Thursday, April 05, 2012

SENYAP VOL#1.1: ALTIMET feat BRO FRAMESTONE DALAM MY ICON BEAN BAG TALK SHOW, PROGRAM BELIA MALAYSIA

Dahulunya kewujudan BLOGGER tidak disedari oleh masyarakat umum, tapi kini BLOGGER sudah mula mengambil tempat dalam pemilihan sumber maklumat terkini dalam kalangan masyarakat. Sebelum ini, program SENYAP 1.0 telah berjaya diadakan di PWTC. Oleh itu, sekali lagi program SENYAP diteruskan dengan SENYAP 1.1. Kementerian Belia dan Sukan dengan Kerjasama Institut Penyelidikan dan Pembangunan Belia Malaysia (IPPBM) menggunakan platform SENYAP untuk memberikan kesedaran IT dan merapatkan jurang antara blogger dan Kementerian. SENYAP merupakan singkatan kepada program  Social Enforcement For National Youth Awareness Program.

SENYAP 1.1 membuat pendekatan istimewa dengan mengadakan satu temubual eksklusif yang menampilkan salah seorang Malaysian Youth Icon (MY ICON) iaitu penyanyi rap yang terkenal dengan lagu Syukur iaitu ALTIMET dan salah seorang BLOGGER terkenal dalam kalangan para blogger di Malaysia iaitu Bro Framestone (Senyap Blogger).VYREC (Virtual Youth Resource Center) memperkenalkan My Icon Bean Bag Talk Show khas buat para belia (15-40 tahun) di luar sana, dimana ianya merupakan temubual santai dan rileks antara dua ikon terkenal di Malaysia  bersama para belia yang berfungsi sebagai kumpulan sukarelawan IT ( cyber volunteer ) dalam menangkis segala tohmahan dan fitnah masyarakat luar kepada negara kita MALAYSIA

Perhatian, hanya 200 peserta pertama sahaja yang akan dipilih untuk menyertai program SENYAP 1.1. Kepada belia-belia yang berminat untuk menghadiri program ini sila lengkapkan borang penyertaan anda dan sahkan kehadiran anda di capaian yang disediakan seperti berikut :

Borang pendaftaran: Klik di SINI dan RSVP: Klik di SINI
TARIKH: 11 April 2012
MASA: 9:00 malam sehingga 10:00 malam
LOKASI: aras bawah Menara Kementerian Belia Dan Sukan Malaysia Precinct 4 Putrajaya.
Tarikh tutup penyertaan pula pada 9 April 2012.
Sebarang pertanyaan boleh dikemukakan di page RSVP dan di PAGE VYREC.
POTPETPOTPET: Sebelum ni saya dah pernah join KONVENSYEN MEDIA SOSIAL 1 MALAYSIA PERINGKAT NEGERI SABAH 2012. Suka juga melibatkan diri dalam program belia cuma agak kurang aktiviti berkaitan di sini. Teringin nak join aktiviti sukarelawan, tapi tak tahu cara nak join kalau di sini huhu.

Anda sedang membaca artikel SENYAP VOL#1.1: ALTIMET feat BRO FRAMESTONE DALAM MY ICON BEAN BAG TALK SHOW, PROGRAM BELIA MALAYSIA dan link url bagi artikel ini adalah http://suterakasihyann.blogspot.com/2012/04/senyap-vol11-altimet-feat-bro.html
Semoga artikel SENYAP VOL#1.1: ALTIMET feat BRO FRAMESTONE DALAM MY ICON BEAN BAG TALK SHOW, PROGRAM BELIA MALAYSIA ini dapat memberi manfaat untuk semua.

6 COMMENTS:

wahida said...

nampak mekdi terus lapar...huhu...

~AmyLiana86~ said...

yann pergi ke? dekat je dgn amy tu..hehe

Bui Junaidi said...

KMK DH BUKAN BELIA LAGIK..HUHUHU

Santri T.P.I.N.I said...

salam kunjungan... semoga terpilih nanti!

bunbun said...

hohh pelik nama dia. SENYAP. join ke program ni nanti? hehe

Edy Fee said...

best klau dpt join