Sunday, September 16, 2012

MIMPI MAINAN TIDUR ATAU SATU PETANDA?

Salam my readers,
Mimpi. Mimpi buruk. Mimpi indah. Sweetdream. Mimpi hantu. Semua orang pernah bermimpi masa tidur, kan? Tergerak hati nak kongsi mimpi yang bagi aku agak ngeri. Kebetulan tadi baca post member di FB pasal mimpi. Yeahh, orang kata mimpi tu mainan tidur, mainan syaitonnirajim. Tapi, kadang-kadang mimpi tu satu petanda. Who knows? Wallahualam.

Rasanya lagi best kongsi mimpi aku dalam blog & kongsi dengan kamu bah. Nak kongsi dengan manusia ni kadang-kadang, bukan orang nak layan pun cerita mimpi mengarut kau tu. Paling-paling pun kau akan dapat respon, "ala mimpi kan mainan tidur". Ehemm, cubala bagi respon yang boleh menyenangkan hati sikit. Lagi comel, langsung orang tak bagi respon pun dengan aduan kau. So pity. No wonder la memang tiada tandingan, lagi best kau membebel sendiri dalam blog.

Pemandangan Pantai Tanjung Aru, Kota Kinabalu, Sabah.

Mimpi ni baru jak mimpi semalam. Tapi yang peliknya, macam sambungan. Sebelum ni mimpi berada di tepi pantai tapi tak tau pantai area mana. Tiba-tiba air pantai tu seolah-olah macam disedut ke tengah laut. Air jadi surut, kau boleh berjalan kaki sampai ke tengah laut. Imagine tak? Tiba-tiba air yang disedut tu keluar semula secara perlahan-lahan. Tapi, tiba-tiba aku dah berubah tempat di kawasan perkampungan tak jauh dari pantai tadi tu. Semua orang berlari-lari tak tentu arah, aku pun ikut sekali tapi tak tau lari ke mana. Tup tap, dah terbangun.

Mimpi semalam pulak, aku di atas katil tengah tidur. Ada member lain jugak tapi tak kenal pun siapa. Cermin bilik tidur menghadap pantai, tiba-tiba terbangun terus tengok cermin. Masa tu ombak di pantai tinggi dan menuju ke arah bilik. Air pantai tu melimpah sampai ke darat macam situasi Tsunami tu. Tapi pelik, kami masih baring atas katil tak berganjak pun. Aku terus telefon mak di kampung, suruh mak dengan orang di rumah lari cepat naik bukit. Lepas tu, tiba-tiba jak dah atas bukit. Canggih pulak bukit tu cantik siap ada rumah rehat, yang tak boleh blah nya tu siap ada restoran. Agak mengarut di situ.

Sebenarnya, takut jugak dengan mimpi tu. Dah lah rumah ni dekat pantai. Semalam kan angin kencang, hujan lebat area sini. Teringat masa tengah heboh trauma Tsunami di Acheh sekitar tahun 2004 kalau tak silap. Pengalaman Tsunami. Pernah kan kecoh kononnya amaran Tsunami di Sabah. Masa tu orang di KK bertempiaran tak tentu arah, ada yang masuk masjid, situasi tu ditunjuk dalam berita. Dengar-dengar, orang di kampung pun siap naik bukit dah. Kami di rumah dah panik sangat. Mak dah ready bawa dokumen penting. Solat hajat pastu baca yaasin. Bapak dengan orang kampung pergi tepi pantai tengok keadaan pantai. Cuak gila la, masa tu kan dunia masih bersedih dan simpati dengan nasib warga Aceh yang dilanda Tsunami, Malaysia pun terkena tempias sikit.
Dua minggu lepas member ofis tempat training dulu, ajak picnic di Pantai Tanjung Aru. Thanks girls. At least, dapat jugak release tension boring di rumah. Mandi pantai menghitamkan kulit yang sedia dah hitam ni haha. Apa-apa pun, harap mimpi tu tiada bawa maksud apa-apa. Mimpi mainan tidur, kan? Kalau ada makna pun, hope makna yang membawa kepada kebaikan, InsyaAllah. Amin.

