Tuesday, September 18, 2012

RM1 FOR ACCORD : THE CLUB HOUSE PROJECT

 sumber gambar: The Telekung Project

Salam my readers,
Apa tu RM1 Accord, The Club House Project? Menurut admin fanpage Telekung Project, Accord bermaksud "To cause to conform or agree; bring into harmony" or To be in agreement, unity, or harmony. See Synonyms at agree". Jadi, kalau saya dan kamu bersetuju atau ACCORD dengan perancangan The Club House, kita boleh memberi sumbangan hanya RM 1 untuk menyatakan sokongan dan tanda setuju untuk memulakan sesuatu yang baik. Di dalamnya adalah fasiliti 'COIN OPERATED LAUNDRY' untuk mencuci telekung wakaf. Faham dah? :)

 sumber gambar: The Telekung Project

Awak boleh rujuk gambar di atas untuk maklumat terperinci berkaitan kempen RM 1 For Accord atau like Fanpage Facebook Telekung Project (TP) untuk penjelasan lanjut. Kagum dengan idea pihak Telekung Project. Mereka bukan setakat berkongsi idea yang baik dan mengajak melakukan aktiviti kebajikan, malah memberi peluang kepada semua orang untuk memberi sumbangan dengan hanya RM 1. Padahal, mereka boleh minta sumbangan atau tajaan dari individu berharta atau syarikat besar untuk aktiviti kebajikan mereka. Tapi, pihak TP sentiasa berpegang teguh dengan prinsip TP iaitu UKHWAH KEIKHLASAN. TP mahu memberi peluang kepada orang ramai untuk berkongsi amal dengan bersama-sama berusaha disamping membuktikan kekuatan ukhwah Islam :)

Ingat, bukan tunggu nak kaya berharta saja tau boleh menderma, buang pemikiran macam tu. Sedangkan peminta sedekah yang tidak berkemampuan tu pun mampu nak berkongsi rezeki dengan insan lain walaupun sekeping roti. Inikan pula mereka yang berkemampuan. Jom sebarkan kepada sahabat yang lain :)

Ikuti perkembangan lanjut aktiviti kebajikan bersama The Telekung Project di
|
|
v

Ads Text:

TAG: THE TELEKUNG PROJECT, AKTIVITI KEBAJIKAN, SUMBANGAN DERMA, THE CLUB HOUSE PROJECT, TELEKUNG WAKAF, CHARITY, RM1 FOR AFFORD

Anda sedang membaca artikel RM1 FOR ACCORD : THE CLUB HOUSE PROJECT dan link url bagi artikel ini adalah http://suterakasihyann.blogspot.com/2012/09/rm1-for-accord-club-house-project.html
Semoga artikel RM1 FOR ACCORD : THE CLUB HOUSE PROJECT ini dapat memberi manfaat untuk semua.