Tuesday, May 08, 2012

PERLUKAH BERCAKAP MENGENAI SEKS?

Sumber: Carian Google

SEKS? haiii tersangatlah sensitif kalau dengar dan sebut perkataan 'seks'. Pendidikan seks juga sangat penting sebagai pengetahuan asas kepada anak-anak muda terutamanya supaya mereka tidak tertanya-tanya, contohnya, pernah anak kecil bertanya kepada ibunya, 'mak, macam mana saya boleh lahir?'. Anak kecil itu terlalu muda untuk mengetahui proses-prosesnya, jadi macam mana nak terangkan? Bicara soal seks ni kadangkala perlu secara senyap-senyap, dan kadangkala perlu juga secara terbuka. Lihat sajalah zaman sekarang, pelbagai masalah sosial yang melibatkan remaja dengan seks. Kenapa? Sebab usia mereka yang sentiasa ingin tahu dan tidak dapat mengawal diri mereka sehingga terjerumus dengan kancah maksiat.

Anak-anak zaman sekarang bukan seperti zaman datuk nenek kita dulu, sekarang mereka sudah terdedah dengan pelbagai media massa seperti media cetak, media elektronik dan media alternatif. Kalau mereka ingin tahu sesuatu, mereka cuma perlu tanya dengan Encik Google ataupun Cik Yahoo. Bayangkan kalau jawapan yang diberikan oleh search engine itu adalah salah? memberi maklumat yang tidak tepat, contohnya, memberi jawapan website-website lucah kemudian dipraktis oleh anak-anak. Hancur..hancur...makanya, pendidikan seks yang basic perlulah diterangkan sendiri oleh ibu bapa atau ahli keluarga itu sendiri kepada anak-anak muda.


Tag : Seks dan Kesihatan, Cerita Seks, Seks Wanita, Kesihatan Wanita, Seks dan Kanak-Kanak, Pendidikan Seks, Bicara Seks, 18 SX

must read > KESIHATAN BERMULA DARI TAPAK KAKI, UNTUK AWAK YANG KURANG SIHAT, SUSU IBU DAN SUSU FORMULA, KAITAN JERAWAT DAN KESIHATAN KAMU, AIR SEJUK PUNCA PERUT BUNCIT, TIPS KESIHATAN: KHUSUS BUAT SI GADIS

Anda sedang membaca artikel PERLUKAH BERCAKAP MENGENAI SEKS? dan link url bagi artikel ini adalah http://suterakasihyann.blogspot.com/2012/05/perlukah-bercakap-mengenai-seks.html
Semoga artikel PERLUKAH BERCAKAP MENGENAI SEKS? ini dapat memberi manfaat untuk semua.

11 COMMENTS:

Anum said...

bercakap untuk kebaikan ok.. tp banyak kearah keburukan

Hanie Dew said...

betul tu.bincang sola seks tak salah cara utk level umur tertentu.

start dr rancangan 3R dulu isu ni jadi open sikit kan. bawa kebaikan jugak sbb lepas tu boys kurang malu utk tolg gegurl belikan tuala wanita. auuw..

sha my heart said...

budak2 sekarang ni baru 14 tahun (lelaki) pun dah tak tahan nafsu.. isk2.

Bobo said...

cabaran utk ibu bapa nak terangkan kat anak2 :)

TF said...

huhu..sy dulu pun asik tnya kat mak..nie kan lagi budak sekarang..kadang ade ibu bapa malu nak jawab kan..kena reka cerita..budak cepat belajar apa yg ditengok

puteri kasih said...

budak-budak sekarang dah pandai mencari info kerana dah didedahkan kepada dunia maya sejak kecil lagi

RazFiRa said...

betul2.. mak bapak kena pantau.. jgn biar anak tgok laptop sorang2.. bahaya

AmirFX said...

Bagus juak la pendidikan pasal seks tok dipolah.. Educated kit miak kelak2.. haha..

ciK LyndaWawa said...

kitak dah cukup umur belum deng? heheh

sha my heart said...

singgah lagi.. hehe~

Adylia Qarissa said...

Kadang2 mak bapak kene control anak2 yang suka layari internet. Takot benda lain yang dorang belajar dari internet