Sunday, February 24, 2013

PERASAAN YANG SUKAR DIMENGERTI

Salam & Hello !
Tau tak apa perasaaan ni sekarang? Haaaa tu macam dalam gambar di atas. Rasa macam nak bertinju pun ada, rasa nak memanah di 1B tu pun ada, nak panah orang haha. Tu la kan..mengeluh di social network ni pun tak guna, terutama kat facebook. Secara percuma kau akan 'dimenyampahkan' dan 'dinilai'.  Tambahan pulak, banyak family & friend yg kenal kau dalam friendlist tu. Haaahhh nanti tak pasal-pasal kau kena kutuk haha. Tempat selalu 'berteriak' dan berkelakuan 'tidak sopan' adalah di twitter haha. Sangat hodoh punya perangai.. Kadang-kadang sampai ada member cakap, wahhh PEMARAH nya. Bukan pemarah bah, melepas perasaan saja tu hehe. Okey la tu, daripada kau marah-marah depan-depan bercakap tak tentu pasal, lagi naya. Kita semua insan biasa yg lemah lagi hina, sabar ada tahapnya. Mengadu dengan orang pun lagi la tak guna. Lagipun tiada siapa juga suka dengar masalahmu tu hoho. The best way, mengadu kat Allah SWT ja la kan :')

Elehh..sebenarnya lepas dah post satu entri ni pun boleh melegakan perasaan sudah. Tengok lagi gambar pantai tu, teringat memori daun pisang bersama rakan taulan. Cehhh. Gambar tu di pesisiran pantai kawasan Sutera Harbour. Minggu lepas, minum petang cuci mata dengan Dian & Miza sebelum pulang, lepas cari baju untuk majlis pertunangan Miza hehe. Amboi details. Dulu zaman study, kalau kitorang bengang, suka lepak pantai Tanjung Aru dan ODEC UMS. 'Menyedapkan telinga' dengar deruan ombak, cewahhh macam ombak rindu

Akhirul kalam, sila tatap wajah anak kepada sepupu saya, maksudnya anak buah saya la kan? hehe. Hello my name is Aqil. Haishhh..dah la masa wedding mak bapak Aqil, saya tak dapat nak hadir. Ni Aqil dah keluar pun belum dapat nak dukung Aqil. Kan best kalau ada pintu suka hati doraemon tu, buka jak dah sampai Kuching. Sedih. Hope dapat jumpa Aqil bulan 6 ni, in shaa Allah ! :')

Selamat malam cinta...tiada kreditku nak berbalas mesej. Duit pun ku tiada, apatah lagi kredit. Lol. Selamat malam dunia !

Anda sedang membaca artikel PERASAAN YANG SUKAR DIMENGERTI dan link url bagi artikel ini adalah http://suterakasihyann.blogspot.com/2013/02/perasaan-yang-sukar-dimengerti.html
Semoga artikel PERASAAN YANG SUKAR DIMENGERTI ini dapat memberi manfaat untuk semua.

3 COMMENTS:

Syira Qahira said...

salam

tengok wajah anak kecil ini mampu melegakan seluruh perasaan ;)

xila dot said...

atototo awatnya ceq??? hehhe
Allah maha mendengar ye....
ehhh bah budak tuh...pipi dia...pinky2 lah....nak culik buat sehari dua boleh? heeee

agen judi online said...

subhanallah,,,allah emank maha adilll nia ank lucubanget,,,,,ngegemesin pipinya,,hehehe