Wednesday, April 04, 2012

SAMBAL TOMATO FIFFY KHAZRINA

Salam & hello my readers,
Semalam kami main masak-masak di rumah. Memandangkan kawan serumah, si Ummi Mia yang biasa masak sudah mula bekerja, dan minggu ni dia agak sibuk overtime, jaranglah sudah nak makan masakannya. Memang kagum dengan member sorang ni, seorang isteri, seorang ibu dan seorang wanita bekerjaya dalam satu masa. Umur kami sama tapi dia bertuah dah ada suami penyayang dan anak yang comel si Mia hehe. Makanya, kami mengidam nak makan sambal tomat atau sambal tomato. Yang ni sambal tomat versi tak goreng hehe. Sebelum ni dah pernah makan sambal tomat versi si Andi Zulaikha. Okey jom, kita buat sambal tomat !!

Sila sediakan tomato, belacan, limau kasturi, cili padi, garam dan gula secukup rasa.

Tomato tu terpulang lah awak nak potong macam mana. Boleh potong dadu kecil, nipis atau ditumbuk. Versi kami, belacan, tomato, dan cili padi ditumbuk sekali dan masukkan garam & gula secukup rasa.

Akhir sekali, perahkan limau kasturi. Perghhhh..nyamannya hehe. Thank you so much to my beloved friends, my kawan gaduh di bilik, my driver yang baik hati, my lovely sister, Fiffy Khazrina Yanty sebab jaga saya dengan sebaiknya sehingga sekarang saya sudah overweight hahaha. Okey, selamat mencuba (^__^)

Anda sedang membaca artikel SAMBAL TOMATO FIFFY KHAZRINA dan link url bagi artikel ini adalah http://suterakasihyann.blogspot.com/2012/04/sambal-tomato-fiffy-khazrina.html
Semoga artikel SAMBAL TOMATO FIFFY KHAZRINA ini dapat memberi manfaat untuk semua.

13 COMMENTS:

nuyui a.k.a miss YUI said...

tgk ni dah tertelan ayaq liuq!

Ainur Hamzah said...

thank you for sharing! :)

shiema sufian said...

sedapnyaaa, macam ayaq asam je. tapi takde cili (:

ILA HonEyBuNNy said...

nampak macam sedappp ja neh...

tapi ila xmkn tomato..adehh..:)

hani apandi said...

kak yann, dah la kmk tengah posa.alu terliurrr kmk uhuuu.tok molah mek nak balik rumah gilak! uhuu

faridah nazurah said...

sedap lak tengok.. meleleh air liuq

♫::: m[e]n!t! s[e]nja :::♫ said...

perghhhhh....

Ini Kisah Tia said...

hehe .. nasib baik tak makan pedas ..

xila riston said...

aah buatan mak sy punya sedappppp...

dhiera said...

ala-ala, sambal belacan versi tomato. hehe

AmirFX said...

Kecur aek liur nangga gambar ya... *gurp*

Myra Jay said...

Sedapnye..
Aduhhh terliur...

amy1906 said...

wah beznya kmu,still 2gether ahh,hihi..kmslm ngn ff aah...miss korang smua plak tym nie...pa cite smua mmber ek???:(

yan,kmslm ngan diaorg ahh...i dnt hv fb,so xtau pa cite da....miss sgt2..wat ar rnion....