Monday, September 10, 2012

PUNCA UTAMA HUBUNGAN RETAK, HAMBAR DAN PUDAR

Salam & hello my readers,

Hari ni kita akan chit chat santai berkaitan komunikasi. Kebanyakkan orang termasuk diri kita ni, kadang-kadang tak sedar betapa pentingnya komunikasi. Yeaaa, sekarang ni pun kita tengah berkomunikasi tapi tak pasti sama ada berkesan atau tidak. Begitu juga komunikasi antara kita dengan orang-orang tersayang termasuk yang berada di sekeliling kita. Hari ni kamu dah hubungi orang yang tersayang tak? Dah 'topup' kasih sayang anda dengan insan tersayang?

Siapa ada tengok cerekarama TV3 sabtu lepas? Ala, yang Sofea Jane, Sheila Rusli dan Amyza Adnan berlakon tu, drama Jane Jamilah. Aku suka mesej cerita tu. Tolak ke tepi la soal Jane tangani masalah skandal suaminya, memang profesional lah cara dia tapi tak semua mampu buat macam tu. Yang kita nak tekankan di sini soal komunikasi. Jane sedar yang lack of communication antara dia dan suaminya lah punca hubungan mereka jadi hambar dan suram. Jane seorang penulis, dia dapat hasilkan artikel yang bagus berdasarkan pengalamannya. Kalau kita tak alami sesuatu hal tu, memang susah nak menulis sebab kurang feel. Sebab tu la, kalau nak jadi reporter, kena berada di tempat kejadian, bukannya main copy paste, Lol.

Lack of Communication = Kurang berkomunikasi.
Tak kira apa jenis hubungan, hubungan manusia dengan Penciptanya hubungan suami isteri, hubungan anak dan ibu bapa, hubungan persahabatan, hubungan antara tunang, hubungan kekasih, hubungan pelajar dan guru, hubungan antara masyarakat, hubungan pemimpin dan rakyat dan sebagainya. Kesemua hubungan tersebut kalau kurang komunikasinya, Insya'Allah hubungan tu pasti jadi hambar dan timbul macam-macam masalah. Contohnya akan timbul masalah perasaan or ' makdal' (makan dalam), rasa tidak tenang  dan kosong (khusus hubungan manusia dengan Tuhan), rasa diri terasing, timbul syak wasangka, boleh menyebabkan rasa kasih sayang berkurang, pendek kata macam dalam lirik lagu Pudar, Rossa tu.

Tak percaya? Kamu cuba try test lah tak contact pakwe/makwe/suami/isteri/kawan kamu. Kamu tengok apa akan jadi lepas tu. Jangan cakap aku yang suruh pulak haha. Maksud komunikasi ni luas sebenarnya. Tak semestinya kena bercakap bersemuka 24 jam. Tidak. Bukan macam tu bah. Kita manusia ni sememangnya masing-masing ada kelemahan, kita punya masa hanya 24 jam. Dalam masa 24 jam tu pula kena bahagi-bahagi dengan pelbagai perkara. Mana nak fikir kerja, belajar, ruang untuk diri sendiri, ruang untuk pasangan, ruang untuk keluarga, ruang untuk kawan dan macam-macam lagilah. Sampai kita selalu cakap tak cukup masa, kan? Padahal masa tu cukup sebenarnya, cuma kita yang tak pandai handle.

