Friday, March 01, 2013

ATOK PERANG DI LAHAD DATU

1313... 1 MAC 2013... 01 03 13

Abby : Jangan bah olok-olok (mengejek) atok aku..

Aku : Kenapa Abby? Apa dia olok?

Abby : Dia ba olok-olok atok ku beperang di Kg Tanduo..

Aku : Hah? Kg Tanduo? Mcm penah dgr..Lahad Datu ka?

Abby : Iya Lahad Datu..

Aku : Mcm mana tau ada perang sana?

Abby : Td atok telepon bgtau ada perang di sana..

Aku : Ohh..

Tadi tengah hari mcm biasa bertugas di kantin sekolah rendah agama sebelah petang, tolong mak. Perbualan di atas tu antara aku dgn bdk kecil darjah dua. Aku memang suka berbual dgn bdk nama Abby ni. Masa tu aku tengah sibuk menjual di depan. Tiba-tiba dgr mcm suara si Abby merengek. Tu yg aku tanya tu, ada bdk lelaki kacau Abby pastu 'mengolok-olok' atoknya. Biasalah budak2 kan mmg suka menyakat.

Bayangkn bdk sekecil Abby pun dah takut & marah dengar perkataan 'perang'. Abby tak faham lagi apa maksud 'perang'. Apatah lg kita yg dewasa ni, kan? Start pencerobohan org asing tu di Lahad Datu lagi dah tak sedap hati sgt. Skrg ni mcm2 pun blh jadi. Dah la rmh dkt kawasan perairan pantai, mana tak kecut walaupun lokasi skrg di pantai barat Sabah.

Sejak dengar khabar tadi pagi..susah hati jugak. Simpati dengan nasib saudara-saudara kat sana. Berita terkini pencerobohan di Lahad Datu, berlaku pertumpahan darah. Sedih bila dengar. Rundingan dikira gagal la jugak tu kan? Macam-macam khabar diterima di laman sosial. Media arus perdana seharusnya kita sedia maklum, memang dikawal sebelum menghebahkan sesuatu isu lagi-lagi berkaitan keselamatan negara.

Kita tak boleh nak saling menunding jari bila berlaku perkara macam ni. Pihak bertanggungjawab pasti punya alasan kukuh kenapa dan mengapa, bagaimana, apa dan apa2 saja persoalan yg dilontarkn rakyat. Paling tak boleh tahan bila sesetengah pihak mula ambil kesempatan mengapi-apikan dan menghasut. Pelbagai spekulasi timbul. Byk nk tunjuk pandai. Berlagak hero heroin dlm twitter pun sgt banyak.

Cut the story, sama-sama kita doakan agar Lahad Datu aman kembali. Doakan keselamatan pejuang kita yg mempertahankn tanah air. Doakan kami di Sabah walau kita terpisah jauh. Diharap selepas apa yg terjadi menjadi pengajaran buat semua, in shaa Allah.

Aku hairan, isu punya main serius skrg di LD, Sabah. Kenapa aku tak dengar langsung 'suara' org2 kuat di Sabah. Tgk berita TV1 jam 5 petang tadi pun tiada yg 'bersuara'. Mungkin 'diam' jln terbaik buat sesetengah individu, mungkin itu jln terbaik buat semua. Mungkin. Al-Fatihah buat pejuang-pejuang yg terkorban semasa bertugas tadi di Lahad Datu. Sedih bila tengok anak salah seorang Allahyarham berkata "abah kena bom"..Ya Allah kuatkn semangat keluarga mereka..

#PrayForLahadDatu   #PrayForSabah  #1313LahadDatu

TAG: LAHAD DATU, PERISTIWA BERDARAH LAHAD DATU, PENCEROBOHAN LAHAD DATU, KESULTANAN SULU TUNTUT SABAH

Anda sedang membaca artikel ATOK PERANG DI LAHAD DATU dan link url bagi artikel ini adalah http://suterakasihyann.blogspot.com/2013/03/atok-perang-di-lahad-datu.html
Semoga artikel ATOK PERANG DI LAHAD DATU ini dapat memberi manfaat untuk semua.

4 COMMENTS:

shazrina said...

al fatihah utk yg terkorban ..

~AmyLiana86~ said...

inshaa Allah semuanya akan ok..kite doakan dari jauh yer..

dhiera said...

al-fatihah buat mereka. semoga sabah akan menjadi aman~

xila dot said...

comelnya...yelahh sedih sgt...lg sedih bila semuarakyat tuduh menuduh dan seperti tiada bersatu hati....sobsss