Nota Kaki: Mungkin mimpi-mimpi tu satu peringatan untuk aku yang banyak buat dosa ni :'(

Ads Text:

TAG: MIMPI, MAKSUD MIMPI, PETANDA MIMPI, MIMPI INDAH, MIMPI BURUK, BENCANA ALAM, TSUNAMI, PENGALAMAN TSUNAMI, TSUNAMI ACHEH 2004, PANTAI TANJUNG ARU SABAH, GAMBAR PANTAI, TEMPAT MENARIK DI SABAH

Anda sedang membaca artikel MIMPI MAINAN TIDUR ATAU SATU PETANDA? dan link url bagi artikel ini adalah http://suterakasihyann.blogspot.com/2012/09/mimpi-mainan-tidur-atau-satu-petanda.html
Semoga artikel MIMPI MAINAN TIDUR ATAU SATU PETANDA? ini dapat memberi manfaat untuk semua.

22 COMMENTS:

Salwa said...

Apa-apa pun ambil iktibar dengan mimpi-mimpi itu. Mungkin sebagai pengajaran untuk diri kita. :)

[sutera kasih] said...

@Salwa:
aaahh..betul tu..peringatan utk diri :)

sue perbs.. said...

sy pun slalu mimpi yg pelik2.. kadang2 konfius realiti ke mimpi..

KY said...

kalau mimpi cam gitu, KY pun biasa gak, auto, je tukar tempatkan hihiih

tapi hati2 kalau mimpi buang air, silap2 habis basah tilam hahaaaa

Ezad Skytech said...

tu la..kdg2 mimpi ni ada jgk yg mengarut2 je mcm tak masuk akal...tapi selalunya kalau terjaga dari mimpi ezad tak ingat mimpi apa...huhu~

nuyui a.k.a miss YUI said...

yui jrg mimpi tapi kalau mimpi pasti yg pelik2.

Noor said...

sy mimpi,sy follow blog awk..hehe..dtg mmbalas kunjungan..

Lynn said...

Salam Suter Kasih..

Tq sudi datang jenguk blog saya..sory saya lambat singgah..ade program di luar..Saya singgah dari segmen Mak Dara..tq being my follower..very appreciate it..

Zura said...

kite sndiri dpt bezakan mimpi itu mainan tido atau satu petanda...akak baru2 nie pun dpt petanda dlm mimpi sehinggalah terjadinya benda tue br akak tersedar yg akak mimpi tue adalah petanda akan terjadinya satu peristiwa.. :)

wahida said...

pernah mimpi buruk sgt...tapi tak tergamak nak citer kt sini...mungkin sebagai pengajaran dari Allah...

[sutera kasih] said...

@sue perbs..:
betul2, kdg2 pon sy camtu jgk huhu

[sutera kasih] said...

@KY:
aahh kan, tiba2 ja tukar tmpt hehe tp awas kalau mimpi buang air besar, org kata tu petunjuk ada org nk kenakan kta dgn ilmu hitam huhu

[sutera kasih] said...

@Ezad Skytech:
ada mimpi yg kta xboleh nk ingt..betul tu ezad huhu

[sutera kasih] said...

@nuyui a.k.a miss YUI:
jrg mmpi tu la yg bgs, blh tdo nyenyak huhu

[sutera kasih] said...

@Noor: alahai comelnya mimpi awk hehe thanks yaa :)

[sutera kasih] said...

@Lynn: sama2 sis, thanks jgk sbb sudi spent time singgah blog sy :)

[sutera kasih] said...

@Zura: aaahh sis..kdg2 ada jgk yg belaku, kdg2 mcm dejavu plak huhu

[sutera kasih] said...

@wahida: sy pun penah mimpi lg dahsyat dr ni, tp x tegamak jgk nk kongsi kt cni..hoho

ADZA IRDAWATI aka MAK DARA said...

selalu jugak bila habis buat skrip drama seram bila tido terus mimpi dikejar hantu hehehehe

Zie Madini said...

yan...mak mek ajar. mun kta bermimpi mimpi buruk. bila kta terjaga nak...ucap kta a'uzubillahhiminasyaitannirrajim. pasya ludah 3x ke bahu kiri. x perlu ludah mena-mena, just ludah k syarat jak.

insya'allah x jd apa-apa mimpi buruk ta ya :D

izzati_bloging said...

semalam baru dok lepak tg aru!!! mmg best nok~~~ macm mne kalo kita mimpi ttg seseorg tuh... pstu bila kita bgun kita dpt call dr orf tuh???huhuhu mcm menakutkan aje.. tp mimpi kan mainan tdoq...hmm :)

amy1906 said...

orang kata, mimpu tentang air mesti berkaitan rezeki,hehe....but orang gak owez ckp mimpi itu mainan tidur,tapi wallhu'alam..... :)