Friday, April 13, 2012

PESANAN TERAKHIR BUATMU

sumber: http://nardieya.blogspot.com

Duhai sahabat,
Andai telah ditakdirkan bahawa diri ini akan kembali kepadaNya lebih awal daripada dirimu,
Aku ingin kau tahu bahawa aku sangat bersyukur dikurniakan sahabat seperti kamu. Di saat terasa lemahnya diri ini, kau sentiasa menghulur kata kata semangat dan memberi dorongan kepada aku. Dan apabila diriku melakukan sesuatu khilaf, kau menjaga aib ku itu bahkan engkau menasihati dan menegur diriku. SubhanAllah,betapa aku menghargai semua itu. T_T

Duhai sahabat,
Jika tiada lagi jasadku ini bersama kamu,
Aku harap, engkau teruskan perjuangan kita. Perjuangan memartabatkan Islam yang suci lagi murni. Jangan engkau sesekali goyah dalam perjuangan. Benar, perjuangan ini bukanlah sesuatu yang mudah tetapi ingatlah, andai engkau ikhlas berjuang kerana Allah, sesungguhnya Dia lah sebaik baik penolong bagimu.

Duhai sahabat,
Andai diri ini tidak lagi berada di sampingmu pada masa yang akan datang, 
Aku mohon engkau maafkan segala khilafku. Aku juga ingin kau tahu, segala masa yang dihabiskan bersamamu, sungguh menggembirakan hati ini. Sungguh indah rasanya menjalani liku liku kehidupan bersamamu. Manis dan perit kehidupan dilalui bersama.Ya rabbi, betapa indahnya perasaan ini. Namun, telah menjadi Sunnatullah, bahawa setiap pertemuan akan bertemu perpisahan. Jadi simpanlah kenangan tersebut dan sentiasalah kenang diriku dalam doamu..T_T

via http://chasingmardhatillah.tumblr.com/


Salam & hello my readers,
Tersentuh hati baca setiap bait-bait kata pesanan di atas. So, saya semadikan kata-kata di atas dalam blog ini sebagai pesanan terakhir, sekiranya tiba-tiba empunya blog ini perlu pergi jauh. Jika rindu empunya blog masa sekarang atau kelak, singgahlah blog ini, Insya'Allah saya akan sentiasa ada untuk awak dan kamu. Salam Jumaat (^___^)

Anda sedang membaca artikel PESANAN TERAKHIR BUATMU dan link url bagi artikel ini adalah http://suterakasihyann.blogspot.com/2012/04/pesanan-terakhir-buatmu.html
Semoga artikel PESANAN TERAKHIR BUATMU ini dapat memberi manfaat untuk semua.

17 COMMENTS:

Aju Mohit said...

jangan lupa sedekahkan al fatihah buatku

merahitujambu said...

napa dear??T_T

Kancil 8349 said...

sedih juga membacanya...salam Jumaat

~AmyLiana86~ said...

luv u yunk.....

AmirFX said...

Jiwang juak ktk lamak tok Yann.. :D Nway, semoga takduak hepi2 selalu...

nuyui a.k.a miss YUI said...

sedih plak bc kata2 ni.

Anum said...

tersentuh anum baca n3 nie

wahida said...

tacing...huhu...

Nisa said...

What a beautiful words :)

ABU said...

napa ni napa ni.. sedih..

dwaty said...

Wasiat terakhir... Tersentuh... Setiap pertemuan pasti ada perpisahan...

FIFIEY LYCHEE MARATION said...

turut tersentuh. penulisan sunggh dari hati!!!

faridah nazurah said...

nak nngis. tp kne cover :P

Cik Kasut said...

awak nak ke mana???

Mr.Clive said...

duhai sahabat.... <3

Bui Junaidi said...

PEHAL YANN?DTG PORET KMK..HAHAHA

Juliet_iRa~" said...

wuuu..

kita smua tahu mati tu pasti..

:)

sahabat sejati akan sentiasa berdoa untuk sahabatnya y lain..