Thursday, April 19, 2012

BEAUTY LIES IN THE EYES OF BEHOLDER. CANTIK DI MATAMU CUKUP BUAT DIRIKU TERSENYUM..

Salam & hello my readers,
My mood is like a cloudy noon. Just forget it. Lama tak buat entri Wordless Wednesday. Dah post tadi pasal Sungai Bodoh. Errr macam pelik tajuk post kali ni. Biarlah, sebab memang selalu failed nak letak tajuk. Kenapa lelaki suka perempuan cantik? Pantang tengok yang lebih cantik, laju mata nak tatap lama-lama, kan? Kalau yang dah kawen tu, lagilah tak sedar diri, tengok perempuan cantik terus rasa rasa diri tu muda, miang-miang keladi. Yaaa, sifat manusia sukakan kecantikan. cliche ~ *mata pandang atas, tangan di bahu*

sumber gambar: tumblr picture
Subhanallah, cantiknya ciptaanMU..Cantiknya budak perempuan bertudung dalam gambar ni. Semua makhluk ciptaanNYA cantik. Kita semua ada kecantikan tersendiri. Biarlah orang tak nampak luaran kita cantik, yang penting dalamannya cantik. Paling penting, di sisi-NYA kita sentiasa kelihatan cantik. Cara nak sedapkan hati sendiri, memotivasikan diri sendiri. Jangan terlalu memandang rupa, nanti kau tak dapat apa-apa, kan awak?

sumber gambar: tumblr picture
Tapi, yaa ada tapinya. Kadang-kadang perempuan cepat rasa 'down' bila tumbuh jerawat seketul dua ketul. Apatah lagi kalau berat badan bertambah. Bagi yang tak pernah ada jerawat atau berat badan tak pernah naik tu memanglah akan rasa annoying dengan kenyataan tersebut. Kamu tak faham perasaan bila ditumbuhi jerawat, bila berat badan bertambah. Ceahh ayat. Lagi satu, perempuan akan cepat rasa kecil hati kalau pasangannya memuji kecantikan perempuan lain walaupun tiada niat nak memperkecilkan kecantikan pasangannya. Memang begitulah hati wanita, mudah nak tersentuh, hati tisu atau dengan word yang poyo, cepat nak sentap.

Cantikkan gambar budak bertudung hijau tu. Teringat kata-kata Emeriz dalam Cinta Buat Emelda. "Sebab aku ade taste la aku pilih dia jadi my future wife, kalau aku takde taste, aku pilih kau". Emeriz geram sebab ada sorang perempuan yg agak sosial ni kutuk his future wife, watak dilakon oleh Diana Amir sebab dia bertudung. Padan muka, dia ingat dia seksi bergaya, dia canteklah?

sumber gambar: tumblr picture
Aku pun tak tau apa motif entri ni. Sentap? Teringat Jozan haha. Kesimpulannya, simpulkanlah sendiri. Beauty Lies In The Eyes Of Beholder. Mungkin awak nampak dia cantik, tapi ada orang nampak dia kurang cantik. Mungkin awak lihat muka saya biasa-biasa saja, tapi biasa-biasa saja ni lah yang buat awak angau huahuahua. Mungkin awak nampak saya kurang cantik, tapi ada orang kata muka saya iras Liyana Jasmay..buwekkkkkkkkkkkk bakul berjalan sendiri. Okey, beginilah cara sedapkan hati sendiri dan hati dah rasa sedikit gumbira. Syg awak !

must read: SEBELUM KUTUK SILAP ORANG, CERMIN DIRI SENDIRI

Anda sedang membaca artikel BEAUTY LIES IN THE EYES OF BEHOLDER. CANTIK DI MATAMU CUKUP BUAT DIRIKU TERSENYUM.. dan link url bagi artikel ini adalah http://suterakasihyann.blogspot.com/2012/04/beauty-lies-in-eyes-of-beholder-cantik.html
Semoga artikel BEAUTY LIES IN THE EYES OF BEHOLDER. CANTIK DI MATAMU CUKUP BUAT DIRIKU TERSENYUM.. ini dapat memberi manfaat untuk semua.

12 COMMENTS:

Anum said...

comelnya

adan said...

Mungkin awak lihat muka saya biasa-biasa saja, tapi biasa-biasa saja ni lah yang buat awak angau ..

ayat di atas ni selalu terjadi pada mereka yang sudah jatuh cinta kaw2.. hahahaha..

AmirFX said...

Hai Liyana Jasmay! haha... Nway, orang laki suka puji2 ompuan lain kira kedak ompuan yang suka nangga barang dalam shopping kompleks...

Kancil 8349 said...

sifat manusia memang sukakan kecantikan

Myra Jay said...

Semua manusia dilahirkan cantik, dan setiap pandangan manusia berbeza kan..

Aju Mohit said...

cantik di mata cantik di hati kan dik, semua manusia diciptakan dengan keistimewaan masing2 kan ngee...

dik mcmana nak buang border kat entry dan widget ye? dulu blog ni org buatkan utk akak, pastu nak blaja2 cantikan sendiri hehehehe jimat duitla konon kkakakaka

hani apandi said...

hehehe,kmk salu tanyak ___.kenaknya suka kamek? kenak pilih kamek? sedangkan kmk siklah kacak ne, cute lagi la..pasya nya mdh, "sebab ktk x kacak yala mek milih ktk sik mek bgung da laki lain kaco ktk.uhuuuu=='

faridah nazurah said...

cantik tu subjektif.. kadang2 ada yg ckp kita lawa dan kadang2 ada gak yg ckp muka kita mcm hampeh.. bersyukur je la :P

J.Syazwana said...

besarnya mata budak dalam gambar pertama tuh. gerammm ! comel sangat

Edy Fee said...

cntikkan kulit org2 sana

Hanie Dew said...

yup. memang betul. kalau mata sume orang kongsi baru la semua nampak sama. kan.

bakul bejalan sendiri??? ohmai, ada hantu ka..hahahahha..
liyana jasmay, cute ape. hihihihi

RazFiRa said...

Liyana Jasmay? wow! cutenye! hehe

jerawat mmg menyedihkan wanita :(