Thursday, April 26, 2012

PUNCA CURANG, KENAPA?

sumber : Jeansbean Tumblr
Salam & hello my readers,
Macam lama tak blogging pasal hati dan perasaan, ceahhhh. Sangat sengal kan kamu dulu label blog ni Dr Love la, Blog Jiwang la haha. Maklumlah masa tu jiwa agak ting tong, jadi itulah cara mengubatinya. Tips putus cinta tu, bah cepat save dalam buku nota cinta kamu hehe. Pernah baca Blog Jiwa-Jiwa? Memang kagum dengan gaya penulisan empunya blog. Setiap topik dan isu yang dia bincangkan, memang terbaiklah dan nampak rasional. Terkesan di hati lepas membacanya.

Tertarik dengan satu artikel ni, rasanya memang sangat bermanfaat untuk individu yang suka sangat curang. Sesuai juga dibaca oleh insan yang putus cinta sebab dicurangi. Tapi, paling sesuai untuk orang yang dah ada hubungan halal. So, nak kongsikan beberapa point dari artikel Blog Jiwa-Jiwa iaitu Mengapa Curang Itu Menjadi Pilihan. Inspired by Blog Jiwa-Jiwa, dihuraikan sikit oleh SKY teeheeee.

1. Sudah menjadi kebiasaan dan tabiat (habit)
Mungkin orang jenis ni paling pelik di dunia. Dia rasa kehidupannya tak lengkap kalau hanya setakat menjalinkan hubungan dengan satu pasangan saja. Mungkin dia sudah terbiasa dengan keadaan persekitarannya? atau mungkin hobinya suka menghancurkan perasaan orang lain sebab rasanya puas. Mungkin juga sebab tiada perasaan dan berhati perut, sebab tu lah sikap curangnya menjadi suatu kebiasaan. Agak keji dan hina, kan? Shame on you.

2. Tidak pernah cukup dengan apa yang dimiliki
Punca utama adalah diri sendiri. Tidak pernah rasa bersyukur dan menghargai apa yang sudah dimilikinya sekarang. Merasakan dirinya paling hebat sebab mampu menarik perhatian selain pasangannya. Hebatlah sangatla tu? itu namanya Perasan hebat.

3. Rasa diri 'Lonely' dan terabai
Sebab inilah yang paling banyak berlaku dalam masyarakat sekarang. Alasan, rasa sunyi berseorangan, perlukan perhatian dan kasih sayang lebih. Ini biasanya berlaku jika pasangan yang hidup berjauhan, jauh dari mata. Walaupun selalu cakap, jauh di mata, dekat di hati. Tidak semua mampu. Tapi yang duduk dekat pun kadang-kadang berlaku jugak. Menyebabkan ada 'ruang kosong', mula-mula berkawan biasa, lama-lama jadi rapat timbullah perasaan yang tidak sepatutnya. Sekarang pun sangat hangat kisah curang di Facebook, kan?

4. Sekadar suka-suka
Beranggapan hanya untuk main-main hingga terjerat diri sendiri. Biasa berlaku ni. Cuba periksa di sekeliling kamu. Ntah-ntah diri kamu sendiri pernah buat jugak, LOL.
sumber : Jeansbean Tumblr
5. Cemburu dan balas dendam
Ini biasanya berlaku sebab sakit hati bila dapat tahu pasangannya curang. Jadi dia pun nak tunjuk hebat jugaklah balas dendam buat hal yang sama, curang. Akhirnya, termakan diri sendiri.

6. Masih berhubung dengan kekasih lama
Haaaa, ini perkara wajib dielak, itu pendapat peribadi saya. Sebab bagi saya, ianya memang mampu menggoyah perasaan. Timbul perasaan kononnya cinta lama lebih membahagiakan. Pilihan di tangan masing-masing tapi berlaku adil dan bijaklah juga. Jangan sampai mengguris perasaan orang lain. Memanglah, orang cakap, takkanlah sebab dah break tak boleh kawan? Siapa larang kalau nak berkawan, tapi kalau rasa diri tu lemah iman dan tak mampu nak setia, lebih baik janganlah. Mencegah lebih baik dari mengubati,kan? Cuba kenang semula good moment dengan pasangan kamu yang sekarang.

7. Mengadu masalah dengan jantina lain
Bila timbul masalah, suka mengadu dengan orang lain. Bukannya mahu berbincang dengan pasangan sendiri. Padahal, pasangan itulah 'the best person' untuk berkongsi masalah. Kadang-kadang post di Facebook, Twitter. Bila ada orang yang berniat tidak baik atau memang ada menaruh hati dengan kamu, mulalah nak cucuk jarum. Nak try jadi pendengar setia dan dan memujuk hati. Konon-konon jadi hero/heroin la. Lama-lama jadilah penyakit curang.
CURANG itu adalah KHIANAT, dan Khianat membawa kehancuran..Bertindak mengikut nafsu kadang membuatkan hidup kita tenggelam dan hilang maruah diri, Kebahagiaan yang dicari di dalam mencari keredhaanNYA, bukan cinta yang penuh dusta, melemparkan diri ke lembah hina (Blog Jiwa-Jiwa)
Yang pasti, pilihan di tangan anda sama ada mahu CURANG atau tidak. Titik. Kalau buat salah dengan Tuhan, boleh lagi kita mohon keampunan dariNYA, tapi kalau buat salah dengan manusia? Faham-faham sendirilah. Mohon maaf jika entri ini mungkin ada yang tersinggung, tapi niat di hati sekadar berkongsi untuk pengajaran dan renungan bersama. Paling penting, Jangan suka mengungkit, semua orang berubah. Chillex ! :)

Tag : Blog Jiwa-Jiwa, Blog Jiwang, Punca Curang, Kenapa Curang, Tips Putus Cinta, Kisah Cinta dan Hati, Cinta, Fobia Cinta, Faktor Curang, Sebab Curang, Kenapa Pasangan Curang, Masalah Rumahtangga sebab Curang, Keburukan Curang, Suka Curang, Cemburu Curang, Dendam Curang

must read > KISAH CINTA YANG MENGINSAFKAN

Anda sedang membaca artikel PUNCA CURANG, KENAPA? dan link url bagi artikel ini adalah http://suterakasihyann.blogspot.com/2012/04/punca-curang-kenapa.html
Semoga artikel PUNCA CURANG, KENAPA? ini dapat memberi manfaat untuk semua.

