Monday, March 12, 2012

FACEBOOK & SMS PUNCA KERETAKAN RUMAHTANGGA?

sumber: Google Image
Salam dan hello my readers,
Agak panas isu nak bincang hari ni. Sila positifkan minda kamu. Tengok gambar pun kamu dah faham. Pernah saya post status di facebook mengatakan Facebook punca rumahtangga bergoyah, punca pasangan curang dan punca pasangan berpisah. Memang saya mendapat respon yang agak hebat. Dari sebelah pihak positif mengatakan, ianya disebabkan salah pengguna itu sendiri sebab tidak dapat mengawal diri dan nafsu. Manakala dari sebelah pihak negatif pula menyokong habis-habisan kenyataan tersebut seolah-olah pernah mengalami kes tersebut pada dirinya atau disekelilingnya.

Agak sukar kita nak perdebatkan isu ini, sebabnya ianya semuanya terpulang kepada individu itu sendiri. Sebagai contoh, Facebook hanya sebagai medium berinteraksi dan bersosial. Kalau pengguna itu bijak memanfaatkan laman sosial tersebut, maka ianya tidak akan menjadi sebarang masalah tidak kira melibatkan hal peribadi mahupun hal kerja. Namun, kalau tidak bijak, bagaimana? Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua. SMS (Sistem pesanan ringkas) telefon bimbit pun boleh jadi punca pergaduhan sesiapa sahaja tidak kira melibatkan institusi rumahtangga, dalam dunia pekerjaan, hubungan persahabatan dan sebagainya. Tapi, kalau laman sosial ataupun SMS tidak wujud sekalipun, manusia tetap juga boleh curang dengan cara yang lain. Zaman belum maju yang tiada teknologi canggih pun masih boleh wujud kes cerai dan curang.

sumber: Google Image
Cerai isteri sebab tidak cantik? Hahhh, ini sudah semestinya kahwin sebab ikut nafsu saja. Pantang nampak wanita cantik, semua dia nak kebas. Siapa yang tak suka kepada kecantikan kekacakan, kan? Niat kena betul kalau nak mendirikan rumahtangga. Kepada pihak isteri pun, kena pandai jaga penampilan diri walaupun usia rumahtangga dah mencecah bertahun-tahun lamanya, kena juga pandai jaga mata dan nafsu suami kalau tahu suami jenis pantang nampak perempuan cantik. Yang si suami pun, jangan pentingkan diri saja, jangan perasan diri tu kacak sangat sebab ramai perempuan kacau. Perempuan jenis macam tu hanya nak kan harta dan aset kamu saja. Perempuan-perempuan yang suka kacau rumahtangga orang ni memang tiada maruah diri, lagi-lagi kalau perempuan tu sudah bersuami. Memalukan.

Bukan senang nak dapat suami atau isteri setia dan jujur. Dalam dunia ni, nak jumpa 1000 orang pun belum tentu ada. Terus terang saya katakan, situasi-situasi sebegini kadang-kadang buat diri ini berfikir tak nak kahwin, boleh? Tapi tu la, kita tak boleh nak samakan situasi orang lain dengan kehidupan kita. Masing-masing punya takdir dan jalan cerita yang sudah ditetapkan oleh Allah SWT. Terpulang kepada kita untuk kawal diri kuatkan semangat menghadapi pelbagai dugaan yang mendatang.

sumber: Google Image
Jadi, peringatan kepada diri sendiri, awak yang membacanya, para isteri, para suami, para lelaki dan perempuan yang belum berkahwin mahupun sudah berkahwin. Ingatlah, apa yang kamu buat sekarang tak kira perbuatan yang menyenangkan dan menyakitkan hati mana-mana pihak, pasti ada balasannya yang setimpal. Buat perempuan atau lelaki yang hobinya suka menganggu rumahtangga orang lain, insaflah. Saya doakan kamu mendapat hidayah dan petunjuk dari Allah SWT :)

Buat si isteri, tabahkan hati kalau berlaku perkara-perkara yang tidak menyenangkan hati disebabkan si suami. Jangan cepat emosi, siasat dahulu kemudian bawa bincang dan nasihat secara baik. Buat si suami, ingat-ingatlah lafaz janji dan amanah yang telah diberi oleh ayah si isteri semasa akad nikah. Lihat wajah-wajah anak-anak yang masih kecil dan tidak mengerti apa-apa, perlukan kasih sayang ibu dan ayah. Jangan hanya disebabkan perkara bodoh, kamu kehilangan harta yang bernilai di dunia dan akhirat.

Hargailah isteri/suami, anak-anak dan keluarga kamu selagi masih ada. Bawalah mereka pergi bercuti bergembira selagi kamu mampu, pernah tak kamu cuba selami hati isteri/suami dan anak-anak? Pernah tak selama kamu hidup bersama mereka, kamu pergi bercuti bergembira bersama-sama? Mungkin mereka perlukan masa kamu untuk bersama-sama, mungkin hari ini hari terakhir mereka bersama kamu, siapa tahu? Hanya Tuhan saja yang tahu. Maafkan diri ini jika entri kali ini buat mana-mana pihak terasa hati, sebab entri ini hanya sekadar pandangan peribadi dan peringatan bersama. Cheers :)

Anda sedang membaca artikel FACEBOOK & SMS PUNCA KERETAKAN RUMAHTANGGA? dan link url bagi artikel ini adalah http://suterakasihyann.blogspot.com/2012/03/facebook-sms-punca-keretakan.html
Semoga artikel FACEBOOK & SMS PUNCA KERETAKAN RUMAHTANGGA? ini dapat memberi manfaat untuk semua.

19 COMMENTS:

Hanie Dew said...

memang isu panas ni.

1. laman sosial sebaiknya jadikan medium utk info dan berinteraksi. bukan sebaliknya. kejujuran itu penting.

2. manusia mana tak suka kecantikan. kawin kerana nafsu mmg tak kekal. suami dan isteri kena la saling ingat mengingati sesama sendiri. jg sebelah pihak saja. jadila pengatin selama lamanya. got what i mean right. wujudkan suasana tu. lagi satu. jaga penampilan skrg bukan hanya utk kecantikan, tapi KESIHATAN.

3. pertemuan dan perpisahan itu urusan Tuhan.xde kene mengena kot dengan IQ tinggi ke rendah. LOL.

ni pendapat pribadi aku je. sekian. =)

Anum said...

bagi anum bergantung pada niat masing2

J.Syazwana said...

hari tuh saya balik rumah ibu pesan

"berkawan tuh tengok hati budi dia macam mana. serasi ke tak. nanti dah kawen tak serasi kan susah"

hehehe

Yatie Awang said...

susah juga kalau perkara ini terjadi..

Jue said...

angin jak ku bc #Tetiba haha
tp nang bena aie
fb tok bahaya
part iq rendah ya lelah tetak oi haha

zool said...

OOo.. camtu citernya. saya memang tak curang sebab takde sesiapa .. :(

wahida said...

kami laki bini takde fesbuk...
best tau takde fesbuk ni...

Gen2Merah said...

baik lelaki mahupun perempuan, masing2 cubalah lakukan yang terbaik sesama kita.. Kita mempunya kekuatan dan kelemahan yang berbeza2, utk kita saling memperbaiki antara satu sama lain.. Itulah indahnya ciptaan Yang Maha Esa buat para lelaki dan wanita

EyqaLuvender said...

kite setuju ngn artikel kt atas tuh...
org dewasa yg da ade family kalo tak pndai kawal diri ble guna fb mmg habis la...
tanggungjwb semua terabai...

faiz fakhirin said...

dalam hal ni ad pelbagai sebab munasabab...kdg tu ada sebab isteri yg terlampau bizi, ad sebab terpikat ngn pompuan yg pandai masak n mcm2 lagi la...tapi pompuan makin ramai skang...kdg ppompuan yg goda laki..haishhh camne tu..hehhee

AmirFX said...

Biasanya ompuan tok suka nak melayan lelaki dan ya adalah biasa tapi bila ompuan ya sekda padah ngn laki o gerek sapa ngannya berkawan yalah jadi masalah... :D

salwaismail said...

Cissss kesian perempuan tu. Mati lah aku lepas ni. Aku tak cantik. T.T

Muhammad Saiazuan Norhalik said...

apabila manusia salah guna teknologi

~AmyLiana86~ said...

kita hanya merancang..semua tu kita serah pada Jodoh..huhu..takut jugk nak kawin ni yann..faham2 jela dunia zman sekrg xmcm dulu..byk ujian..huuhu

ciK LyndaWawa said...

kinek tok nang macam2..mudahan kmk dapat laki yang setia lak oo...

Kancil 8349 said...

niat pada orang tu dah lari...tulah dugaan masa kini...apapun...doakan agar rumahtangga mereka kekal tanpa gangguan...

kancil tag kamu harap sudi menyertainya

http://kancil8349.blogspot.com/2012/03/contest-aku-suka-makan-coklat.html

FIFIEY LYCHEE MARATION said...

ishh, betul laahh! facebook ni memang jahanam kalau org yang tak pandai guna...kan?

sis, kalau u minat or ur friends minat untuk dapatkan rainbow al-quran, it's now available to take order with me or arisha:) tq

Bobo said...

facebook mmg byk dtgkan keburukkan..

nadia arrumaisha said...

actually saya sangat setuju tapi pokok pangkal adalah iman dan niat sebenarnyer....