Monday, January 28, 2013

PENGANGGURAN DAN KERJAYA


Salam sayang my readers :)

"26 years old and you don't have any work experience? Seriously, kalau di Sabah, memang susah sudah kamu mau dapat kerja, sebab mostly company tidak mahu keluarkan kos untuk hantar pekerja baru pegi training, sebab tu la mereka lebih utamakan yg berpengalaman, no hard feelings ya".

Tersentak. Perghhh berbisa ayat tu. Tapi, sebenarnya, she's very inspire me. Sangat seronok dengar pahit manis pengalamannya survive untuk hidup sehingga dia berjaya. Bukan senang nak jadi senang. Bukan semua orang yang berjaya dalam hidup tu hanya berlaku dalam sekelip mata. Mereka juga pernah bersusah payah merangkak dari bawah, juga kenal erti lelah, puas diherdik dikritik dan puas gagal. Mentaliti kebanyakan orang, bila tengok orang berjaya kaya raya, "alaa, buat apa kaya raya kalau tak nak bantu orang susah". Benar, ada benarnya. Tapi perlu ingat, kita kena tengok situasi untuk bantu golongan yang susah. Takut nanti, bila dah TERBIASA hidup dengan mengharap bantuan orang lain, akan TERBIASA dalam 'comfort zone'. Tidak mahu berusaha kerana memikirkan cukup bulan ada bantuan dihulurkan. Sedangkan sebahagian mereka yang telah berjaya dan hidup selesa, dahulunya juga pernah rasa kehidupan yang susah. Okey, we cut the story. Bukan itu saya nak cerita.

Sotf Skills : Communication skills. Marketing Skills. Presentation Skills. Selain kelayakan akademik, 4 elemen tersebut sangat penting untuk menjadi seorang pekerja yang produktif dan berkualiti. Oleh sebab itu, kebanyakan graduan termasuk diri saya sendiri sukar untuk memperolehi peluang pekerjaan. Yaaa, sebelum ni saya dah pernah turut serta SL1M (Skim Latihan 1 Malaysia) untuk graduan lepasan ijazah, iaitu GEMS (Graduate Employability Management Scheme). Saya akui sepanjang 8 bulan mengikuti program tersebut,  telah membantu kami untuk belajar banyak perkara terutamanya dalam dunia kerjaya dan improve ourself in soft skills. Cuma, mungkin belum ada rezeki untuk dapat pekerjaan buat masa sekarang. Maklumlah, banyak saingan.

Bagaimana cara meningkatkan keyakinan diri dan kemahiran dalam PR (Public Relations)?
Masuk dalam dunia 'marketing'. Oyeahh..thanks sis sebab kongsi pengalaman dan bagi motivasi percuma hehe. Bila kita jumpa ramai orang, kita akan belajar untuk berkomunikasi dengan baik. Sebab, kita akan cuba sebaiknya untuk menyampaikan info kepada klien. Siapa nak berminat dengan produk/sales kita kalau kita bercakap pun kita sendiri tak faham. Selain itu, kita juga perlu pandai membujuk kliens. Ceahh macam fungsi media. Bukan sahaja menyampaikan, bertukar-tukar maksud tapi juga membujuk viewers. Membujuk? Apa tu? Membujuk ni maksudnya berusaha untuk meyakinkan seseorang untuk mempercayai apa yang kita sampaikan. Pendek kata, macam memujuk hehe tapi dengan cara yang profesional.

Punca utama pengangguran graduan?
Sebab sudah 'mind set' habis belajar nak dapat kerja kerajaan. Mentaliti kebanyakan orang, bila dah dapat kerja kerajaan, sangat berada dalam zon yang selesa. Memang tidak dinafikan, banyak faedah dan hidup terjamin (bergantung dengan prestasi kerja masing-masing). Masuk pejabat jam 8 pagi, pulang jam 5 petang. Gaji itu-itu sahaja kecuali ada bonus hujung tahun. Yaaa, itula yang didambakan oleh kebanyakan orang. Senang nak loan kereta, loan rumah, loan peribadi kalau ada kerja tetap. Bakal mertua pun kebanyakan nak menantu yang kerja dengan kerajaan. Betul tak? Tapi bukan semua la yang berfikiran sebegitu, mungkin cuma segelintir. 

Pernah berjumpa dengan penjual-penjual buku (direct selling) masa kamu tengah duduk di gerai makan? Jangan sesekali pandang rendah dengan mereka. Kebanyakan orang memandang rendah dengan pekerjaan sedemikian. Bukan mudah kerja macam tu, tahu? Kena jumpa ramai orang, orang yang pelbagai ragam. Bukan sekadar nak jual buku semata-mata tau, boleh increase your confident level, improve your soft skills dan praktikkan apa yang pernah dibelajar dalam kelas teori.

Fuhh..dah la lama tak update blog, tiba-tiba update terus membebel panjang. Urm, lepas ni malas dah nak guna domain. Membazir saja beli then blog tak aktif. Beli domain for what wahai cik yann? Okeylah, sebenarnya update blog ni nak buat latihan mengarang haha doakan semoga sesi temuduga saya esok berjalan dengan baik. Doakan tau? Thanks :)

TAG: MARKETING, PEMASARAN, PUNCA PENGANGGURAN, GRADUAN MENGANGGUR, SOFT SKILLS, KERJAYA

Anda sedang membaca artikel PENGANGGURAN DAN KERJAYA dan link url bagi artikel ini adalah http://suterakasihyann.blogspot.com/2013/01/pengangguran-dan-kerjaya.html
Semoga artikel PENGANGGURAN DAN KERJAYA ini dapat memberi manfaat untuk semua.

6 COMMENTS:

ary_lee said...

woaaahhhh... macam karangan spm plak :-P

BTW, antara sebab pengangguran adalah TERLAMPAU memilih kerja..
Orang kita taknak kerja dari bawah.. terus-terus nak masuk office je..
kadang, kelayakan xseberapa tapi nak keje majistret..
then, peluang itu diambil alih orang luar.. kan?

AmirFX said...

Gud luck Yann! Dapat keja kelak belanja kmk Prosperity burger.. :p

dhiera said...

ye betul... sebab tu dari belajar dah didik diri untuk membahagikan masa antara belajar dan part-time work. masa belajar, belajar. dan bila hujung minggu buat part-time yang related dengan apa yang kita belajar. kena tanya lecturer samada dorang perlukan RA atau any NGO yang berkaitan cari educator.

good luck interview!

xila dot said...

yaannn sama la kami jobless...di perak nih...marilah kl... ai bkn memilih, bapak ai yg memilih sadis je rasa... ><"

Hidayatul Afzam said...

anda ditag : http://izzam4eva.blogspot.com/2013/02/the-longest-giveaway-ever-by-ain.html

Izzat Eshak said...

Softskills sekarang amat penting, di saat lambakan graduan pelbagai bidang dikeluarkan saban tahun