34 COMMENTS:

Anum said...

nak x nak niat kat hati kan..

IntaNBerliaN said...

tu la.. xpnh rs cukup dgn apa yg dah ada kn..

IntaNBerliaN said...

mg kita semua terhindar dr sifat ni

Adylia Qarissa said...

kalau bercerita pasal curang nie tak habis isunya kan?? heheeee..

bagi mereka yang pernah lalui pasti tau disebalik kecurangan tu ;p

Blossom Heart said...

huhuhuhuhu kasih yg suci dicemari dgn khianat. . . . cinta yg diberi Allah dipermain2kan :(

mekjangok said...

dunia sekarang ni kecurangan tu dah menjadi kebiasaan kan? harap2 kita jgn la tergolong di kalangan tu...salam kenal & follow..

Shiema Sufian said...

Setialah pada yang satu :D

♪..aq[daN]pUteraku..♪ said...

i hate curanggg!!!!

mcm mau bom org bg2 tu. huhu..~

tp fkr jgkla.knp dia mesti curang? kia mgkin xbapa baik utk dia.n then dia mula cri lain. ok.ko cari lain,sa pn cri lain jgkla. kah kah.(*pelis jgn tiru ya. ;p)

~AmyLiana86~ said...

harap2 kita xtergolong dlm tu ek yann..huhuhuhu..

zila 4ever said...

salam kenal follow disini..:) info menarik..jemput ke blog sy:)

Muhammad Saiazuan Norhalik said...

hmm hmm hmm that is y it is recommended by Muhammad to bercinta lepas kawin :)

ary_lee said...

Kadang tak sedar pun yang diri dah ter-CURANG..
Kadang rapat sampai tak hengat yang diri dah ada kekasih..
Kadang ter-curang dan tak terperasan..

Zie Madini said...

yeah! setuju gilak² dgn reason suma ya. harap² mek duak laki bini terhindar dari perangey gya.

mek x phm koh kenak mesti nak curang!

Amy Nbip said...

wah entry kali nie memang hot la,hehe....:p

Cik Amni said...

suka2 nang menaaaaaaaaaa! Setuju! kelak dah polah, nyesal.. tapi biasanya sik lamak pun.. nang suka mok test market! hoho

CikPuan Azizah said...

takpelah kalau nak curang pon..ikutlah hukum karma.. jika 1 day dia curang kat kita tak mustahil org yg dia jumpa tu akan curang kat dia balik..

J.Syazwana said...

semoga saya di hindarkan dari sifat2 curang seperti di atas. takut sangat.

sha my heart said...

tak baik kan curang2 ni. Setia pada seorang sudah. Kalau tak suka, putus is better than curang. Curang dalam bhsa Inggeris apa ya?

CikAnyss' :O said...

wahhh , tq share this pendapat !! ;)

Puan Kutu said...

terpulang pada hati dan iman.klu goyah mmg curang la perkataan yg sesuai.minta dijauhkan dlm sesuatu hubungan..:)

Ini Kisah Tia said...

apapun kak , curang dan khianat sangatlah nda bagus untuk diamalkan . nanti kena diri sendiri .. nah , parah ..

AmirFX said...

Cureng sik semestinya sik setia.. :D

xila riston said...

pernah balas dendam kat si kaki curang...rasa syg tp ahhh pesetankan! ;p

Lea Isnawi said...

setakat ni tak terlintas nak curang
setia setia

harapnya si dia pun setia

Fadzmie Mohamad said...

Rasanya semua point di atas tu mau dielak tu. Kan? Ada orang bilang, result dalam perhubungan tu adalah based on macam mana peranan kita dalam satu-satu perhubungan tu. Seems legit right? Tapi mau dua-dua belah pihak la bah kan? Hehe.

aReLaN said...

hmmm..elakkan la dari berlaku curang kan.memang fitrah manusia susah nak cukup & puas ngan pe yang ada.tapi kena ingat.kalau kita curang,makan ada kemungkinan kita akan dapat balasan kecurangan kita tu kan.so,setia la.

Kancil 8349 said...

ada betulnya tu...tulah yang bikin panas hati jika ada pasangan macam tu...alhamdulillah...Kancil sudah dapat pasangan yang ngam untuk Kancil...ndak seperti dulu..

tiefazatie said...

picture2 itu comel!hee

Hanie Dew said...

siyesli aku susah nak pecya cinta jarak jauh.

dan jangn sekali seklai nak compare pasangan sekr dgn pasnagn yg lama atau pasangan org lain.

dan ikhlas dan jujur la.itu kunci segalanya

aRa ❤ aFiq™ said...

ara setia.. insyaAllah :D

FEDO said...

cinta 4 segi lagi lah.....hahahaha

FEDO said...

cinta biar ia bawa kita terbang.. betul tak tapi bukan kat neraka ye.... :)

FEDO said...

fikir fikir renung renung dan selamat beramal.... hihihi

aimie amalina said...

suke bace gak blog jiwa2 tu
tap tulah realitinye kan kak
huhuhuhu