Thursday, June 21, 2012

REKA SENDIRI SARUNG TELEFON - DO IT YOURSELF FOR YOUR IPHONE, IPAD, SAMSUNG & BLACKBERRY CASES !!

(Gambar) Riz Ainuddin, Pengarah Besar Kumpulan Digital PopMyCase (kiri) dan Ediyuzri, Pengurus Besar Kumpulan PopMyCase. (sumber gambar: Kosmo Online)

Salam & hello my readers,
Baru lepas baca Kosmo Online, terjumpa artikel menarik, 'Sarung Telefon Rekaan Peribadi'. Kamu boleh reka sendiri gambar sarung telefon bimbit mengikut cita rasa masing-masing. Best kan? Agak tak comel bila bertembung dengan orang lain yang sarung telefonnya sama dengan design sarung telefon yang kamu ada. Kan? Syarikat PopMyCase menawarkan perkhidmatan aplikasi yang membolehkan pengguna memuat turun gambar pilihan sendiri, menambah corak dan ayat-ayat tertentu di rekaan sarung telefon.
“Buat masa ini, telefon bimbit dan tablet yang boleh diubah suai rekaan sarungnya terdiri daripada semua model iPhone seperti iPhone 4S, iPhone 4, iPhone 3GS, iPhone dan iPad 2 manakala bagi model Blackberry pula ialah Blackberry Bold 9780, Blackberry Bold 9700, Blackberry Curve 3900 dan Blackberry Curve 8520. Sarung untuk Samsung S2, S3 dan Samsung Note turut ditawarkan tetapi, ia untuk pratempahan sahaja,” (Ediyuzri, Kosmo Online)


"Penghasilan sarung telefon PopMyCase menggunakan teknologi percetakan tiga dimensi (3D) resolusi tinggi dengan kaedah terkini pemindahan haba yang dipanggil ink-embedded process. Tekanan dan haba daripada proses penghasilan sarung telefon itu menyebabkan dakwat berwarna meresap terus ke dalam permukaan sarung telefon. Ini menghasilkan rekaan dengan imej yang sangat jelas dan tidak mudah luntur atau puda" (Riz Ainuddin, Kosmo Online)

Cara reka sendiri sarung telefon (Do it yourself Handphone Casing)

Pilih jenis telefon dan tablet sama ada iPhone, Blackberry, Samsung (Pratempah) atau iPad. Kemudian muat turun (upload) gambar yang kamu mahu direka dan dicetak di sarung telefon. Kemudian isi maklumat dan hantar. Mudah kan? Untuk maklumat lanjut, boleh tengok di laman web PopMyCase, Facebook PopMyCase, Youtube PopMyCase dan Twitter PopMyCase.

Sarung tu senang saja nak tanggal dan yang pastinya berkualiti tinggi. Rekaan dicetak pada sarung telefon yang bersifat ringan, tahan lama, dan fleksibel, dikenali sebagai Lexan bukannya plastik biasa yaaa. Ianya daripada bahan resin polikarbonat yang pernah digunakan oleh Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) dan yang terbaharu pada pembuatan jentera Formula Satu.

So, kalau ada rezeki lebih, nak tempah satu, nak letak gambar sendiri sebesar besar alam hahaha gurau !!

kredit info: Kosmo Online

Tag: CASING TELEFON, JUAL CASING TELEFON BIMBIT, IPHONE CASING, BLACKBERRY CASING, SAMSUNG CASING, REKA SENDIRI CASING TELEFON, POPMYCASE, CARA BELI CASING TELEFON ONLINE, DO IT YOURSELF, KOSMO ONLINE, SMARTPHONE CASING

Anda sedang membaca artikel REKA SENDIRI SARUNG TELEFON - DO IT YOURSELF FOR YOUR IPHONE, IPAD, SAMSUNG & BLACKBERRY CASES !! dan link url bagi artikel ini adalah http://suterakasihyann.blogspot.com/2012/06/reka-sendiri-sarung-telefon-do-it.html
Semoga artikel REKA SENDIRI SARUNG TELEFON - DO IT YOURSELF FOR YOUR IPHONE, IPAD, SAMSUNG & BLACKBERRY CASES !! ini dapat memberi manfaat untuk semua.

29 COMMENTS:

nuyui a.k.a miss YUI said...

besh tp takde hp cggh..hihi.

Anum said...

wah seronoknya

Fadzmie Mohamad said...

Macam mau order terus pula tau. Haha. Custom made ni. Nice!

Eera Shera said...

bestnye..boleh tempah ikut selera kita lah kan

FiZ said...

mcm best kan...tunggula pakai ipong nnti..leh la beli..hehe..

puteri kasih said...

wah uniknyer..mesti ramai yang berminat nanti kan

Bui Junaidi said...

BEST TOK,MUN KMK MESTI KMK ENGKAH GMBR DIKPUN..HEHEHE

TF said...

kreatif..sy minat jugak casing fon nie..kalau beli tak tau nak pilih mana satu..hehe,kalau buat sendiri bestla..

p/s:sutera kasih..sy ada tag awk join GA..kalau free join ek..TQ

faridah nazurah said...

bestnya.. tp mesti mahal..

Asyiqin Haulisah said...

hamboi dah makin kreatif org sekarang ni.

iPai said...

pergh ... syaza dah pakai hp mahal ke ? kita pakai nokia murah je ..

hee, apa kabar cik syaza .. saya di sini sehat sahaja ...

zaxx said...

leh la nk wat gmabr sendiri..konon2 nk glemer la,heheheh ( sedang berangan sambil gelak2 sorang2)

Iza Teratak Usang said...

Assalam..
Masa mula2 guna smartphone dulu, ada jugak beli casing tapi bila dah lama2, rasa lebih selesa tanpa casing..

ABU said...

bagus di try ni.. letak gambar muka aku.. kompom ndak da samanya hahhaa

eva said...

ada juak oww!! bestt!!! lamak juak xpake bercasing tok.. xda nok best.. byk sama lak.. haha. ingin juak eyh.. tp rega mesti leh tahan ow..

Opieneon said...

smart nya
tp henset kita murah2 je huhu

Hanie Dew said...

ok.model HP aku takde dlm senarai..huuhu..

dwaty said...

samsung S takde ker??? huhuhuhu

Jue said...

giler best kalau dpt buat! tp tu la..aku nye fon besa jer #memendam rasa dulu haha

.izzati liyana. said...

amboi. gambar sendiri? haha. glamour gitu. nanti orang tengok kang tanya artis mana tu. hehe.

zatyzikrans said...

saya nk request buat phone case untk HTC sense xe or 4g..susah nk dpt casing untk ph ni..boleh x?

[sutera kasih] said...

@zatyzikrans:
maaf, sy hanya berkongsi info & artikel, awk blh contact team tersebut utk membuat tempahan :)

cik comot said...

fon samsung chat terima tempahan tak?

[sutera kasih] said...

@cik comot:
maaf awk, sy tlg promote saja, apakata awk try view lamanweb yg tertera :)

iSkino said...

cool..

harap dapat kunjungi juga lama web kami yang menawarkan iphone, samsung, blackberry cases dan skins kat http://www.iskino.com.my

Ieyra Ghani said...

http://leprecious-nineplus-two.blogspot.com/2013/04/jom-order-casing-smartphone-comel.html

jemput tgk casing sini ^^

Naughty couple said...

Salam. Tumpang tanya, untuk sony experia SL takde ke? Tq.. :')

rayo mackey said...

Htc xde ka

Anonymous said...

Lenovo xde ke?