Wednesday, February 13, 2013

RESEPI TAUSA KACANG MERAH | CARA BUAT PASTRI RAPUH, SIEW PAU

Salam my readers :)

Kali ni nak kongsi resepi cara buat Tausa atau Siew Pau atau Pastri Rapuh. Ntahlah apa nama sebenar, tengok gambar kat bawah tu ya. Haaa macam masterchef nak kalahkan Dato' Fazley hehe. Ni pun sebab permintaan salah seorang rakan di FB, kesian dia mesti lama sangat dah tunggu, dia request bulan November 2012. Sorry ya sis huhu. Saya lupa dah di mana letak kertas resepi tu, lepas kelas buat Tausa tu, terus lupa letak di mana, maklumlah dah dua tahun berlalu hehe. Godek punya godek, akhirnya jumpa jugak. Ada jugak videonya tapi tak dapat nak upload sebab saiz video besar sangatlah. Saya kongsi resepi jak ya, ni belajar dalam kelas anjuran, entah lupa sudah hihi :)


Resepi Tausa Kacang Merah

Bahan-bahan (1 adunan = 30 biji) :

A) DOH AIR
250g         Tepung gandum -ayak
1 1/2 tbsp Gula
75g           Lemak sayur- Crisco (pastikan lembut)
125ml       Air sejuk (ikut kesesuaian)

B) DOH MINYAK
185g   Tepung gandum -ayak
120g   Lemak sayur- Crisco
1 tsp   Garam

Inti : Guna inti kacang merah yang siap sedia, boleh dibeli (rujuk gambar)
Telur : Kuning sahaja

Cara-cara :

Penyediaan Doh Pastri Rapuh

(A) Doh Air
Campur semua bahan dan uli untuk membentuk doh. Bahagikan kepada doh kecil 40g.
( Guna mixer. Campurkan tepung + gula + lemak sayur, lepas dah sebati, masukkan air sejuk secara perlahan-lahan. Pastikan adunan tidak melekat )

(B) Doh Minyak
Campur tepung dengan lemak sayur, uli hingga sebati. Bahagikan kepada doh keciil 20g.
( Guna mixer juga, campurkan semua. Jangan masukkan air yaa sebab ni doh minyak )

Penyediaan Produk Siew Pau (Tausa)

Mari kita main lukis-lukis supaya korang lebih faham. Harap fahamlah ilustrasi di bawah huhu.
  1. Canai doh kecil iaitu doh air (A), kemudian letakkan doh kecil iaitu doh minyak (B) atas doh A yang dicanai (dileper)
  2. Bulatkannya. Canai lagi (bentuk bujur) dan gulung seperti "swiss roll" (alaa macam kek roll tu)
  3. Canai rata lagi, gulung dan canai (4-5 kali). Akhir sekali, gulung dan potong dua silinder doh tersebut
  4. Canai rata setiap doh.
  5. Isi dengan inti yang telah disediakan
  6. Tutup dan bentukkan pastri
  7. Berus pastri dengan telur kuning dan bakar atas dulang bergris.
Jangan lupa cucuk atas permukaan pastri tu guna garfu supaya cepat masak. Gris dulang dengan lemak sayur. Suhu membakar 200 darjah celcius, masa membakar 20-30 minit. Selamat mencuba !! :)

*Nota: rujuk entri TBSP and TSP? untuk faham maksud TBSP = table spoon TSP = tea spoon


TAG: TAUSA, RESEPIKU, RESEPI TAUSA KACANG MERAH, SIEW PAU, PASTRI RAPUH, CARA BUAT PASTRI, CARA BUAT TAUSA

Anda sedang membaca artikel RESEPI TAUSA KACANG MERAH | CARA BUAT PASTRI RAPUH, SIEW PAU dan link url bagi artikel ini adalah http://suterakasihyann.blogspot.com/2013/02/resepi-tausa-kacang-merah-cara-buat.html
Semoga artikel RESEPI TAUSA KACANG MERAH | CARA BUAT PASTRI RAPUH, SIEW PAU ini dapat memberi manfaat untuk semua.

9 COMMENTS:

ejulz said...

blh buat bisnes ni.. hehe.. tp xreti nak buat.. hehe

Izzat Eshak said...

Siap gambar proses yang comel tu =)

~AmyLiana86~ said...

nice tutorial..tp mcm rumit jer..huhu

Cik Tia said...

macam susah jak kak .. hehe ..

iza said...

Assalamualaikum...

terima kasih atas tutorial yang diberi...
sangat berguna...
tapi saya x berapa mau faham...
huhu

[sutera kasih] said...

@Cik Tia:
Xla..sng jak, cuba buat hehe

[sutera kasih] said...

@iza:
W'salam..part mana yg kamu x fhm tu? nt sy explain hehe

Anonymous said...

Tq for sharing.kuih ini dipanggil 'tausa pia'atau puff kacang merah.saya tak pernah cuba buat...nak tanya step 3.setelah dipotong 2 silinder doh...maksudnya dari 1 menjadi 2 kah?(double)

Kasieh Azieah said...

Assalamualaikum Yan....Tq kongsi resepinya. Cari punya cari akhirnya terjumpa di blog kawan sendiri..Hahaha..adehaiiii...2013 publish..2015 baru jumpa.....Kalau belum jodoh 2013 tu kan nda juga jumpa...2015 bertemu jodoh pada 19 Ramadhan..hehe...Terima kasih sekali lagi