Tuesday, April 03, 2012

THE WRATH OF THE TITANS - KRONOS

Salam & hello my readers,
Ahad lepas nonton filem The Wrath of The Titans bersama awak. Urmm, dari 5 bintang, saya bagi 3 bintang saja. Kalau nak compare dengan John Carter, lagi suka tengok John Carter. Tapi awak cakap Titans yang first lagi best, saya tak pernah nonton lagi huhu. Intro The Wrath of The Titans pun dah ganas-ganas, sebab makhluk dalam gambar tu hodoh dan menggelikan hehe. Kalau ikut logik akal, memanglah tak logik monster tu berlawan dengan manusia tapi tak mati-mati. Hero filem ni, Perseus (Sam Worthington) sebenarnya seorang anak dewa tapi separa manusia. Filem ni mengisahkan perang para dewa dengan raksasa yang hodoh tu pada zaman Greek.

Sedekad selepas Perseus (Sam Worthington) berjaya kalahkan Kraken dalam pertarungan dahsyat, Perseus buat keputusan untuk meneruskan sebagai seorang manusia biasa di sebuah perkampungan nelayan bersama anak lelakinya, Helius. So, dijadikan cerita, perbalahan tercetus antara golongan dewa dan Titan. Disebabkan hilang kesetiaan terhadap pemerintahan, golongan dewa hilang kawalan terhadap golongan Titan dan ketua mereka yang kejam, Kronos. Kronos sebenarnya ayah kepada Zeus (Liam Neeson) iaitu ayah kepada Perseus, Hades (Ralph Fiennes) dan Poseidon (Danny Huston). Sebelum ini, tiga beradik tersebut pernah merampas kuasa dan Kronos di Tartarus yang jauh di dasar bumi. Oleh sebab itulah si Kronos ingin membalas dendam.

Manakala si Ares (Edgar Ramirez), Dewa Perang dengki dengan abangnya si Perseus. Ada babak yang melibatkan Ares dan Perseus berlawan dimana masa tu Zeus ditahan dan diserap kuasanya di Tartarus. Ares sengaja culik Helium sebab dia nak Helium saksikan bagaimana dia rampas ayahnya si Perseus di depan matanya sebagaimana kononya si Perseus rampas kasih sayang seorang ayah, Zeus darinya. Itu pun nak dengki kan, apa-apa ntah haha.

Perseus ada saudara yang senasib macam dia, alaaa lupa pula namanya. Yang penting wataknya yang banyak menceriakan filem ni, so tak lah bosan sangat asyik perang berlawan sepanjang cerita. Saudara dia tu lah yang sedikit sebanyak membantu Perseus cari jalan untuk selamatkan ayahnya, Zeus. Akhir sekali, macam biasalah hero sudah semestinya berjaya kalahkan musuh walaupun nyawa dah separuh mati. Kesimpulannya, filem The Wrath of The Titans best jugak dilayan di masa lapang bersama insan tersayang. Ceahhh. Kecewa belum nonton Mirror Mirror Snow White huhu.

KLIK GAMBAR UNTUK LEBIH JELAS STORYLINE THE WRATH OF THE TITANS

Anda sedang membaca artikel THE WRATH OF THE TITANS - KRONOS dan link url bagi artikel ini adalah http://suterakasihyann.blogspot.com/2012/04/wrath-of-titans-kronos.html
Semoga artikel THE WRATH OF THE TITANS - KRONOS ini dapat memberi manfaat untuk semua.

17 COMMENTS:

nuyui a.k.a miss YUI said...

xtgk pon lg.. besh ea..

bunbun said...

minat eh cerita2 aksi camni ^^

deno said...

macam best pulak cerita nie... tapi mesti tak boleh lawan cerita the lord of the ring yang dulu tu... deno still tengok...

faiz fakhirin said...

best ker citer ni?

AmirFX said...

Ingin mok nangga kelak.. :D

saveqmm said...

kalau omputih punya filem tahap gila kencang punya..haha!

aReLaN said...

3 bintang je???hahaha..yeay.saya dah layan wrath & mirror2.silalah jeles

dhiera said...

kurang minat cerita macam ni~

ejulz said...

best gak la cite ni.. hehe

J.Syazwana said...

tak minat cerita lawan2.
takut darah.
huhuhu

Cik Amni said...

lamak gila dah kmk sik nangga awayang deng.. sik tauk dah apa cerita ada..plus dirik tek busy rasa YB.. hahahahha

p/s: opis kmk dah siap.. juh turun kuching..=D

Rtp Farra Arisha said...

look great. love to watch such this movie, but sometimes, not always. hehehe

~AmyLiana86~ said...

amy tak suka sgt citer aksi ni yan..lg2 mat saleh..hehe

hani apandi said...

coba ktk nanga cerita mirror mirror, best aiee.lagu nya i believe in love kedak ala2 bollywood! john carter mek lom tanga, lak download jak hehe

PinKy MoMMa said...

dah lama tak tengok wayang hukhukhuk..salam kenal dik ;)

Ezad Skytech said...

erk..tak tgk lagi movie Wrath Of The Titans ni...nanti nak tgk la..hee~

xila riston said...

xsuke tgok cite mcm gini...nk miror mirror...hehe