Monday, November 26, 2012

PENGALAMAN INTERVIEW & BERNIAGA ONLINE

Salam my readers,
Hmm..tipu lagi kan? Cakap nak rajin update rajin blogwalking, tak juga rajin-rajin. Maklumlah, bukan blogger tegar, cerita pun tak hot mana pun hehe. Nak sharing apa ehh arini? Sharing pengalaman berniaga? Wowww bunyi macam bisneswoman berjaya. Cehhh. Since dah habis program GEMS hujung bulan Julai lepas, sekarang kembali jadi penganggur. Bila dah menganggur, duit poket pun kering. Umur dah 25 kot bukan 5 tahun nak terminta-minta dengan mak bapak. Dah apply mana-mana kerja kosong, tapi belum ada rezeki. Nak buat macam mana, kan? Minggu kedua hari raya lalu, ada pergi interview untuk jawatan pensyarah kat sebuah kolej swasta. Tapi, rasanya tiada rezeki dekat sana. Nak tau kenapa?

Pengalaman Interview (Temuduga)
Hmm..masa interview tu memang nervous gila lah. Memang kena speaking 100%, hahh ambek kau dah la 'pandai' sangat speaking english. Benci. Masa tengah interview, memang tak sedar dah membebel apa ntah. Nampak jugak SENYUM SINIS diorang masa tengah menjawab persoalan diorang tu. Maklumlah, english berhambur hentam keromo. Memang agak sedih jugakla, kau tengah bersungguh-sungguh jawab apa yang orang tanya, cuba sebaiknya cakap bahasa penjajah, orang depan kau tersengih-sengih tahan ketawa tutup2 mulut.. Malu babe ! Hanya Tuhan ja yang tau perasaan masa tu. Nasib sorang pakcik tu tak ketawakan pun, yang gegels tu saja, i tau la kita tak sama bangsa dan u ols berpangkat, tapi belajarlah jadi profesional.

Tapi takpa, tu dugaan dan cabaran namanya. Biarlah orang nak ketawakan kelemahan kita, yang penting kita dah usaha sebaiknya dan berserah pada Allah Taala. Rezeki Allah Taala ada di mana-mana. Lagipun, memang tak layak pun untuk jawatan tu sebab utama, tiada langsung pengalaman mengajar dan 'english speaking' burok. Semua orang bermula dari zero, tiada yang terus berjaya tiba-tiba. Kan?

Pengalaman Berniaga (Business Online)
Dah tutup topik pengalaman interview pensyarah. Ya, diri ini dah mula belajar bisnes online kecil-kecilan. Sebab nak cari duit poket sendiri, cukuplah untuk belanja beli keropok ice cream, syukur. Cabaran? Sangat berbeza kau menjual secara direct dan online. Kena rajin promosi dan 'membujuk' viewers. Syukurlah ada rakan niaga yang bagi tunjuk ajar dan sharing pengalaman. Thanks Mama Darwish hehe. Saingan harga? Masa mula-mula berniaga tu, konon nak bagi best price harga murah. Tapi, tak boleh. Kena tegur sebab tak adil dengan agent lain. Yaa, faham dah kenapa. Kesian dengan kawan lain. Tapi, kenapa orang lain boleh pulak jual murah? Okey takpa, rezeki masing-masing, rezeki dari Allah Taala. Kalau kita ikut jalan yang betul, inshaa Allah dipermudahkan urusan. Itu hak pembeli nak pilih dengan siapa diorang nak beli. Tapi kalau anda, dua produk yang sama tapi harga berlainan, dah tentu-tentu pilih harga yang murah, Itu lumrah. Senyum saja :)

Lepas tu, kitorang nak try jual satu produk ni pulak, dah namanya lurus ikut harga pasaran, hahhh ambek kau customer persoalkan kenapa jual mahal, ada orang jual lagi murah. Saya pun tak faham sebab hanya jual ikut mcm yg disarankan. Contoh ya, harga gula-gula ni di pasaran 10 sebijik. Harga borong 5 sen sebijik, tapi kalau dah namanya borong, memang tak boleh beli sebijk, kena beli banyak. Then kena la kita jual 10 sebijik, kan? untung 5 sen. Tapi ada orang jual 5 sen juga sebijik. Haishhh, pelik. Dia tu jual sekadar nak rebut pelanggan ke apa? Ohh husnuzon la pujuk hati, mungkin dia borong berjuta-juta ringgit sebab tu jual murah sangat. Rezeki masing-masing. Jangan pulak menjual terlalu nak jaga hati orang lain, tapi menyusahkan diri sendiri. Baik tak payah.

