Monday, April 30, 2012

YUNA - THE SPARKLE PROJECT

Salam & hello my readers,
Yeahhh, Monday Blues yang sedikit happy sebab esok 1 Mei 2012 Labour Day. Tiada elektrik dari jam 3.30 am semalam sampai ke pagi. Kepanasan orang Sabah hari ini. Pergi kerja dengan baju yang tak berseterika, sabar sajalah haha. Tutup topik tiada karan tu, entahlah kenapa semalam tu dari area Beaufort, Papar sampai ke Kota Kinabalu tiada karan. Ni mau kongsi cerita pasal si Yuna. Mungkin ada yang sudah tahu dan tidak. Tapi nak kongsikan juga sebab saya minat lagu-lagu Yuna dan kagum dengan semangat Yuna.
Kagum dengan semangat Yuna yang mengembangkan karier muziknya nya hingga ke LA. Antara rancangan televisyen yang menceritakan perjalanan hidup Yuna iaitu Astro Hitz Yuna Inspired dan Yuna Bintang Di Langit di Astro Ria. YUNA sebelum ni terkenal dengan lagu Dan Sebenarnya (Oh Bulan),  sebelum ni dilantik sebagai Duta Canon, baru-baru ni sudah pun dilantik sebagai Duta Samsung Galaxy Note. Video klip untuk lagu baru Yuna, iaitu lagu Sparkle dikatakan menjalani penggambaran sepenuhnya menggunakan Samsung Galaxy Note. Ia dinamakan Projek Sparkle. Apa itu Projek Sparkle?
Projek Sparkle ini merupakan sebahagian daripada promosi untuk lagu terbaru Yuna bersama Galaxy Note. Menariknya adalah dimana video muzik lagu ini akan dirakamkan sepenuhnya menggunakan telefon pintar Samsung Galaxy Note, sekaligus membawakan promosi peranti tersebut setahap ke hadapan lagi. Sebelum ini, ia lebih dipromosikan dengan sokongan melukis padanya, dan mungkin melalui promosi baru ini, ia akan lebih memfokuskan kepada sokongan rakaman video dan menambah animasi padanya kelak.

Untuk menjayakan perkara ini, Yuna dan juga Samsung Malaysia mula menerima input daripada pengguna untuk disertakan pada muzik video tersebut kelak. Bagi mereka yang berminat boleh melayari laman Projek Sparkle dan menyumbang idea anda untuk muzik video tersebut. (sumber: Amanz)
Saya dah kongsikan idea dalam Project Sparkle sebagai tanda sokongan untuk karier Yuna. Diterima atau tidak itu belakang cerita hehe. Berminat? Sila layari laman THE SPARKLE PROJECT OF YUNA.

Tag : Yuna Inspired, Yuna Sparkle, The Sparkle Project, Project Sparkle, Samsung Galaxy Note Yuna, Lagu Sparkle Yuna, Video Lagu Sparkle Yuna, Tentang Yuna, Kongsi Idea Yuna, Yuna Bintang Di Langit

must read > KOLEKSI BUKU TERBAIK

Anda sedang membaca artikel YUNA - THE SPARKLE PROJECT dan link url bagi artikel ini adalah http://suterakasihyann.blogspot.com/2012/04/yuna-sparkle-project.html
Semoga artikel YUNA - THE SPARKLE PROJECT ini dapat memberi manfaat untuk semua.

23 COMMENTS:

wahida said...

wow!!

Aju Mohit said...

Good luck bebeh!!

aRa ❤ aFiq™ said...

hebat sgt yuna kan.. ara msuk tgk projek dia ni cool gile..

aimaniman said...

akak guna note tapi takat ber bw dan update blog dan berfb je, buat video x le lagi, x reti ..

Jo-Blogger said...

besok cuti..ye ye..

Muhammad Saiazuan Norhalik said...

go yuna go! :D

xila riston said...

ptg tadi ade org pnggil kita yuna... aww2.. galaxy note...*bedarah idong!

Kancil 8349 said...

wow...ndak dapat kata apa2

FEDO said...

Sana pun takda. Tempat sa keja pun takda tadi pg..Trgandala keja gna elektrik.

aimie amalina said...

sabah x de karan?
atoyaii
panas la mak saya
huhuhuhu


yunaaaa :)
lagu2 die suke gak
hihihi

dhiera said...

pergh,...terbaek la projek yuna kali ni~

suzie rahman said...

salam. nice sharing. mnt lh dgn yuna. terukir d bntg. hihi best3

ABU said...

very the international yuna ni skrng.. bagus dia bagi aku galaxy note dia tu satu hahaha

eva said...

aok eyhhh.. mek dgr ktk org cya blackout bh.. ada big poblem cnun nak.. lupak mek pa pdh adek laki mek.. pecah kah meletup.. haha xtauk juak kmk.. tp tgh org tido bh blackout. tedah..


mek suka lagu yuna nektok.. lagu nya kin maju.. dolok ckit jak intrument nya pake.. nektok nya dh pandey combine instrument2 len..

Trica Jus said...

semangat adalah harga mati buat kesuksesan kita...ya mba :D

Adylia Qarissa said...

dkna selalu jugak tengok rancangan yuna kat astro..memang kagum dengan dia..apa yang penting ada duit dan usaha pasti berjaya :)

TF said...

yuna ohsem..sy minat sangat lagu2 die..suara dia memang unik..kerja keras dia selama nie..buatkan dia berjaya kan..dah international dah..go yuna..

TF said...

selamat hari pekerja...okeh..hehehw

purplekyu^_^ said...

cik sutera kasih ditag :))

http://everyoneolweztherebutnot4me.blogspot.com/2012/05/1st-giveaway-zack-monavie.html

Azhafizah[フィザ] said...

yuna awesome!

FiZ said...

wahh..awak join eh projek sparkle tu?mesti idea best2 ni..saya tingin nk join tp idea takdak..hehe..

good luck dear.mana tau rezeki awk kn ;)

FiZ said...

waahhh...join proj sparkle tu eh?good luck dear :)

nuyui a.k.a miss YUI said...

wah2..good luck ya!