Tuesday, June 19, 2012

PENGANTIN 1 MALAYSIA 2012 - KEUNIKAN KAHWIN CAMPUR

Salam dan hello my readers,
Pengantin 1Malaysia. Unik. Sekarang ni banyak dikaitkan dengan 1Malaysia. Tahu tak berapa nilai 1 Malaysia? Semuanya ada 8 Nilai 1 Malaysia iaitu Budaya, Berprestasi Tinggi, Budaya Ketepatan, Budaya Ilmu, Integriti, Ketabahan, Kesetiaan, Kebijaksanaan dan Budaya Inovasi. So, entri ni ada kaitan dengan nilai Budaya hehe. Tahniah buat semua pasangan pengantin yang berkahwin dengan pelbagai suku kaum. Semua gambar dan berita di bawah diculik dari blog bapak aku dan album di facebook kawan. Asi la tu kan?


PENGANTIN 1Malaysia...Cik Norafezah Sairin, Nur Aisyah Liew Abdullah, Anisah Ahmad, Mohd.Nazmi Sairin, Mohd.Nizal Sairin, Mohd Nizam Sairin, Noraziarah Sairin sempena majlis Malam Berinai di Kampung Bundusan,Papar.

PAPAR: Pasangan Encik Sairin Tamin dan Puan Radiah Haji Darus dari Kampung Bundusan telah melakar sejarah apabila menikahkan keempat-empat anak mereka dengan pasangan dari suku kaum Murut, Cina dan Melayu Brunei pada satu masa (10/6/2012) sehingga mendapat jolokan Pengantin 1Malaysia. Sejarah itu bukan sahaja bagi kampung Bundusan malah sejarah pertama bagi Daerah Papar. Anak pasangan Sairin dan Radiah ialah Mohd.Nazmi Sairin dengan pasangannya Cik Nur Aisyah Liew Abdullah(Cina), Mohd Nizal Sairin dengan pasangannya Cik Anisah Ahmad (Melayu Brunei), Mohd Nizam Sairin dengan pasangannya Cik Norafezah Abd.Rahman (Bajau) sementara Cik Noraziarah Sairin dengan pasangannya Jasly Lontoh (Murut). Hadir sama meraikan pasangan-pasangan pengantin itu Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin merangkap Ahli Parlimen Papar dan Ketua Puteri UMNO Malaysia, Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Haji Ghulam Haidarhaidar@Yusof bin Khan Bahadar merangkap ADUN Kawang; Pemimpin Unit Kemajuan rakyat Dun Kawang, Encik Juil Nuatindan Ahli-Ahli Jawatankuasa Bahagian UMNO Parlimen papar. (sumber: Bapak ku)

Tahniah kepada semua pengantin..semoga kekal bahagia dan dimurahkan rezeki sentiasa. Amin :)

Keunikan kahwin campur? (fokus bangsa/suku kaum)
  • Dapat mengembangkan keluarga maksudnya contohnya si A duduk di Sabah, Si B pula orang Sarawak, maka tali persaudaraan tu berkembang luas dan tidak berada di dalam zone yang sama.
  • Dapat menyatukan kepelbagaian adat dan budaya. Belajar adat dan budaya yang baru.
  • Memupuk perpaduan antara satu sama lain dan mengurangkan rasa sifat perkauman.
  • Anak-anak hasil kahwin campur didedahkan dengan kepelbagaian latar belakang keluarga yang berlainan bangsa dan meningkatkan semangat kemasyarakatan. Bukannya berasa bangga kalau kau anak mix. Okey?
  • Kalau tak silap, kalau kahwin orang jauh, otak anak nanti cerdas dan pintar. Kan lebih digalakkan berkahwin dengan bukan saudara dekat untuk kebaikan kesihatan dan kecerdasan bakal anak kelak.

Kesimpulannya, berdoa supaya diberi jodoh yang baik hehe.

