Tuesday, February 12, 2013

KOLAGEN ASLI RUMPAI LAUT SEMPORNA, SABAH

Salam my readers :)
Sekarang ni macam-macam produk kesihatan dan kecantikan yang dijual di pasaran dengan tujuan membantu individu yang mempunyai masalah kulit, kegemukan, kesihatan dan sebagainya. Paling mendapat sambutan hangat antaranya produk kesihatan dan kecantikan yang mengandungi Vitamin C dan Collagen. Produk apa yang paling berkesan? Itu bergantung dengan tindak balas tubuh badan seseorang, lain orang lain tindak balasnya. Paling penting, sebelum nak beli, buatlah 'research' terlebih dahulu, jangan sesekali terpengaruh dengan kata-kata orang yang kita sendiri pun tak berapa nak kenal. Jangan nanti bila tak sesuai dengan tubuh badan kita, mula nak menyalahkan pihak berkaitan. Pengguna memang ada hak, tapi biarlah jadi pengguna yang bijak, ya? :)

Sekarang ni pun tengah 'HOT' rumpai laut collagen asli. Banyak rakan-rakan FB dan blog saya yang jual, teringin jugak nak cuba tapi tengoklah nanti hehe. Sesiapa yang jual tu, boleh promosi di ruang komen entri ni ya :)


Apa itu rumpai laut?
Sejenis tumbuhan herba yg tumbuh secara terapung di laut. byk terdapat di semporna atau sabah kerana ia sebahagian daripada projek kerajaan malaysia.

Apa khasiat rumpai laut?
Untuk kecantikan kulit dan kesihatan dalaman, mengurangkan risiko penyakit2 kronik kerana rumpai laut mempunyai byk kandungan mineral yg diperlukan badan manusia.

Tak ada kesan sampingan?
Penternakan rumpai laut tdk menggunakan apa2 baja atau racun kimia. ia dibiarkan tumbuh sehinggga matang sebelum di pungut. rumpai laut yg dipungut akan dijemur atau stim sehingga kering, kemudian dijual. maka, tiada apa2 campuran bahan kimia,perisa,pengawet atau perwarna tiruan. tiada kesan sampingan.

Siapa boleh ambil rumpai laut ni?
Lelaki dan perempuan kecuali perempuan baru mengandung atau lepas bersalin(dalam masa 3 bulan) dan kanak2 bawah 2thn. bagi kanak2 bawah 10 thn. hadkan pengambilan 1-2 sudu sehari shj.(nak makan tuk kerabu d boleh kan)..

Kenapa rumpai laut berubah warna dan ada kristal putih?
Kristal putih adalah garam laut. akan hilang apabila dicuci. warna rumpai laut berubah berperingkat2 tetapi jgn risau, khasiat tetap sama.(putih bukan bererti kulat ye..

Beza rumpai laut ungu dgn kuning?
Rumpai laut ungu lebih banyak khasiat berbanding rumpai laut kuning kerana rumpai laut ungu diproses secara semulajadi. rumpai laut kuning diproses secara stim menyebabkan khasiat berkurangan.

Rumpai laut ungu berbau?
Ada sedikit bau tetapi bau akan hilang selepas di cuci atau di rendam.

Berapa lama rumpai laut belum dimasak boleh bertahan?
Setahun lebih jika tdk bercampur dgn apa2 bahan atau cecair

Kalau simpan dlm peti ais sebulan, kolagen siap di masak tak rosak?
Kolagen siap dimasak anti kulat. tidak rosak tetapi pastikan kolagen ini tdk bercampur dgn bahan makanan yg lain. Contohnya gunakan sudu yg bersih semasa scoop kolagen. Jika bercampur dgn makanan yg lain, kolagen akan rosak atau basi.

Kolagen rumpai laut yg siap dimasak kalau tak simpan dlm peti ais?
Mesti simpan dlm peti ais. Kalau tidak kolagen rumpai laut akan basi atau rosak.

Bagaimana rasa rumpai laut?
Tawar dan sedikit hanyir. Utk kurangkan hanyir, rendam dgn daun pandan atau masukkan sehelai daun pandan semasa memasak.bole juga rendam dgn asam keping atau tepung gandum.

Bagaimana cara guna rumpai laut ni?