Tambahan pula zaman moden sekarang ni, macam-macam cara untuk kita berkomunikasi. Kalau berjauhan dengan mak ayah atau pasangan, kita boleh contact dengan SMS atau buat panggilan telefon. Kalau rindu nak tengok muka mak ayah atau pasangan atau kawan, kita boleh buat panggilan video 3G, webcam via Skype atau YM. Ada lagi bah, sekarang kan ada Facebook, Twitter, Instagram, Blog, WhatsApp, Viber, WeChat, Line, Tango, dan banyak lagi ehhh. At least, kalau langsung tiada masa nak guna semua kemudahan tu, setiap hari cuba untuk hantar SMS kepada insan tersayang. Tanya khabar ka atau tanya 'Dah makan?' 'Selamat Pagi Awak' 'Awak sihat tak hari ni?' 'Saya rindu awak, sayang awak!' 'Hai geng, pa cer sekarang?' 'Mak, masak apa arini?'. Kalau terlampau busy juga, just sent SMS comel-comel. Percayalah, walau SMS sependek camtu, mampu buat si penerima tersenyum, senang hati dan mereka akan rasa diri mereka sentiasa diingati dan dihargai.

Amboi yang perempuan tu, jangan ingat nak lelaki saja layan kita camtu. Kita yang perempuan pun kena buat macam tu juga. Komunikasi takkan berkesan kalau sorang saja bagi komitmen. Kena dua-dua bagi komitmen yang sama. Bak kata orang, tepuk tangan sebelah saja takkan berbunyi. Boleh pakai tak peribahasa tu? Kesimpulannya, jangan mengharap pasangan atau orang lain saja nak contact kita, diri sendiri pun kena ada inisiatif lah nak warnai sesebuah hubungan tu. Tak gitu? Paling penting, sentiasa berkomunikasi dengan Tuhan pencipta kita. Jadi, cubalah untuk sentiasa berkomunikasi dalam apa juga situasi. Lagi-lagi kalau ada masalah, jangan pendam-pendam, cuba luahkan dengan cara berkomunikasi. So lepas ni, jangan cakap anda tiada masa nak berkomunikasi, sesungguhnya alasan itu nampak sangat anda 'tidak comel'. Selamat berkomunikasi dan rajin-rajinlah 'topup' kasih sayang anda dengan insan tersayang yaaa !! (^__^)

sumber gambar-gambar: Carian Google

TAG: KURANG KOMUNIKASI SUAMI ISTERI, HUBUNGAN JARAK JAUH, LONG DISTANCE LOVE, TIPS KOMUNIKASI BERKESAN, PUNCA HUBUNGAN HAMBAR, CARA BERKOMUNIKASI, PUNCA HUBUNGAN RETAK, HUBUNGAN PERSAHABATAN

Anda sedang membaca artikel PUNCA UTAMA HUBUNGAN RETAK, HAMBAR DAN PUDAR dan link url bagi artikel ini adalah http://suterakasihyann.blogspot.com/2012/09/punca-utama-hubungan-retak-hambar-dan.html
Semoga artikel PUNCA UTAMA HUBUNGAN RETAK, HAMBAR DAN PUDAR ini dapat memberi manfaat untuk semua.

7 COMMENTS:

Anum said...

suka entry nie

Dkna Abza said...

berkomunikasi dalam penulisan pon kadang2 buat orang salah fahammm contoh kita create entry untuk sampaikan maksud yang baik tapi orang yang baca faham sebaliknya...memang banyak cara untuk kita berkomunisi tapi jangan sampai bergaduh bertekak lak :p

IntaNBerliaN said...

komunikasi sgt2 penting dlm sesuatu perhubungan..

♫::: m[e]n!t! s[e]nja :::♫ said...

nice tips

puteri kasih said...

komunikasi sangat penting terutamanya dalam hubungan jarak jauh yang jarang dapat jumpa..sib baik sekarang ada macam macam teknologi canggih untuk berhubung :)

Maria Menado~ said...

kadang2 media sosial ni boleh jadi punca keretakan hibungan jarak jauh jugak. kalau dah nama tak ada jodoh.. buat lah macam mana pun, tak ada juga. tapi kalau dah jodoh.. yang jauh di mata pun dekat di hati. *wink*

nik ros said...

nice entry.komunikasi mmg penting.lagi2 mcm akak dan hubby yg duk jauh ni.sebab tu tiap hari kami akan spend masa untuk bercerita walaupun sekejab.