Tag: PENGANTIN 1MALAYSIA, MAJLIS PERKAHWINAN SABAH, TRADISI KAHWIN SABAH, PERKAHWINAN SUKU KAUM BAJAU, KISAH WAKIL RAKYAT DAN RAKYAT, TEMA UNGU PERKAHWINAN, BUDAYA SABAH, KAHWIN CAMPUR, KEUNIKAN KAHWIN CAMPUR, KELEBIHAN KAHWIN CAMPUR

Anda sedang membaca artikel PENGANTIN 1 MALAYSIA 2012 - KEUNIKAN KAHWIN CAMPUR dan link url bagi artikel ini adalah http://suterakasihyann.blogspot.com/2012/06/pengantin-1-malaysia-2012-keunikan.html
Semoga artikel PENGANTIN 1 MALAYSIA 2012 - KEUNIKAN KAHWIN CAMPUR ini dapat memberi manfaat untuk semua.

21 COMMENTS:

Kancil 8349 said...

menarik dan cukup bermakna...ndak pernah lagi jumpa perkahwinan macam nie...secara live lagi tu

[sutera kasih] said...

@Kancil 8349:
live d kmpg sy hehe

faridah nazurah said...

hee akak ada abang atau adik lelaki tak? kalau ada mehh la kenalkan kat kite.. kite pun bukan pure Melayu..

Melayu+Banjar+Cina Muslim+Bugis

heee actually belah abah ni Banjar+melayu+cina muslim..

then belah mama lak, Melayu+Bugis..

tu yang muke pelik macam alien ni haa.. :P

dwaty said...

baru perasan... pengantin lelaki sebelah kiri... pompuan kanan... ingatkan duduk berpasang2an tadi...

sweetnya...

nuyui a.k.a miss YUI said...

mmg pelbagai ni..meriah!

chemay said...

teringin pulak nak kahwin bila tengok gmbar orang kahwin ni.
hihihih

Hafizin Jamil said...

jimat kos kenduri macam ni..haha

cikwahidaidris said...

ramainye pengantin !! eheh

Bobo said...

memang uni perkahwinan campur ni..nnt anak2 muka mcm pan asia hehe

Cik Jannah said...

ingatkan sorang pengantin lelaki tu kawen 2 rupanya tidak. sebab tengok kat gambar yg 1st tengok ada 3org je pengantin perempuan. hehe

J.Syazwana said...

fuyohhh boleh masuk malaysia book of record x? huhuhu

xila riston said...

tiba2 teruja! eh malunya titew ;p

ஜ miss klanika ஜ said...

apa lagi yg boley di 1 malaysia kan nie. semuanya mungkin. keh3

mirul said...

berdoa dapat orang jauh-jauh. Opss! Heheheh

anamizu kaito said...

wahhh ! sonoknye kawen reramai ceni!!! wahhhh best3!!! hehe


aah kan.. mudah2an la jodoh dgn org jauh :)





luv,
cik ana

wahida said...

seronok tgk kawen ramai2 mcm ni..meriah betul!!

Bui Junaidi said...

WASEH..MERIAH NYA..KMK LOM PERNAH PERGI GIK MAJLIS ORG NIKAH LEBIH DARI 3 PASANGAN..2 ADALAH...

siti kektus said...

meriahnya kawen ramai camni !

lagi 1, jimat kos. kan ? hehehee :D

iPai said...

hee .. betul laa .. selalu org kata anak mix ni mmg pandai2 .. heee

saya ni melayu tp muka cam cina .. leh wat iklan sapa nak kawin dgn saya ni .. uhuhu

Hanie Dew said...

hehehe...aku plak sabah dan semenanjung bergabung..hahahahhaa..Jue, sarawak dengan labuan.

unik betul kan kawin ramai ramai dan campur campur.pengetahuan berkembang sekali dgn budaya. uniknya malaysia..hihiihi...

Jue said...

aku iban
bakal suami kadayan

wohoo! x sbr tunggu hasilnya hihi