Friday, September 07, 2012

THE TELEKUNG PROJECT

Salam sayang my readers,

Sepanjang bulan Ramadhan lepas, saya selalu memerhatikan dari jauh sebuah page di facebook. Saya amat mengagumi dan menghargai usaha murni mereka sekeluarga. Agak jarang-jarang orang-orang kita nak lakukan seperti mana yang mereka lakukan. Mungkin tidak pernah terfikir dek akal nak melakukan aktiviti kebajikan tersebut.

Kadang-kadang bila kita tumpang solat di surau-surau di shopping kompleks, bila kita hidu bau telekung busuk dan kotor, ada yang tunjukkan rasa marah malah mengherdik orang yang jaga surau tu kononnya tak bersihkan telekung, hanya disebabkan anda masuk surau berbayar? anda silap besar.

Nak tahu aktiviti kebajikan murni yang mereka lakukan? Lets check it out ----->


THE TELEKUNG PROJECT

About
The Telekung Project is a mini project to help 'waqaf telekung' preserve it cleanliness. Please support us to make our prayer more 'kusyuk'!

Description
ALHAMDULILAH, daripada project keluarga kini THE TELEKUNG PROJECT telah menjadi suatu komuniti FB yang telah bergabung secara ukhwah 'maya' dan 'realiti'. Ia bukan lagi project anak - beranak, tetapi ia kini adalah project usaha sama sahabat - sahabat Telekung Project. Sahabat - sahabat FB daripada pelbagai sudut telah menyumbang dalam pelbagai bentuk; daripada yang asas seperti telekung hingga ke idea - idea yang menjana kesedaran. Apapun asasnya, wakaf adalah tanggungjawab kita semua dan semoga usaha ini akan berterusan..... AMIN

kepada sesiapa yg nk memberi/bersedekah/wakaf/?idea atau pun apa jua istilahnya berkaitan the telekung project ini sila hubungi :

AZILA AZIZ
no.2, jalan intan 2/10,
taman puchong intan
47100 puchong
selangor
- tiada had utk dermakan telekung terpakai atau pun yg baru...
atau kalau nak berikan sumbangan boleh ke akaun admin

162218036971
maybank, norazila abdul aziz.

From time to time sila ikuti update di fanpage yer http://www.facebook.com/?TheTelekungProject

Contact Info
Email azila79aziz@gmail.com
Website http://littlebookhut.blogspot.com/

Selain daripada aktiviti berkaitan telekung, pada bulan Ramadhan lepas mereka telah mengajak orang ramai membeli sambil menderma. 'Buy & Donate' untuk ibu tunggal. Kita beli baju raya untuk para ibu tunggal, kemudian mereka akan bantu salurkan bantuan tersebut kepada ibu tunggal yang memerlukan. Sweet kan? Kita berkongsi harta dan rezeki Allah Taala :)

Baru-baru ini, mereka telah melawat anak-anak di Pulau Mabul, Semporna Sabah dan menyampaikan sumbangan derma. Ya Allah, sgt kagum dengan semangat mereka sekeluarga. Mereka datang dari jauh semata-mata ingin mendekati dan berkongsi rasa dengan penduduk di sana. Banyak perancangan yang bermain di fikiran mereka, berdasarkan apa yang saya lihat dan baca update-update mereka di facebook :) Bestnya andai dapat ikut serta program mereka sebab memang teringin sangat nak join aktiviti2 kebajikan.

Hai CEO Hana...anak-anak kecil yang punya hati suci :)

Apa-apa pun, walaupun kita tidak saling mengenali, saya doakan semoga niat murni dan usaha baik The Telekung Project sentiasa dipermudahkan dan mendapat sambutan baik dari kalangan masyarakat yang lain. Semoga usaha murni tersebut menjadi contoh teladan kepada mereka di luar sana agar tidak hidup senang lenang tanpa memikirkan nasib orang lain yang kurang berkemampuan. Bak kata David Teo, kongsi rezeki Tuhan. So, jangan lupa LIKE dan support The Telekung Project, at least share dan sebarkan usaha murni mereka kepada dunia :)

Anda sedang membaca artikel THE TELEKUNG PROJECT dan link url bagi artikel ini adalah http://suterakasihyann.blogspot.com/2012/09/the-telekung-project.html
Semoga artikel THE TELEKUNG PROJECT ini dapat memberi manfaat untuk semua.

10 COMMENTS:

nuyui a.k.a miss YUI said...

rasanya ada masuk dlm siaran tv xlama dlu..

Anum said...

bagus nie

♫::: m[e]n!t! s[e]nja :::♫ said...

Moga berjaya dan dipermudahkan...

Muhammad Saiazuan Norhalik said...

bagus business macam ni..goodluck ya :)

puteri kasih said...

memang elok kan ada projek amal sebegini :)

Gen2Merah said...

wahhh, memang menarik..

Kancil 8349 said...

bestnya...mesti seronok

Ash Give said...

puchong intan.. dekat jak sini dgn tempat tinggal aku..

jauh diorng datang sampai p semporna kan..

zila manaf said...

bagusnya depa...teringin nak join komuniti mcm ni...:)

wahida said...

murninya usaha mereka ni...

semoga semuanya dipermudahkan...amin...