Sunday, April 08, 2012

SELAMAT PENGANTIN BARU ZAIRANIE & HELMI

Salam & hello my readers,
Selamat Pengantin Baru buat kedua mempelai, Zairanie & Helmi. Barakallahu lakuma wa baraka
Alaikumaa wa jama'a bainakuma fii khaiiir. Semoga berbahagia selalu dan berkekalan hingga ke Jannah :)

Malam Ahad, ada majlis berzanji, selawat dan marhaban di rumah pengantin perempuan. Tugas gadis-gadis dan makcik-makcik susun kek-kek yang disedekah oleh penduduk kampung untuk majlis perkahwinan. Kalau tak silap dalam 9 jenis kek. Cantikkan, warna warni? hehe.

Antara petugas-petugas yang menyusun kek-kek semalam hehe.
Yang tudung grey tu adik pengantin perempuan :)

Nak jugak bergambar dengan pengantin, raja sehari kan mestilah mahu hehe.

Pakcik makcik yang sangat sporting tunjuk bakat menari joget hehe.

Malam bergambus.

Petang ahad, ketibaan rombongan pengantin lelaki ke rumah pengantin perempuan.

Majlis potong kek..sedap kek tu, suka !! :)

Kehadiran Timbalan Menteri Kesihatan Malaysia, YB Datuk Rosnah Bt Haji Abdul Rashid Shirlin (sebelah kiri disamping mak pengantin perempuan) turut menyerikan lagi majlis persandingan kedua-dua pengantin pagi tadi. Beliau kan tinggal di area kampung saya, memang rajin pergi majlis-majlis kenduri kahwin di sini.

Apa-apa pun, macam tak cukup cuti 3 hari hehe. Oyeahhh esok kerja. Okeylah, mau nonton ABPBH 2012. Awak tengok MU vs MAS ehh.

Anda sedang membaca artikel SELAMAT PENGANTIN BARU ZAIRANIE & HELMI dan link url bagi artikel ini adalah http://suterakasihyann.blogspot.com/2012/04/selamat-pengantin-baru-zairanie-helmi.html
Semoga artikel SELAMAT PENGANTIN BARU ZAIRANIE & HELMI ini dapat memberi manfaat untuk semua.

5 COMMENTS:

aimie amalina said...

heeee
meriahnyeee
akak bile nak tawen?
cpat skit
hahahahaha

[sutera kasih] said...

@aimie amalina:
amboiiii aimie..hehe
aimie la tawen dulu haha

AmirFX said...

Saya tak tengok MAS vs MU.. Saya men bedmenten tadi lah awak.. haha.. Nway, selamat pengantin baru untuk kedua mempelai... Semoga kekal ke anak cucu..

Mr.Clive said...

wahh....bagai pinang dibelah dua...hehe...cantik gambar2...meriah nampak...hehe...apa apa pun,selamat pengantin baru kepada dorang! :)

nuyui a.k.a miss YUI said...

kek lapis kan itu.. meriah sgguh!