Friday, February 01, 2013

BERSANGKA BAIK KEPADA PENCIPTA - HUSNUZON SESAMA MANUSIA

Salam my readers,

1 February 2013. Sekejap masa berlalu. Berlalu sudah bulan January 2013. Apa yang saya, awak dan kita perolehi bulan lepas? Urghh...rasa berdosa sebab asyik mengeluh. Tapi apakan daya, pusing kepala fikir masa depan haha ketawa dalam tangisan gitu. Menyampah. Mungkin pandangan orang, akan cakap "eh, dia tiada usaha ka nak cari kerja?" "Eleh, memilih kerja sangat, tu la pasal menganggur, asyik mengeluh tak habis-habis tapi usaha tiada" "Kesiannya dia, pelajaran cemerlang tapi bila part nak dapat kerja, tiada rezeki" "Nehh, kau ingat kau pandai dulu dalam kelas, terus dapat kerja, kau tinguk saya, walaupun tidak pandai dulu sekulah, saya kerja suda bahh" blablablablabla dan blablablabla. Begitu ka kamu cakap saya? Tidak bah kan? hehe. Hishh, jangan bersangka yang bukan-bukan bah. Semai otak kita untuk sentiasa fikir hal positif saja, bersangka baik :)

Mulut manusia memang takkan pernah berhenti bercakap. Memang dah itu fungsi mulut, kan? Orang yang tak faham situasi orang lain, memang suka nak menilai kehidupan orang lain sesuka hati. Tak payahlah nak sibuk jaga tepi kain orang, sila jaga tepi kain diri sendiri. Apa yang saya merepek ni? haha Abaikanlah, tak penting pun. Asalkan dapat membaca dan menaip, dah cukup kurangkan rasa beban di hati. Beban ka? Entahlah, sometimes kita akan rasa tension tak tentu pasal haha. Sabar ya? Didik diri untuk sentiasa husnuzon, bersangka baik, berfikiran positif..jauhkan fikiran negatif, oyeahhh !!


Husnuzon. Didik diri untuk sentiasa berbaik sangka sesama manusia, paling utama, sentiasa bersangka baik dengan Allah Taala. Sampai satu tahap saya lontarkan soalan yang teramat bodoh kepada diri sendiri dan kepada dia. "Kenapa orang yang tak jaga solat, orang yang buat maksiat pun boleh berjaya dalam kehidupan? Mudah dapat kerja, jodoh yang baik, kehidupan yang baik?". Astaghfirullah al-azim. Dia cakap, syaitonnirajim dah masuk ke dalam kepala saya hoho. Dia cakap, jangan cakap macam tu. Allah Taala menguji hambaNYA dengan pelbagai cara. Banyakkan muhasabah diri, Allah Taala menguji keimanan kita, kaji kekurangan diri dan usaha untuk memperbaikinya dan percayalah Allah Taala Maha Adil.

Yaa...betul tu. Jangan sesekali bersangka tidak baik kepada Pencipta kita. Ketentuan dariNYA punya hikmah untuk setiap hambaNYA. Allah Taala tidak akan menguji hambaNYA di luar kemampuan hambaNYA. Jom muhasabah diri dan perbaiki kelemahan diri. Banyakkan berdoa, usaha dan tawakal. Kita saling berdoa untuk kejayaan masing-masing. Kepada yang punya nasib yang sama, jangan putus asa dan kuatkan semangat !! (motivasi untuk diri sendiri juga)

Terima kasih :)
Next entry, saya kongsi pengalaman interview selasa lepas, okey?

Anda sedang membaca artikel BERSANGKA BAIK KEPADA PENCIPTA - HUSNUZON SESAMA MANUSIA dan link url bagi artikel ini adalah http://suterakasihyann.blogspot.com/2013/02/bersangka-baik-kepada-pencipta-husnuzon.html
Semoga artikel BERSANGKA BAIK KEPADA PENCIPTA - HUSNUZON SESAMA MANUSIA ini dapat memberi manfaat untuk semua.

4 COMMENTS:

xila dot said...

so dah dapat kerja bah kau? hehe...nak cite gak la pglman intebiu lepas...srotttt

athirah said...

susah sebenarnya nak bersangka baik pada manusia kan. tapi kita sebagai manusia mesti mendidik diri sendiri untuk bersangka baik tanpa mengira apa yang kita lihat pada seseorang individu itu dahulu


visit me
http://athirahshariffudin.blogspot.com/2012/10/kemana-duit-rakus-menghilang.html

profmie said...

yup..kena selalu bersgka baik.

amy1906 said...

aku pun pena fkir cmtue dlu yan....tuela iman xkuat kn,smpi ble fkir n psoalkn cmtue ba...tp now, insyaallah, owez be a positive thingking da nie...hehe...