Wednesday, May 09, 2012

PROGRAM MENGUBAH DESTINASI ANAK BANGSA 1 MALAYSIA (MDAB) - PELUANG TERBAIK UNTUK ANAK BANGSA MELANJUTKAN PENGAJIAN

Klik gambar untuk lebih jelas dan info lanjut : Jelajah Destinasi Anak Bangsa

Salam & hello my readers,
Sebagai makluman awal, program tersebut sudah pun dilancarkan hari ini tadi pagi di UiTM Shah Alam. Apa yang dimaksudkan program Jelajah Destinasi Anak Bangsa 1 Malaysia (JDAB1M)? Program Mengubah Destinasi Anak Bangsa (MDAB) itu apa? Apakah pula matlamat MDAB?

MOTO JDAB1M : 3M
  • MENCARI : kumpulan sasar yang kurang berkemampuan di luar bandar, pedalaman dan miskin bandar yang ingin melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi tetapi tidak mempunyai kemampuan.
  • MENGENAL : kenal pasti secara dekat kumpulan sasar seperti pekerjaan, jumlah tanggungan dan sebagainya.
  • MEMBANTU : kumpulan sasar ini akan dibantu untuk memenuhi impian melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi melalui Program Khas MDAB.
SYARAT KEMASUKAN MDAB :
  1. Syarat asas kemasukan ke semua program Pra MDAB adalah pelajar yang mempunyai pendapatan/gaji kasar ibubapa kurang RM2000 sebulan.
  2. Syarat tambahan sihat tubuh badan, tiada penyakit mental atau fizikal dan berupaya mengikuti program yang dirangka dalam kursus ini.
  3. Bumiputera Warganegara Malaysia.
  4. Lepasan SPM tahun : 2011, 2010, 2009, 2008, 2007 & 2006.
SYARAT AM & KHAS PROGRAM :
PD0002 (Pra Diploma Perdagangan)
  • Tempoh Pengajian : 6 bulan/ 1 semester
  • Lulus SPM dengan minima 3 kredit termasuk Bahasa Melayu/Malaysia
  • Lulus Matematik/Matematik Tambahan
  • Lulus Bahasa Inggeris
KEMUDAHAN JDAB1M :
  • Yuran pengajian PERCUMA.
  • Asrama disediakan percuma.
  • Elaun sara diri (bulanan) diberikan kepada pelajar.
info dari : Panglima Perang Cyber via Jelajah Destinasi Anak Bangsa

Tiada lagi alasan untuk kita tidak dapat melanjutkan pengajian. Mahukan pengajian percuma? Tak nak pinjaman PTPTN? Belajarlah rajin-rajin. Peluang telah diberi, segala kemudahan telah disediakan. Kini semuanya terpulang pada diri sendiri sama ada mahu jadi orang berjaya atau tidak. Graduan banyak menganggur? Ada inisiatif yang telah disediakan oleh pihak kerajaan untuk memberi peluang graduan lepasan ijazah mengikuti program pembangunan diri sebelum melangkah ke alam pekerjaan, iaitu SL1M. Terima kasih PM Malaysia @NajibRazak !!

Anda sedang membaca artikel PROGRAM MENGUBAH DESTINASI ANAK BANGSA 1 MALAYSIA (MDAB) - PELUANG TERBAIK UNTUK ANAK BANGSA MELANJUTKAN PENGAJIAN dan link url bagi artikel ini adalah http://suterakasihyann.blogspot.com/2012/05/program-mengubah-destinasi-anak-bangsa.html
Semoga artikel PROGRAM MENGUBAH DESTINASI ANAK BANGSA 1 MALAYSIA (MDAB) - PELUANG TERBAIK UNTUK ANAK BANGSA MELANJUTKAN PENGAJIAN ini dapat memberi manfaat untuk semua.

9 COMMENTS:

Peri PiA said...

bagus sekali

Black Jeepsu said...

like :)

Abg Stalker said...

interesting :) klu ayam melayu skrg xnk grab bnd ni x thu la nk ckp apa.

Anum said...

program yang bagus

AmirFX said...

1 Malaysia slogan yang retorik.. hihi..

syahirooAhmad said...

terima kash atas info ini.. :)

ABU said...

wah banyak betul kemudahan sekarag ni kan.. bagus la..

Kancil 8349 said...

sekarang nie dah banyak peluang anak muda kita...apapun ambil peluang..

ingin mengetahui jawapan wordless wednesday semalam...jom singgah ke blog Kancil

http://kancil8349.blogspot.com/2012/05/jawapan-wordless-wednesday-37.html

sha my heart said...

Wah, ini peluang dan kemudahan. Kena la rebut.. Yuran percuma, itu yg best