Bila chit chat dengan member pasal hal tu, memang kitorang kelucuan. Ahhh biarlah. So, malas dah nak jual produk tu. Tak rugi juga company tu kalau kitorang tak tolong promote. Urmm, lagi satu cabaran berniaga ni, bila customer lambat bayar payment. Mesti korang pelik, kan? Yala, kalau diikutkan beli barang online kena bayar dulu baru dapat barang kecuali sebab2 yg munasabah. Kalau order pun, kena buat payment awal. Lagi bengang kalau kau dapat backout buyers haha. Tapi, tu la kelemahan diri ini. Memang tak layak berjualan haha. Tak faham? Tak payah faham. Cukupla dapat membebel and need someone to talk. Ok la tu, blog pun ok la jadi geng membebel :)

So, sekarang ni layan bisnes dropship saja kecuali VCO ku tersayang hehe. Syukurla ada komisyen sikit buat belanja. Orang cakap, bagus buat sendiri. Yala, nak untung lebih buatlah sendiri. Bukan saya tak mau, tapi ada beberapa faktor yg menghalang. Okey, kalau ada kemahuan di situ ada jalan. Memangla, tak dinafikan pun. Bersyukurlah walau untung hanya seringgit dua ringgit, inshaa Allah akan rasa cukup. Banding orang yang untung banyak tapi sentiasa tak rasa cukup, nauzubillah.

Okeylah, sekian untuk hari ini. Kalau nak order VCO, orderlah dengan saya yaaa? sempat lagi hehe. Nak order Felinna Inchloss Lotion pun ada. Lagi satu, tempahan untuk Tudung Bawal Ribbon masih dibuka sehingga hari Rabu. Kalau nak order, inbox di facebook Syaza Arshad. Thanks guys !! xoxo

Tag: PENGALAMAN INTERVIEW, PENGALAMAN TEMUDUGA, TIPS TEMUDUGA, PENGALAMAN INTERVIEW PENSYARAH, PENGALAMAN BERNIAGA, JUAL TUDUNG BAWAL RIBBON, VCO CATALYST, FELINNA INCHLOSS, RISIKO BUSINESS ONLINE, CURHAT

Anda sedang membaca artikel PENGALAMAN INTERVIEW & BERNIAGA ONLINE dan link url bagi artikel ini adalah http://suterakasihyann.blogspot.com/2012/11/pengalaman-interview-berniaga-online.html
Semoga artikel PENGALAMAN INTERVIEW & BERNIAGA ONLINE ini dapat memberi manfaat untuk semua.

12 COMMENTS:

Razfira said...

cantikla template baru

Anum said...

thanks for sharing

ciK LyndaWawa said...

Good luck sis....

Myra Jay said...

Bisnes online ni klau minat mesti boleh..

Akak pun tengah berjinak bisnes online ni

bella hamzah said...

selamat berbisnes suterakasih hehe awak sabar je dgn dunia bisnes nilg bises online.mmg ramai back out buyer.sabar je.actually saya pon ada bukk online business baru je.visit la my blog k. :)later nnti bella share pulak experience bella

puteri kasih said...

wah dah berwajah baru...nice :)

p/s good luck dalam bisness online :)

AmirFX said...

Try jual rokok elektronik gik.. Kelak kmk jadik first customer.. :D

nuyui a.k.a miss YUI said...

rengt gak time interview dlu..hihi.. oh, kalau berniaga tiada untung, tak tau nak kata apa la smpai hrga pon cmtu..

dhiera said...

good luck good luck.. semoga perolehi keputusan yg diharapkan.

beelatoma said...

dpt interview kolej swasta??kt ne yer?hehhe..boleh taw x ader mock teaching x msa interbiu??
sy pun dpt ....tp,next week la..takotnya...

[sutera kasih] said...

@beelatoma:
Yup dear :)
ada mock teaching tu..awk kna ready la subjek apa yg berkaitan, awk kna study sbb awk kna present nnti ms intrvw..konon2 mgajar ada bdk2 kt depan hehe

awk prepare la bawa teaching materials sndri, for example power point slides. tp kalo diorg just sediakn white board, so kmu mgajar la, better guna mind map so sng nk kembangkn point2 hehe

sblm mock teaching, mmg kna jwb ujian bertulis. soalan standard, apa target kmu, apa kaedah kmu mgajar yg terbaik, mcm2la soalan standard berkaintan seorg pendidik :)

masa interview session, biasanya ditanya how u handle student bermasalah, student yg slalu ponteng, student yg selalu gagal dlm subjek yg kmu ajar..haaa so kna ready jwpn yg bernas2 hehe

most important, english msti mantap, sbb kalo english kita pun x mantap, cmna nk fahamkn student kita :)

so good luck tau ! :)

Ash Give said...

aku ndak try lagi dropship ni.. banyak jugak aku degr orng cakap cakap pasal benda ni.. kalau ikut mmg blh buat duit.. tapi tu la.. macam macam halangan..

aku skrng ni xjual online pun, hntr terus pegi sabah.. jual dgn orng orng sblh rumah, satu taman, kawan kwan..dan kenalan..hehehe blh laa sikit sikit..

yeayyyy mari buat business..