thank you Cik Yann :)

Izzat Eshak said...

semanis kurma orang2 yg dah kawen =)