Tuesday, December 11, 2012

RESPONSIBLE BLOGGING CAMPAIGN | KEMPEN BERBLOG SECARA BERHEMAH


What is RESPONSIBLE BLOGGING CAMPAIGN 2013?

Kempen Berblog secara Berhemah adalah satu kempen untuk mengajak seluruh rakyat komuniti dalam talian untuk berkumpul dan menyatakan sokongan terhadap berblog secara berhemah dan beretika bagi manfaat bersama.

"You are what you say". Yaaa benar. Setiap apa yang kita bicarakan dalam setiap perbincangan dalam blog kita, melambangkan keperibadian diri kita dari segi struktur ayat, gaya bahasa, dan cara kita menyampaikan sesuatu di dalam blog. Kempen ini mengajak seluruh rakyat komuniti dalam talian khususnya di Malaysia bersama-sama memberi sokongan terhadap berblog secara berhemah, beretika, pendek katanya, menyampaikan sesuatu dengan fakta dan sumber yang sahih. Bukannya menyebarkan fitnah semata-mata. Kita kena ingat, dengan arus zaman moden kini, segala maklumat hanya di hujung jari. Blog juga menjadi pilihan utama pembaca untuk mencari maklumat tertentu.

Maka dengan itu, sejajar dengan kempen tersebut, 9 tiang utama dalam berblog secara berhemah adalah ;
  1. Elakkan jalan singkat - Untuk melahirkan sebuah blog yang berjaya bukanlah suatu perkara mudah, ianya memerlukan usaha keras dan konsisten. Bukannya dengan hanya COPY & PASTE hasil kerja orang lain dan memasukkannya dalam blog anda.
  2. Jangan lupa sertakan sumber - Sekiranya anda berkongsi sesuatu maklumat yang bagi anda sangat berguna untuk dikongsi, tapi ianya diperolehi dari blog orang lain, pastikan anda nyatakan sumber dari blog berkenaan. Jangan amalkan plagiat / copycat.
  3. Pastikan ketepatan dan kesahihan maklumat - Sebelum anda berkongsi sesuatu maklumat, pastikan ianya dari sumber yang boleh dipercayai. Jangan sampai boleh menimbulkan fitnah dan akan menjejaskan blog malah diri anda sendiri.
  4. Blog anda adalah tanggungjawab anda - Setiap apa yang ada di dalam blog anda, merupakan tanggungjawab anda sendiri. Setiap risiko anda perlu tanggung sendiri.
  5. Menghargai pendapat pembaca - Setiap respon, komen dan pendapat pembaca blog anda, perlulah anda hormati dan hargainya. Jangan sesekali melenting dan mengeluarkan kata-kata kesat terhadap setiap komen pembaca. Ingat, "You are what you say"
  6. Hendaklah bersikap telus dengan "sponsored post"
  7. Bersikap peka dengan undang-undang hak cipta negara - Kena ambil tahu undang-undang hak cipta yang terdapat dalam negara. Jangan bersikap sambil lewa bila berkongsi sesuatu dalam blog. Jangan sesuka hati COPY & PASTE hakcipta orang lain kerana pemilik asal boleh menyaman ada.
  8. Nyatakan penafian atau 'disclaimer' - ianya menunjukkan bahawa setiap pendapat yang dinyatakan adalah pendapat anda sendiri dan bukannya menggambarkan sesebuah organisasi.
  9. Mendapat ganjaran/bayaran daripada blog secara beretika - Bukannya dengan cara menipu pembaca. Contohnya, memberi link URL yang mendatangkan duit kepada anda tetapi menyatakan ianya adalah maksud yang lain, pendek kata, klik fraud (klik dapat duit)
9 Pillars of Responsible Blogging dalam bentuk bergambar di bawah :

Penaja sistem rasmi kempen ini ialah Crowdpot Sdn Bhd dan Ninetology Marketing Sdn Bhd sebagai penyampai yang juga menaja pelbagai hadiah menarik dalam kempen tersebut. (Apesal.com turut menjadi partner dalam kempen ini)

Kenapa ANDA perlu ikut serta kempen ini?


Jom nyatakan ikrar anda untuk kempen berblog secara berhemah di https://www.facebook.com/NinetologyMalaysia/app_128992063920910 dan berpeluang mendapat ganjaran menarik bagi yang bertuah !!

Kepada blogger, jom sama-sama sebarkan kempen ini dan tinggalkan email anda di ruang komen untuk sertainya !! Maklumat lanjut di Responsible Blogging (^__^)

Anda sedang membaca artikel RESPONSIBLE BLOGGING CAMPAIGN | KEMPEN BERBLOG SECARA BERHEMAH dan link url bagi artikel ini adalah http://suterakasihyann.blogspot.com/2012/12/responsible-blogging-campaign-kempen.html
Semoga artikel RESPONSIBLE BLOGGING CAMPAIGN | KEMPEN BERBLOG SECARA BERHEMAH ini dapat memberi manfaat untuk semua.

6 COMMENTS:

Paklong said...

Bagus kempen ni.

Anum said...

great

Ash Give said...

pagi tadi dapat dua email drpd apesal.com pasal ni.. stakat ni baru dua orng blogger yg aku jumpa buat entry macam ni..good luck k :)

akubiomed said...

Menyokong meraih pendapatan blogging dengan cara berhemah.

zila manaf said...

dpt emel dr pesal? tp xpaham huhu nice info..baru paham..

Abg Stalker said...

masih ada yg belum menepati syarat :/ nk join kempen pun malu.