Monday, November 19, 2012

KEMAAFAN

Salam bloggy,
Lamanya berhabuk, kan? Maaf blog ku syg. Sama jgk dirimu bukan dibaca. Post kali hanya mau sharing something yg bagiku something yg agk baik.

Tadi berbual2 dgn seorg kwn. Dia kongsi tentang pengalaman berkursus, kursus kesyukuran. Best dgr input2 yg sgt memotivasi, bg pengajaran & kesedaran. Tentang kepayahan penduduk Afrika, soal kemiskinan, kesusahan, hati, dan macam2 la.

Yg menarik perhatian soal KEMAAFAN. Penceramah tu ibaratkan KEMAAFAN ibarat ice berg, ehh betul ka ejaan tu ya. Ibarat bongkahan ais di kutub utara tu. Kenapa? Kita sebenarnya kebanyakannya memberi kemaafan hanya sedikit saja, iaitu ibarat di kemuncak bongkahan ais tu. Tapi sebenarnya di dasar air, ada lebihan bongkahan ais yg sgt banyak. Boleh faham x? Tak faham? Sila google rupa bentuk bongkahan ais.

Walaupun seseorang tu di mulut lafazkan dah maafkan, tetapi sebenarnya di lubuk hati yg paling dalam tu masih tersisa rasa sakit hati & luka. Itu yg menyebabkan rasa tidak bahagia, rasa tidak senang dan mudah dihasut syaitonnirajim. Betul tak?

Cara untuk melepaskan segala 'kemarahan' dan rasa tidak puas hati tu, silakan bertemu bersua muka atau lepaskan saja kata2 apa yg tersirat di hati masing2. Tapi ingat, dengan cara yg berhikmah & rasional k? Jgn emosi sgt, biasala manusia mudah emotional.

Jika kita mampu bertindak mcm tu, insyaAllah, rasa beban berat yg dipikul akan rasa terlerai dan rasa mcm ringan di hati terlepas satu seksaan hati. Serius, percayalah. Cubalah kalau nak :)

Saya akui, saya yg hina ni pun pernah rasa terbeban mcm tu. Rasa mcm...entahlah, susah nak gambarkan dgn kata2. Hanya Allah Taala yg tahu. Tapi, saya kuatkan semangat, rasa sayang dgn ukhuwah yg dibina atas dasarNYA, saya luahkannya walaupun agk emosi, kita manusia lemah adakalanya tak mampu juga. Alhamdulillah, atas izinNYA, segala silap faham & rasa sakit hati terubat. Walau kdg kala teringatkannya, kena redha & pasrah. Tanamkan dlm diri, 'aku juga lakukan kesilapan malah lagi teruk dari itu'..

Usia kita semakin bertambah, perilaku juga perlu berubah menjadi lebih baik. Kadang, rasa malu & sedih jika dikenang kesilapan lepas. Tapi apakan daya, sudah berlaku, jadikan sebagai pengajaran. Ingin berubah jd lebih baik, ingin berubah dan terus berubah.

Berazam utk tidak lagi mempost kata2 yg boleh buat org yg membacanya tersinggung walau tiada niat ditujukan post itu kepadanya. Kerna, aku juga manusia, dia juga manusia, kamu juga manusia, kita manusia biasa. Hati mudah terusik, bukannya ada masalah hati jika tidak melakukannya. (apa punya ayat dah?)

kepada insan2 yg wujud pada masa silam ku mahupun kini, aku maafkan dgn apa saja kesilapan kamu yg disengaja mahupun tidak. Maafkan aku juga, ya? (>___<)

So, kosong kosong, ya?

Salam Maal Hijrah 1434H (^___^)

Anda sedang membaca artikel KEMAAFAN dan link url bagi artikel ini adalah http://suterakasihyann.blogspot.com/2012/11/kemaafan.html
Semoga artikel KEMAAFAN ini dapat memberi manfaat untuk semua.

0 COMMENTS: