Monday, March 19, 2012

KONVENSYEN MEDIA SOSIAL 1 MALAYSIA PERINGKAT NEGERI SABAH 2012

Salam & hello my readers,
Sabtu lepas, 17 Mac 2012 di Dewan Kuliah Pusat ke-2 Universiti Malaysia Sabah telah diadakan Konvensyen Media Sosial 1 Malaysia Peringkat Negeri Sabah. Kebetulan kawan ajak jadi saya pun pergilah jugak nak dengar forum yang membahaskan dan membincangkan isu berkaitan Sabah dan media sosial. Konvensyen kali ni berkesinambungan dengan konvensyen media sosial yang sama telah dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak di PWTC pada November tahun lepas.

Konvensyen bukan saja berkongsi ilmu dan maklumat tapi turut memperjelaskan perkara sebenar berhubung isu yang berlaku di Sabah khusunya tentang Perkara 20. Konvensyen tersebut memang mendapat sambutan di luar jangkaan di Sabah dengan kehadiran melebihi 1000 orang yang terdiri daripada pengamal media, pelajar kolej & universiti, kakitangan NGO, swasta dan jabatan kerajaan, orang awam. Kebanyakan yang hadir juga dalam kalangan para blogger. Masa saya sampai pun, kelihatan semuanya kebiru-biruan kemerah jambuan (apa punya ayat hehe)

Pengarah Sektariat Konvensyen Media Sosial 1Malaysia, Sdr Rafi Awang Kecik pada awal majlis memberi ucapan dan taklimat awal berkaitan konvensyen media sosial. Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah, Yang Berbahagia Datuk Seri Panglima Mohd. Salleh Tun Said Keruak juga turut hadir di majlis tersebut. Beliau juga seorang blogger di http://sskeruak.blogspot.com/

Perghhhh..sangat kagum dengan ucapan perbahasan dari kakak ni. Tengah-tengah mengantuk tu terus tak jadi nak tidur lepas dengar Dayang Maimunah, orang kuat konvensyen ni jugak berbahas berkaitan "Isu Borneonisasi: Peranan dan Tanggungjawab Media Sosial".

Pengarah Biro Tatanegara Sabah, Dato' Ibrahim Saad, Tan Sri Herman Luping yang terkenal dengan kelantangan bersuara juga pengamal media dan ahli politik dan Prof. Dato' Hamdan Adnan, Pensyarah Sekolah Sains Sosial UMS juga antara panel yang hadir berbincang tentang isu borneonisasi dalam sesi forum 'Borneonisasi, Merungkai Sejarah Dan Masa Depan Sabah'.

Antara peserta yang terdiri daripada pengamal media yang hadir. Penuh satu dewan kuliah pusat baru UMS ni. Kebanyakannya daripada kalangan belia-belia dan orang-orang lama yang aktif berblogging juga, tapi mereka blogging bukan blogging yang main-main macam blog ni hehe. Rombongan blogger dari semenanjung juga turut hadir menyokong konvensyen yang terdiri daripada nama-nama besar dalam dunia blog iaitu blogger dari blog Papagomo, Gerakan Anti PKR, The Flying Kick, House PK (Parpukari), Azmyklanajaya, Wadah Kelanajaya, Jebat dan juga Kumpulan Nadi RakyatAzmykelanajaya juga turut memberi ucapan dalam konvensyen.

Ucapan syabas dan tahniah, terima kasih kepada pihak Sekretariat Konvensyen Media Sosial 1Malaysia, Pejabat Ketua Menteri Sabah dengan di bantu oleh beberapa agensi kerajaan sebab memberi peluang kepada pengamal media dan penduduk di Sabah berkumpul dalam satu konvensyen media sosial, yang mengupas isu-isu berkaitan negeri Sabah khususnya isu borneonisasi. Maklumlah zaman sekarang apa yang dicanang dalam internet mudah mempengaruhi pemikiran si pembaca. Persepsi di internet sudah diterima sebagai informasi, pendapat pula kadang-kadang menjadi senjata fitnah dalam media sosial.