1. Rumpai laut dimasak
  • Cuci beberapa kali.
  • Rendam semalaman (lebih kurang 5-8jam).
  • Kemudian cuci lagi beberapa kali.
  • Rebus dgn air biasa. Nisbah utk 100gram = 2-2.5 liter air.
  • Masak dgn api perlahan dan kacau sehingga rumpai laut hancur. lebih kurang 20-40minit.
  • Biarkan kolagen sejuk dan simpan dlm peti ais.
Cara guna :
  • Masuk 2-3 sudu ke dalam apa2 minuman. contohnya air sunquick, ribena, abc,cendol, laici kang,bandung, dan lain-lain. Amalkan 3 kali sehari shj. Jgn ambil minuman berkafein dan berkarbonat. jgn ambil secara berlebihan,boleh sakit kepala dan sakit perut.
  • Gunakan 1-2 sudu utk sapu dimuka sebagai masker. biarkan sehingga kering (lbh kurang 20minit) dan cuci. amalkan 3 kali sehari.
  • Boleh sapu di mana2 anggota badan seperti lengan, bahu, tengkuk atau tumit kaki bg kulit mengelupas. berkesan utk melicinkan kulit, menghapuskan jerawat dan melembutkan kulit.se eloknya sapu sebelum mandi. bila dh kering (lbh kurang 20 minit), boleh mandi.
2. Makan secara mentah
  • Basuh rumpai laut beberapa kali
  • Rendam dgn air panas lebih kurang 30minit-1jam. jgn rendam terlalu lama, rumpai laut akan hancur.
  • Kemudian, basuh rumpai laut yg telah direndam.
*hadkan rumpai laut yg ingin direndam utk sehari pengambilan shj. jgn rendam terlalu byk sebab rumpai laut tidak boleh di ambil dlm kuantiti yg byk. kena pandai agak2 ye.

Cara guna :
  • Potong halus dan masuk kan sedikit dlm apa2 air minuman.
  • Potong halus dan masuk kan dlm apa2 sup
  • Potong halus dan buat kerabu mangga
  • Rumpai laut yg tdk dimasak tidak boleh di buat masker atau sapu kt badan. kena berhati2 dgn kuantiti pengambilan. jika ambik byk boleh sakit perut dan sakit kepala. kena pandai2 agak kuantiti pengambilan ya.
sumber: http://kolagenlaut.blogspot.com/


Berminat dengan Rumpai Laut (PMC) original dari Semporna, Sabah? Boleh hubungi YUSNITA AWANG di facebook beliau di https://www.facebook.com/yusnitaawgasin atau no. telefon 014-6769876.

TAG: RUMPAI LAUT, RUMPAI LAUT COLLAGEN, RUMPAI LAUT ORIGINAL, RUMPAI LAUT SABAH, RUMPAI LAUT GRED, PRODUK KECANTIKAN BERKESAN, COLLAGEN TERBAIK, PENAWAR KULIT, COLLAGEN TERBAIK, PRODUK KESIHATAN, KESAN RUMPAI LAUT ASLI, RUMPAI LAUT GRED, RUMPAI LAUT MURAH

Anda sedang membaca artikel KOLAGEN ASLI RUMPAI LAUT SEMPORNA, SABAH dan link url bagi artikel ini adalah http://suterakasihyann.blogspot.com/2013/02/kolagen-asli-rumpai-laut-semporna-sabah.html
Semoga artikel KOLAGEN ASLI RUMPAI LAUT SEMPORNA, SABAH ini dapat memberi manfaat untuk semua.

6 COMMENTS:

cik chinta said...

tringin, tp tgh pegnen ni, thn hati.

Ardini Humaira said...

dni baru berjinak2 jual ni yunk hehe... kalau nak copy info ni leh tak yunk.. malas nye dni nak menaip sebab guna henpon je nak wat entry huk3

Mahathir Ahmad said...

Assalamualaikum admin saya mahathir bin ahmad aka khazanah Alam.

saya berminat nak join blog ni boleh ke?

harap admin dapat memberikan jawapan dan saya akan cuba berkongsi artikel disini.

terima kasih

Khazanah Alam said...

Salam admin saya berminat untuk sertai blog ini. Saya berharap akan mendapat perhatian dari pihak admin.

Saya juga akan sedaya upaya akan memberikan artikal yang berkaitan.

Harap akan mendapat perhatian dari admin.

sekian terima kasih.

[sutera kasih] said...

@Khazanah Alam:
Waalaikumsalam, hubungi saya di suterasyaza@yahoo.com

terima kasih :)

RozitaHipeni's - baking and cooking with passion said...

as salam izinkan saya share d ruang fb saya
emel saya rozitahipeni@yahoo.com
tq
wassalam