Friday, February 15, 2013

MASIH AKU CINTA....SHARNAAZ AHMAD - SHILA AMZAH

Salam my readers :)

Zaman sekarang ni, semenjak ada kemudahan 'social network', bukan main lagi yaa semakin ramai pendebat-pendebat 'bertauliah'. Semakin ligat jari jemari comel menekan 'keyboard' 'keypad'. Bukan menyindir ya, ini realiti. Bukan cobaan. Tidak salah kalau nak memberi teguran, nasihat, mengkritik dan sebagainya yang bersifat positif. Tapi, biarlah kena pada caranya. Bagi kata-kata semangat kan lagi elok daripada dok menghentam. Kenapa? Kalau kita benar-benar nak menegur dan menasihati seseorang, lebih baik secara tertutup ataupun tidak menjatuhkan air muka seseorang. Siapa kita nak mengadili dan menjatuhkan 'hukuman' terhadap individu yang lain?

Kenapa aku tampal gambar Shila Amzah dan Sharnaaz Ahmad ni dalam entri ni? Sedia maklum, rasanya ramai pun dah tahu kes mereka, kan? Kesian jugaklah kan tengok nasib diorang. Apa boleh buat. Aku bukanlah peminat tegar mereka berdua, sekadar minat dengar lagu Shila Amzah dan hasil lakonan Sharnaaz especially dalam Ruby & Juvana The Movie. Siapa tak bangga dapat anak yang mengharumkan nama keluarga sekaligus membina nama di Asia Wave. Sedangkan anak dapat no 1 dalam kelas pun mak ayah kita dah rasa gembira sakan. Faham tak? hehe.

Sudah-sudahlah kamu nak kritik kisah cinta orang. Macamlah kamu tak pernah dok canang-canang kisah cinta korang satu dunia. Apa yang orang lain rasai dalam hidupnya, tidak sama dengan apa yang kita rasa dan sangka. Setiap orang punya kisah dan cara tersendiri dalam mengekspresikan perasaannya. Ada yang jenis suka memendam sampai meletus gunung berapi, ada yang lebih suka berkongsi dengan keluarga dan rakan terdekat, ada yang jenis suka berkongsi dengan umum dan sebagainya. Mungkin itu cara mereka untuk meringankan beban di hati. Lain orang, lain cara. Oyeahhh sudah semestinya yang paling utama mengadu dengan Allah Taala.

Apa yang aku cuba nak katakan di sini adalah, jom dengar lagu terbaru Shila Amzah yang dengar khabar dituju khas buat Sharnaaz Ahmad hehe.(Rotikaya yang cakap). Apa-apa pun, sama-sama kita doakan yang terbaik untuk kita semua, ya? (^__^)


Lirik Masih Aku Cinta (Shila Amzah)

Biarpun kau tak lagi ada dengan ku
Takkan ku bisa melupakan mu
Cara mu,memanggil nama ku
Terasa seolah kau masih ada

Jauh di dalam sanubari ku
Tak ku relakan pemergianmu
Namun ku,’kan selalu doakan mu
Agar kau takkan terus terluka

Kau kan temui bahagia
Walaupun aku tidak bersama
Jangan kau gusar
Aku akan selalu ada
Dari jauh engkau masih ku cinta
Dari jauh aku masih mencinta

Takkan pernah ada penggantimu
Yang mem pertahankan ku sepertimu
Satu dunia,menentang cinta kita
Akhirnya kita terpisah jua

Yang mengenal mu cuma aku
Tidak ku menyesal mencintaimu
Yang ku harapkan
Kau juga mendoakan ku

*tiru lirik dari Rotikaya

#UPDATE: Tahniah Shila Amzah tercalon dalam kategori Favorite Asian Act untuk Nickelodeon Kid’s Choice Awards 2013 bersama Psy, Han Geng, Sarah Geronimo. Good Luck Shila !

TAG: SHILA AMZAH, SHILALAS, INSTAGRAM SHILA AMZAH, SHILA AMZAH CINTA HATI SHARNAAZ, SHARNAAZ AHMAD, AKU MASIH CINTA, LIRIK AKU MASIH CINTA SHILA AMZAH, YOUTUBE SHILA AMZAH, KISAH CINTA, PUTUS CINTA

Anda sedang membaca artikel MASIH AKU CINTA....SHARNAAZ AHMAD - SHILA AMZAH dan link url bagi artikel ini adalah http://suterakasihyann.blogspot.com/2013/02/aku-masih-cintasharnaaz-ahmad-shila.html
Semoga artikel MASIH AKU CINTA....SHARNAAZ AHMAD - SHILA AMZAH ini dapat memberi manfaat untuk semua.

11 COMMENTS:

yana aina said...

kita pembaca smpai tak tahu mana yg btl dan salah. hnya mrk yg tahu. media pon main peranan pentng. kalau silap laporan .. kita yg membaca pun tersilap anggap ^^

Cik Tia said...

baca lirik pun tau kak .. tapi ada jugaklah ayat yang nda berapa ngam .. hehe

Cik Syida said...

sedih baca lirik dia..

puteri kasih said...

setiap hari pasti ada cerita terbaru tentang diorang ni kan..

nuyui a.k.a miss YUI said...

tak dgr lg..hihi

xila dot said...

yup ini lagu memang tuju ke shanaz ni...tgok lirik dia kemain je.hehe

Zura Zue said...

sedih je lirik dia..

Myra Jay said...

Kesian Shila, percintaan yang tak kesampaian..

Moga bertemu jodoh yg terbaik selepas ni :)

dwaty said...

TAK tau mana yang nak di kasihani... semoga dorg jumpa jalan yang betul...

~AmyLiana86~ said...

jodoh pertemuan di tangan Allah kan..smoga baik2 saje buat mereka.. =)

~AmyLiana86~ said...

smoga kebahgian buat mereka kan..hehe