Sebagai contoh yang diberi oleh Prof. Dato' Hamdan Adnan, kejadian kebakaran kereta api akibat berlanggar dengan lori tangki minyak di hadapan KKIA, banyak maklumat palsu yang tersebar di internet mengatakan bahawa sebanyak 52 orang penumpang kononnya meninggal dunia. Sedangkan tiada seorang penumpang pun yang dilaporkan meninggal dunia, hanya kecederaan ringan dan melecur sahaja. So, sebagai seorang blogger atau pengguna laman sosial yang aktif, silalah pastikan maklumat yang dikongsi tu betul-betul sahih dari sumber yang boleh dipercayai terlebih dahulu sebelum publish di internet. Bukannya suka-suka hati ikut apa orang lain post, kita pun membuta tuli nak post jugak tapi tak faham apa yang dipost. Tahu tak etika kewartawanan?

Okey rindu nak jd reporter lagi haha. Malangnya, sorang blogger yang dikenal pun saya tak jumpa dalam konvensyen tu hehe. Its okeylah, hope dapat join gathering blogger Sabahan next time, ajaklah saya sekali kalau kamu ada gathering, okey? (^__^)

Benda paling best kalau join event, dapat goodies bag or media kit haha. Paling best kalau dapat T-shirt, suka-suka..hehe. Ohh ya, masa konvensyen tu ada cabutan bertuah dapat Ipad, iphone 4s, iphone 4 dan Samsung Gakaxy Tab. Sangat banyak lebih daripada 20 cabutan. Tapi macam biasalah saya tidak bertuah haha. Sorrylah entri panjang lebar. Semangat itu penting :P

Anda sedang membaca artikel KONVENSYEN MEDIA SOSIAL 1 MALAYSIA PERINGKAT NEGERI SABAH 2012 dan link url bagi artikel ini adalah http://suterakasihyann.blogspot.com/2012/03/konvensyen-media-sosial-1-malaysia.html
Semoga artikel KONVENSYEN MEDIA SOSIAL 1 MALAYSIA PERINGKAT NEGERI SABAH 2012 ini dapat memberi manfaat untuk semua.

17 COMMENTS:

nuyui a.k.a miss YUI said...

nmpk besh aje tu =)

Anum said...

seronoknya

Hanie Dew said...

cayalah ada konvensyen media cenggini kat sabah.nnt cerita la apa isu borneonisasi yg dorg bentang.

ramai blogger otai yg attend.

ko dah macam reporter betul dah yann.

Zie Madini said...

eee..comel li jak ktk koh yann. geram mek nk cubit pp. hehehe. btw, mek bok perasan yg blog ktk dh berdot com. yayyy! hehe

~AmyLiana86~ said...

biasalah yann..bru je pegi event pm..dpt goodies yg best..yg pling unik cupcakes 1malaysia..hehe..

wah giler gempak cabutan bertuah die..kalau dpt mmg best la..hehe

AmirFX said...

Makin chubby lah ktk Yan.. haha..

Hanie Dew said...

Yann, kite pun hargai jgk masa org yg dtg and drop komen kat blog..kadang kalau xsempt komen bookmark entry tu komen next time.kannn...

~SaL IjOu~ said...

dpt ke konvensyen menambah ilmu & membuka minda best juga~ =)

haha, samala, asal cabutan bertuah je mmg x bertuah..~ =p

aimie amalina said...

heeee
ohh sabaahhh
umssss
semua dkat dengan mak
rinduuu
rindu akak jugak

akak wat pe skrg niii ye?

aReLaN said...

memang besar peranan media sosial skang kan.hadiah cabutan bertuah memang masyuk tapi kalau saya gi pon,sme je.tak pernah menang lucky2 draw ni.hahaha

Lea Isnawi said...

best gila hadiah cabutan bertuahnya eh
bertuah sapa yg dapat

Edy Fee said...

dpt hadiah sape tak tak suka.hehe

Bobo said...

amboi cabutan bertuah die..gempak woooo!

adan said...

ko tak jumpa papagomo ke? dia tu popular.. ambil la gambar kenangan bah.. hehe

[sutera kasih] said...

@adan:
ada dia bt ucapan ya..tp dia ckp dia bkn papagomo, dia hya dfitnah sbgai paapgomo, aku pun x fhm haha..

wahida said...

kan? paling best kalau dapat goodies bag yg gempak2...

J.Syazwana said...

huiii rajennya dia.
hehehe